MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERTAS KONSEP ASPIRASI SILAT NUSANTARA MAJLIS HOL MUHARAM

0

ASPIRASI SILAT NUSANTARA

MAJLIS PENCAK SILAT GABUNGAN PERGURUAN PANJI SEMPENA HOL MUHARAM

ANJURAN
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA

KERJASAMA
GABUNGAN PERGURUAN SENI SILAT PANJI
KERAJAAN NEGERI MELAKA
SEKRETERIAT DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
GERAKAN BELIA 4B(M) KAWASAN ALOR GAJAH

TARIKH
16 NOVEMBER 2013 (SABTU)

LOKASI
KEM LAGENDA
PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA
ASAHAN,MELAKA

DIRASMIKAN
YAB DATUK WIRA HJ IDRIS BIN HAJI HARON
KETUA MENTERI MELAKA

ASPIRASI SILAT NUSANTARA

MAJLIS PENCAK SILAT GABUNGAN PERGURUAN PANJI SEMPENA HOL MUHARAM


A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.


B. ANJURAN

PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG ASAHAN MELAKA


C. TARIKH / MASA / TEMPAT

1. Tarikh   : 16 Hb November 2013
2. Masa    : 6.00 petang – 12.00 malam
     3. Lokasi  : Kem Lagenda PLKN Asahan Melaka


D. PESERTA

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
BILANGAN AHLI
1
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
200

2
Perguruan Panji Putera Ledang
Tangkak
100

3
Perguruan Panji
Johor Baharu
40

4
Perguruan Panji
Batu Pahat
40

5
Perguruan Panji
Muazam Pahang
40

6
Perguruan Panji
Selangor
40

7
Perguruan Cahaya D'Lima
Bakri
40

8
Perguruan Lembayung
Kuala Lumpur
20

9
Perguruan Panji
Muar
40

10
Perguruan Panji
Lain lain
40


E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah


F. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penaung : YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar bin Haji Atan

Penasihat  : YDP/Guru-guru Utama Perguruan Panji
               : Pemegang-pemegang Amanah Panji
Pengerusi : Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid

Naib Pengerusi : Guru Rahim bin Tuan Guru Rahman
Setiausaha : Sdr Suhaizan bin Haji Noh

Pen Setiausaha : Sdr Sulaiman bin Othman

Bendahari : Sdr Mohd Iham bin Mohd Aris

Pen Bendahari : Sdr Zulkifli bin Jaafar

Ketua Urusetia : Sdr Kamarul Anuar bin Talib

Jawatankuasa : Setiap 2 orang dari Perguruan Panji

G. TENTATIF PROGRAM

6.00 : Pameran wajadiri
7.00 : Pendaftaran peserta
8.00 : Jamuan
8.45 : Majlis perasmian
9.30 : Majlis Penyampaian Cenderamata
9.45 : Pembukaan Gelanggan dan Demonterasi Pencak Silat bermula

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
MASA

1
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
20 MINIT

2
Perguruan Panji Putera Ledang
Tangkak
20 MINIT

3
Perguruan Panji
Johor Baharu
20 MINIT

4
Perguruan Panji
Batu Pahat
20 MINIT

5
Perguruan Panji
Muazam Pahang
20 MINIT

6
Perguruan Panji
Selangor
20 MINIT

7
Perguruan Cahaya D'Lima
Bakri
20 MINIT

8
Perguruan Lembayung
Kuala Lumpur
20 MINIT

9
Perguruan Panji
Muar
20 MINIT

10
Perguruan Panji
Lain lain
20 MINIT


2.00 : Bersurai

H. PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.

BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
BERGERAK
WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

DISEDIAKAN OLEH

(SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB )
Setiausaha
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Tel : 012-3311452


TAHNIAH AZMAN .. JEJAK KEMBARA 7BERJAYA DI GUNUNG DATUK REMBAU N9

0
Assallammualaikum dan selamat pagi
Salam perjuangan dan dalam Aspirasi

Tahniah kepada Azman Omar kerana telah berjaya mengadakan program santai mendaki gunung Datuk di Rembau kelmarin. Program ini adalah anjuran GB4B Padang Kerbau dengan kerjasama Jejak Kembara G7.

Program ini diadakan sempena sambutan hari Malaysia yang lepas. seramai 30 orang telah mengikuti program ini.

Saya berharap agar program ini akan diteruskan dan dipelbagaikan kerana pengisian program ini adalah baik dan mampu memupuk semangat setiakawan dan bekerjasama dikalangan peserta.

Tahniah dan syabas.


TAHNIAH SK NYALAS...PROGRAM ROMUP UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH BERHAMPIRAN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Salam Aspirasi

Tahniah diucapkan kepada SK Nyalas kerana berjaya mengadakan satu perkhemahan untuk program Romup yang telah diadakan KEM Parit Benteng Sungai Rambai Melaka.

Program ini melibatkan sekolah sekolah berdekatan dengan sekolah kebangsaan Nyalas termasuk sekolah aliran cina dan india. Ini adalah usaha murni untuk meningkatkan semangat kekitaan dan integrasi dikalangan pelajar samada cina dan india mahupun melayu.

Saya telah merasmikan program tersebut dan diharap semua mendapat kebaikkan dan keberkatan dari Nya.

MESYUARAT MAJLIS HOL MUHARAM PANJI 1435

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi

Alhamdulillah telah berlangsung satu mesyuarat untuk membincangkan tentang program Hol Muharam anjuran PANJI yang saban tahun diadakan. Majlis ini adalah majlis pencak silat yang menggabungkan pelbagai aliran persilatan yang bernaung di bawah PANJI.

PANJI adalah merupakan gabungan perguruan persilatan yang diasaskan oleh Allahyarham Radin Ismail Radin Sanif atau Pak Wan yang telah bermula sejak tahun 80an lagi. Pada mulanya majlis ini hanya dijalankan di Sri Leka, Sarang Buaya Batu Pahat Johor namun setelah kepermergian arwah ke alam baqa' maka usaha itu telah diteruskan oleh anak-anak muridnya disetiap gelanggang mengikut giliran.. Kini perguruan seni silat Kota Sendeng dari asahan telah diamanahkan menjalankan program ini.

Semuga segala usaha ini akan diberkati dan diredhai Allah..

InsyaAllah.