MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MESYUARAT MAJLIS HOL MUHARAM PANJI 1435

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi

Alhamdulillah telah berlangsung satu mesyuarat untuk membincangkan tentang program Hol Muharam anjuran PANJI yang saban tahun diadakan. Majlis ini adalah majlis pencak silat yang menggabungkan pelbagai aliran persilatan yang bernaung di bawah PANJI.

PANJI adalah merupakan gabungan perguruan persilatan yang diasaskan oleh Allahyarham Radin Ismail Radin Sanif atau Pak Wan yang telah bermula sejak tahun 80an lagi. Pada mulanya majlis ini hanya dijalankan di Sri Leka, Sarang Buaya Batu Pahat Johor namun setelah kepermergian arwah ke alam baqa' maka usaha itu telah diteruskan oleh anak-anak muridnya disetiap gelanggang mengikut giliran.. Kini perguruan seni silat Kota Sendeng dari asahan telah diamanahkan menjalankan program ini.

Semuga segala usaha ini akan diberkati dan diredhai Allah..

InsyaAllah.

0 comments: