MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

CAWANGAN FAIZAL YUSOF

0

Belia Perlu Aktif Bersukan - Perumal
BUKIT SENGGEH : Golongan pemuda dan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, diseru menyertai aktiviti sukan yang dapat memberi manfaat kepada mereka.Ini adalah perlu bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, melepak, serta menyertai aktiviti yang tidak bermoral.Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri, R Perumal berkata, melalui sukan ia akan dapat
menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini.Menurutnya, sukan juga dilihat mampu memberi satu gaya hidup yang sihat di kalangan mereka yang menjadikannya sebagai satu amalan kehidupan seharian.“Saya menyeru supaya golongan pemuda dan belia di DUN Asahan ini menyertai apa sahaja kegiatan dan aktiviti sukan yang dianjurkan Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.“Ini kerana aktiviti sukan akan dapat memberi banyak peluang kepada mereka untuk menunjukkan kehebatan dalam bidang sukan, di samping dapat menyihatkan tubuh badan supaya sentiasa sihat dan cergas,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Sukan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Pemuda UMNO dan Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Desa Mesra Perdana, Felcra Bukit Sedanan, di sini, hari ini.Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Baharudin Abu Bakar; Pengerusi Penaja GB4B Jasin, Mohd Nizam Omar; Timbalan Pengerusi Penaja GB4B Jasin, Zulkifli Kalil dan Pengerusi GB4B Cawangan Desa Mesra Perdana Felcra Bukit Sedanan, Faizal Yusof.Selain pertandingan bola sepak sembilan, turut diadakan beberapa acara selingan seperti sukaneka bagi penduduk membabitkan kakak-kanak, golongan belia, suri rumah dan warga usia emas.

0 comments: