MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

0

Tindakan Saman Sultan Perak GB4B Sifatkan Pembangkang Melampau
BANDAR HILIR, 8 Feb- Seramai 150 orang ahli Gerakan Belia 4B (GB4B) dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah mengadakan satu perhimpunan secara aman membantah saman ke atas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di hadapan Pusat Membeli Belah, Dataran Pahlawan, di sini, hari ini. Pengerusi Penaja GB4B Negeri, Mohd Nizam Omar berkata golongan belia di negeri ini menentang sekeras-kerasnya tindakan Karpal Singh yang menderhaka kepada Sultan kerana baginda mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar."Kita mempunyai lima prinsip negara dan salah satu daripadanya adalah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara dan Raja mempunyai kuasa mutlak keatas negeri yang diperintah," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan berkenaan.Golongan belia di Negeri Perak harus membuka mata melihat senario politik yang tidak dapat ditadbir dengan baik oleh Parti Pakatan Rakyat. Golongan belia juga harus menolak sekeras-kerasnya Parti Pakatan Rakyat daripada terus memerintah di Negeri Perak.Menurut Mohd Nizam lagi, kata-kata Karpal Singh yang dianggap biadap boleh menggugat kestabilan perpaduan kaum terutama dikalangan orang Melayu. Ini akan membuatkan masyarakat berpecah belah dan mendatangkan kerugian kepada negara."Golongan belia dan rakyat Negeri Perak perlu membuka mata dan terus-menerus menyokong Barisan Nasional" katanya.Sementara itu, Penyelaras demonstrasi yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka, Shadan Othman berkata, Raja-Raja Melayu merupakan tunggak kepada orang Melayu."Apabila seseorang itu tidak lagi menghormati keputusan Sultan bererti dia telah menderhaka kepada Sultan dan seharusnya Karpal Singh di tahan dibawah ISA," katanya. Menurutnya lagi, perbuatan biadap Karpal Singh ini telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan menyifatkan Karpal Singh seorang yang tidak mengenang budi.Setelah hampir satu jam berhimpun dihadapan pusat membeli belah berkenaan, peserta perhimpunan terus berarak ke Ibu Pejabat Polis, Daerah Melaka Tengah, disini bagi membuat laporan


TAHNIAH NIZAM


KAMI RAKAN RAKAN BELIA TETAP MENYOKONG TINDAKAN TUAN.

HIDUP RAJA MELAYU

HIDUP MELAYU

HIDUP 4B

0 comments: