MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KHUTBAH WIDA'

0
“Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan, Yang menciptakan insan (manusia) dari sebuku (segumpal) darah (beku); Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar insan melalui (perantaraan) qalam, Yang mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq 1-5) - Wahyu berupa Ayat Pertama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Malaikat Jibril A.S. di Gua Hirak

(ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku. (ada versi yang menyatakan : Ahlul Baytku)
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

0 comments:

WASIAT AL IMAM SYAHID HASSAN AL BANA

0

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

KLIK SINI http://mujib1.tripod.com/id4.html 

0 comments:

MELAYU KEMANA - TUN DR MAHATHIR MOHAMED

2


Petikan dari blogs Tun Dr Mahathir - Negarawan Ulung

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.
15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.
16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

klik disini untuk selanjutnya
******
salam..disini saya terpanggil untuk sama-sama menyuarakan hasrat yang terbuku sekian lama saya pendamkan..melalui pengamatan dan dan juga pemahaman pengalaman diperingkat akar umbi mahupun peringkat pembuat keputusan..perpecahan...fitnah..hasad dengaki..iri hati berlaku dan sentiasa berlegar-legar disekitar perjuangan bangsa ini..sehinggakan sampai ke satu tahap perjuangan yang sentiasa dilaung-laungkan itu adakah benar , palsu , asli atau ntahapantah...adakah untuk mengaut kepentingan individu atau untuk perjuangan Alif , Ba dan Ta...Melayu perlu berubah dari dalam...melayu perlu bersatu sesama bangsa..Melayu perlu kembali kepangkal jalan kepada perjuangan asal penyatuan mereka dahulu..kita harus berlapang dada menerima siapa saja yang menjadi pilihan untuk menerajui bangsa..dan tugas kita adalah memberi sokongan , bantuan dan pengorbanan untuk memastikan Melayu gah di tanahair sendiri..
pasti semua orang ada alasan tersendiri untuk menyyanggah penyatuan bangsa ini kerana ketidak puashatian dan irihati sesama sendiri..pas sukar untuk menerima umno sebagai saudara..pkr perlu dibubarkan dan menyertai umno kerana perjuangan mereka tersasar dari kelestarian bangsa..dan umno sendiri perlu lebih relevan dan praktikal supaya mudah untuk diterima rakyat pelbagai lapisan..UMNO perlu membela segenap lapisan masyarakat melayu tanpa ada rasa sangsi sesama kita..setiap insan yang berjaya berbangsa melayu dan beragama Islam perlu di bela oleh UMNO kerana itulah amanah bangsa yang perlu kita jaga dan bela..walaupun anak melayu islam itu menolak umno tetapi dahulu datuk moyang mereka adalah penyokong umno dan orang yang kuat menentang pewujudan Malayan Union satu ketika dahulu..setiap orang yang mengalir darah melayu di badan mereka pasti mengetahui UMNO adalah parti yang membela bangsa Melayu tetapi di atas sikap ego dan selffish mereka telah terang-terang menolak umno kerana umno difitnah parti parasit yang menghisap darah melayu sendiri..
namun kita sebagai pejuang umno dan pewaris keris berdaulat sang saka bangsa harus jua berkorban jiwa dan raga kerana tatkala itu tiada airmata yang mampu menebus segala-galanya sebaliknya hanya darah jua menjadi taruhan demi menyelamatkan kerajaan melayu berdaulat yang menjadi khalifah di bumi melayu milik Al Khalid ini...Melayu perlu kepangkal jalan ..sama-sama sujud ke hadrat Illahi supaya kita melayu mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah supaya menyatukan hati-hati kita dan menjadi bangsa yang kuat dan gagah dan Islam sebagai pegangan kita yang utuh..
Ya Allah..banyak lagi kami nak minta..apa yang Rasulullah minta itulah yang kami minta..dan apa yang Rasulullah minta jauh itu yang kami minta jauh...Semuga kedaulatan Melayu terus terbela..dan Islam Tinggi Menjulang...Allahu Akbar Allahu Haq...

SUHAIZAN HAJI NOH
Pen Bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Alor Gajah

2 comments:

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH - PERLU PRAKTIKAL DAN KONSISTEN

0

Majlis Perundingan Belia daerah akan diadakan tak lama lagi...suara belia akan didengar...namun sejauh mana keberkesanan nya perlu dinilai secara menyeluruh..ini adalah untuk memastikan MPBD kita terus mendapat tempat utama sebagai medium perjuangan para belia dan gelanggang parlimen mini untuk golongan belia menyuarakan isi hati dan pendapat bagi memajukan institusi belia kita..apakah formula yang sesuai untuk menjadikan belia sebagai satu golongan yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat..kerana didewasa ini belia sering kali dilabel sebagai samseng,keruntuhan akhlak,masalah sosial dsb berkaitan perkara-perkara yang tidak baik..namun ini bukannya satu perkara yang boleh dibiarkan namun kepimpinan belia , politik dan agensi kerajaan harus sama-sama memainkan peranan untuk memartabatkan belia malaysia sebagai satu institusi belia yang berwibawa dan berjiwa mulia...
ini adalah isu negara..dan seharusnya negara memandang belia sebagai satu golongan yang terpenting bagi mewarisi kemakmuran , pentadbiran dan keamanan negara..
beri kami peluang dan ruang yang luas bagi memastikan segala objektif kerajaan melalui konsep 1 Malaysia tercapai dan terlaksana..
Majlis Perundinagan Belia Daerah perlu praktikal dan mendapat sokongan dari semua agensi kerajaan..Belia Malaysia untuk Malaysia dan Khidmat Belia Malaysia untuk Malaysia..

SUHAIZAN HAJI NOH
Naib Presiden
Majlis Gabungan Belia Melaka

0 comments:

ADUN DAP KELUAR PARTI

0











yang bathil akan terus hancur dan lebur......baru 2/3 hari lepas DAP perak ada mengumumkan bahawa 3 orang Adun BN akan keluar parti seterusnya Perak akan kembali kepada pembangkang yang tak sedar diri..kita sebenarnya amat kecewa dengan nizar seorang pemimpin pas sanggup menjadi boneka dap untuk merampas perak dari pentadbiran umno...dia juga seolah-olah tidak boleh menerima segala qada' qadar Allah tentang apa yang telah berlaku di negeri perak..api permusuhan dan dendam amat menebal dijiwa mereka...sanggup menimbulkan kekacauan dan huru hara sehingga menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat jelata..dan hari ini pembangkang ini telah menerima tamparan yang hebat kerana Adun Malim Nawar telah keluar dari DAP...
pas perlu merenung kembali perjuangan mereka..dan kembali kepangkal jalan untuk menjadi parti yang dihormati dan berintegriti...cerita selanjutnya klik disini

0 comments:

TAHNIAH TEAM FUTSAL MPJ...

0
KALIAN MEMANG BERBAKAT DAN HEBAT..

http://mpjasin.blogspot.com/2010/05/mpj-mendapat-tempat-kedua-pada.html

0 comments:

SUKAN MALAYSIA TERUS GEMILANG DIBAWAH PENGANJURAN NEGERI MELAKA

0
Tahniah dan syabas...Melaka terus mempamerkan komitmen dan kesungguhan untuk menjadi tuan rumah yang cemerlang dan terbaik dalam penganjuran sukan yang berpestij ini..bermula dengan promosi sukan malaysia yang kreatif , meliputi sekalian aspek untuk memastikan sukan malaysia ini terus porpular dan menepati objektifnya...harmoni dan cemerlang..
selain daripada menitik beratkan kebersihan dan kecerian lanskap kepimpinan negeri juga terus kedepan dengan penyediaan venue pertandingan yang tercanggih dan memberi keselesaan kepada peserta untuk bersaing dan merebut pingat..setakat ini kontijen negeri melaka telah bermula dengan baik dan cemerlang dengan pencapaian 10 emas , 5 perak , dan 4 gangsa (setakat 11/06/2010) dan kita terus harapkan dan mendoakan supaya pencapaian ini konsisten dan menepati target emas kontigen kita..
namun apa yang penting kita selaku rakyat melaka haruslah menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan lagi kemakmuran dan kesejahteraan negeri melaka yang boleh menarik minat mereka untuk terus melancong di negeri melaka..kita rakyat melaka yang peramah , bersopan santu , bersedia membantu , pembersih dan berjiwa / bersikap terbuka mampu menjadi aset melaka yang terpenting sekaligus menjadikan melaka terus dihormati dan dilawati..

TAHNIAH MELAKA..muga kecemerlangan ini berterusan dan MELAKA terus menjadi bumi bertuah..
SYABAS...

SILA KLIK DISINI http://www.sukma2010.com.my/

SUHAIZAN HAJI NOH
NAIB PRESIDEN
MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA

0 comments:

MAJLIS BONGSU MAULUD

0
berzanji

berselawat

sama-sama khusuk berzikir 

pengerusi jkkk baru , usli bin abu bersama mengimarahkan program ini

Bersama-sama ahli jemaah Surau Al Abidin berzanji dan berselawat untuk program ini malam tadi (10.06.2010).terasa ukhuwah bersama kian kukuh dan utuh dalam satu jemaah yang kuat dan selamat..semuga Allah memberi keberkatan dan kemakmuran kepada kami dan masyarakat kampung kami..tahniah semua..

0 comments:

PERBINCANGAN PEMUDA DUN ASAHAN DAN YB DATUK R PERUMAL

0

Satu perbincangan telah diadakan  pada bulan Mei yang lepas untuk menyelesaikan beberapa masalah dan kerjasama dua hala antara YB Datuk dan ketua-ketua pemuda UMNO di Dun Asahan..
Permohonan dan cadangan dari Penyelaras Pemuda UMNO Dun Asahan :-

1. Bantuan pentadbiran politik untuk setiap cawangan di dalam Dun Asahan
2. Sumbangan kewangan untuk program pemuda di setiap cawangan
3. Pertandingan bola sepak 9 sebelah Piala YB Datuk R Perumal
4. Kempen Sukan Malam - Futsal Malam Bersama PDRM - Pemuda Bebas Jenayah
5. Kelengkapan WIFI di pekan-pekan utama didalam Dun Asahan
6. Memperbaiki kelengkapan sukan / riadah untuk aktiviti pemuda di setiap cawangan/kampung/taman/felda
7. Isu menggunakan gelanggang futsal sebelah malam di kampung baru selandar

YB Datuk telah menerima cadangan dari pemuda dan akan menyelesaikan perkara-perkara ini selepas sukma.pemuda perlu menyediakan kertas kerja bagi setiap program yang ingin dibuat. Kertas kerja akan dihantar selepas sukma dan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan YB datuk untuk menyelesaikan perkara-perkara ini.

Kami barisan penyelaras pemuda dun Asahan juga menghargai dan mengucapkan ribuan terimakasih kepada YB Datuk kerana memberi satu kuota untuk pemuda Dun menghadari mesyuarat penyelaras sebagai pemerhati bagi sama-sama menyaksikan dan memberi pandangan untuk kemajuan dan pembangunan di dun Asahan..Ini bermakna peranan pemuda telah diiktiraf diperingkat japerun dan pastinya peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk membawa suara-suara pemuda keperingkat yang lebih tinggi..

SYABAS DAN TERIMAKASIH

SUHAIZAN HAJI NOH
Pengerusi Penyelaras
Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan
Melaka

0 comments:

TERIMAKASIH YB DATUK SERI KETUA MENTERI MELAKA

0

TERIMAKASIH DI ATAS KESUDIAAN YB DATUK SERI KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOWLING ANJURAN KSK DUN ASAHAN DAN KOLEJ KOMUNITI SELANDAR TEMPOHARI..

SUHAIZAN HAJI NOH
NAIB PENGERUSI KSK DUN ASAHAN

0 comments:

TEGAKKAN KEADILAN UNTUK SAIFUL BUKHARI

0

SAIFUL TERUS DIUGUT BUNUH!!!!!!!!!!!

Rakan-rakan boleh mengetahui perkembangan terbaru Moha saiful dalam blogs belia seperti di bawah.

http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2010/05/ugutan-lagi-laporan-polis.html

0 comments:

SYABAS YB DATUK IDRIS HARON

0
Parlimen kita terus kotor dengan budaya samseng yang dibawa oleh pembangkang..tidak pernah sunyi dari tindakan provokasi dan kata-kata kotor dan kesat yang dilakukan oleh pembangkang..Semalam YB Datuk Haji Idris Haron (AP Tangga Batu) telah menegur perbuatan biadap segelintir pemimpin pembangkang kerana menggunakan ruang rehat / lobby parlimen untuk berhimpun dan mendapat publisiti murahan untuk berjumpa dengan penyokong mereka.Dan perkara ini juga menarik perhatian Ahli BNBBC dan YB datuk Bung Raden Mokhtar untuk memprotes tindakan pemimpin pembangkang itu..dan sistem keselamatan diparlimen jua dipersoal bagaimana perhimpunan sebegitu boleh berlaku di lobi parlimen yang mulia..
Insiden ini menunjukkan keangkuhan pembangkang dan kebiadapan mereka dalam menjalankan pentadbiran mereka..
Syabas YB datuk Idris haron kerana menegur mereka dan sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya boleh melakukan apa saja di parlimen yang berdaulat itu..
lagi cerita pembangkang kecoh di parlimen

0 comments:

KEMUDAHAN WIFI DI DUN ASAHAN

0

MELAKA MAJU 2010..Seluruh bumi Melaka perlu merasai nikmat dam kemajuan yang sentiasa di canang oleh Kerajaan Negeri Melaka ini.Kita harus berbangga kerana dikurniakan pemimpin yang berjiwa dinamik dan progresif bagi memastikan kemakmuran dan keselesaan rakyat melaka..Seiring dengan itu juga kami selaku pewaris perjuangan bangsa telah menyediakan pelan induk untuk pembangunan internet di dalam dun Asahan.sebagaimana yang kita tahu dun Asahan tidak mendapat liputan 3G dari semua rangkaian utama telefon seperti MAXIS , CELCOM , DIGI dsb. dan dengan senario ini Pergerakan Pemuda Dun Asahan bersama kerjasama Gerakan Belia 4B Alor Gajah telah menyediakan satu langkah pertama iaitu menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada penduduk di dun Asahan dengan beberapa lokasi strategik.projek ini akan dimulakan di Pekan Selandar , Pekan Nyalas , Pekan Batang Melaka dan Pekan Asahan. Diharap pada 20 Oktober 2010 nanti salah satu lokasi tersebut akan berjaya diadakan lokasi WIFI tersebut.Semuga perancangan ini mendapat sokongan yang sewajarnya untuk semua pihak..
UMNO Juara Rakyat , Pemuda Satria Pertiwi , Belia Pewaris Daulat..

SUHAIZAN HAJI NOH
Pengerusi
Penyelaras Pemuda UMNO Dun Asahan
Melaka

0 comments:

FREE FOR GAZA

0

YA ALLAH YA RAHMAN
SELAMATKANLAH DAN LINDUNGILAH PARA SUKARELAWAN YANG
MENGHANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA..BERILAH MEREKA
KEKUATAN DAN PETUNJUK..SUPAYA MEREKA MAMPU MELAKSANAKAN
JIHAD INI..
YA ALLAH YA RAHIM
SELAMATKANLAH BUMI GAZA DAN PALESTIN
LINDUNGILAH MEREKA DAN PERKENANKANLAH DOA-DOA MEREKA
JAUHKANLAH MEREKA DARI KESENGSARAAN DAN KEGELAPAN
YA ALLAH YA 'AZIM
HANCURKAN DAN HANCURKANLAH TENTERA KAFIR YAHUDI ISRAIEL LAKNATULLAH
PECAHBELAHKANLAH JIWA MEREKA
SINARILAH MEREKA DENGAN HIDAYAHMU
AGAR KEZALIMAN MEREKA DIGANTIKAN KASIH SAYANG..
AGAR KERAKUSAN MEREKA DIGANTI SIMPATI..
MOHON BUMI PALESTIN TERUS BERDAULAT
DI BAWAH NAUNGAN MU YA ALLAH..
ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR ALLAHU HAQ

0 comments:

BENAR BERLAKU ATAU DIFITNAH ???

0
SEX FOR LICENCE adalah tajuk muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada hari Sabtu bertarikh 5 Jun 2010 yang lepas..terkedu juga membaca tajuk tersebut kerana pada ketika itu saya berada di pekan Kuah Langkawi dalam sesi aktiviti luar ketika berkursus anjuran belia di sana.cerita ini adalah berkaitan rasuah seks untuk mendapatkan lesen jualan makanan asam pedas yang begitu sinonim dengan makanan tradisi orang melaka..apatah lagi kes ini melibatkan pengurusan tertinggi dalam pbt salah satu daerah dalam melaka..dan perkara ini sedang disiasat oleh SPRM dan polis...
isunya...ADAKAH BENAR perkara ini berlaku...ATAUPUN....satu fitnah busuk yang cuba menjatuhkan karier seseorang????sekirannya ini fitnah adalah tidak adil menayarakat terus membuat keputusann bahawa beliau bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman sehingga masa depan beliau gelap..
dan jika ianya benar sekalipun adakah keputusan itu tidak boleh dicabar sedangkan kuasa untuk meluluskan lesen bukan di tangan YDP tetapi ia diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan yang dianggotai oleh Ahli Majlis PBT terbabit..tujuann wanita terbabit membuat laporan polis apabila sudah mengandung juga menjadi tanda tanya hanya kerana tertuduh tidak mahu bertanggung jawab sedangkan hubungan sex hanya untuk mendapatkan lesen perniagaan..sepatutnya diawal-awal lagi wanita itu perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya...Wanita itu sebenarnya mempunyai ruang yang luas untuk mendapatkan pembelaan dari awal lagi..tetapi hanya dia dan Allah saja yang tahu apakah niat sebenarnya..
Masyarakat tidak perlu melatah dan salah menyalah dikalangan kita , kerana sekarang dalam sisatan SPRM dan PDRM..kerna sekarang dia di bawah dan kita tidak tahu bila pula bencana akan timpa pada kita..
Jika ini benar kita minta mereka bertaubat dan terima segala hukuman namun sekiranya ini fitnah maka pembelaan perlu diberikan sepenuhnya...
Namun perjuangan perlu diteruskan..hanya pemimpin yang bertaqwa dan ikhlas mampu sampai ke puncak Khalifah seperti kegemilangan zaman-zaman para sahabat Rasulullah..

SUHAIZAN HAJI NOH
Pen Bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Alor Gajah

petikan akhbar(1)
petikan blogs

0 comments:

KURSUS PENGUKUHAN BELIA BERKELIBER

0
Rasa bersyukur dan bertuah kerana telah selesai menjalani 4h 3m kurusu belia berkeliber anjuran JBS negeri Melaka bermula 3 Jun hingga 6 Jun 2010 di Sandy Beach Resort Pantai Chenang Langkawi.program ini berjaya menghimpunkan pemimpin belia peringkat negeri Melaka untuk duduk bersama-sama dalam memperkukuhkan institusi belia peringkat negeri Melaka.Pelbagai modul telah diketengahkan oleh pihak consultant iaitu extream yang telah dilantik JBS pada prog ini. Bermula dengan pembahagian kumpulan..pengurusan projek , penyediaan kertas kerja berkumpulan dan pelaksanaan program.
Saya sendiri telah bersama-sama dalam pembentukan kumpulan 2 iaitu GLOKAL PERTIWI untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.
Secara overall program ini berjaya dan mampu membawa tranformasi pengukuhan belia diperingkat negeri Melaka.
Syabas dan Tahniah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka

SUHAIZAN HAJI NOH
Naib Presiden
Majlis Gabungan Belia Melaka

0 comments:

ISRAIL TERUS DILAKNAT

0
seluruh dunia mencemuh tindakan tentera komando yahudi israel yang menyerang kapal misi keamanan dunia ke gaza..sehinggakan mengorbankan 9 orang warga turki yang berada didalam kapal tersebut.ini menjadi satu tamparan yang hebat kepada dunia dan PBB iaitu sebuah kapal yang membawa bantuan dalam misi kemanusiaan ke gaza telah diserang oleh komando atas alasan mempertahankan diri..kapal yang tidak mengancam langsung keselamatan dan tidak membawa senjata merbahaya..apakah ini keamanan yang dicanag oleh barat..dan inikah keadilan yang diperjuangkan oleh mereka yang menggelarkan mereka polis dunia..semua tahu israiel adalah sekutu kuat barat,sehinggakan apa saja tindakan ketenteraan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri..adakah logik kapal yang hanya membawa barangan bantuan kemanusiaan dikatakan mengancam keselamatan...kenapakah mereka tidak membenarkan bantuan sampai ke Gaza..
Mohon sama-sama kepada Allah semuga gaza akan terus dibela dan keselamatan sukarelawan akan dilindungi Allah...
Israel akan terus dikutuk dan terus dicemuh oleh masyarakat antarabangsa bukan sahaja umat Islam tetapi seluruh Agama yang mementingkan keamanan..

SAVE GAZA

0 comments: