MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH - PERLU PRAKTIKAL DAN KONSISTEN

0

Majlis Perundingan Belia daerah akan diadakan tak lama lagi...suara belia akan didengar...namun sejauh mana keberkesanan nya perlu dinilai secara menyeluruh..ini adalah untuk memastikan MPBD kita terus mendapat tempat utama sebagai medium perjuangan para belia dan gelanggang parlimen mini untuk golongan belia menyuarakan isi hati dan pendapat bagi memajukan institusi belia kita..apakah formula yang sesuai untuk menjadikan belia sebagai satu golongan yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat..kerana didewasa ini belia sering kali dilabel sebagai samseng,keruntuhan akhlak,masalah sosial dsb berkaitan perkara-perkara yang tidak baik..namun ini bukannya satu perkara yang boleh dibiarkan namun kepimpinan belia , politik dan agensi kerajaan harus sama-sama memainkan peranan untuk memartabatkan belia malaysia sebagai satu institusi belia yang berwibawa dan berjiwa mulia...
ini adalah isu negara..dan seharusnya negara memandang belia sebagai satu golongan yang terpenting bagi mewarisi kemakmuran , pentadbiran dan keamanan negara..
beri kami peluang dan ruang yang luas bagi memastikan segala objektif kerajaan melalui konsep 1 Malaysia tercapai dan terlaksana..
Majlis Perundinagan Belia Daerah perlu praktikal dan mendapat sokongan dari semua agensi kerajaan..Belia Malaysia untuk Malaysia dan Khidmat Belia Malaysia untuk Malaysia..

SUHAIZAN HAJI NOH
Naib Presiden
Majlis Gabungan Belia Melaka

0 comments: