MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERBINCANGAN PEMUDA DUN ASAHAN DAN YB DATUK R PERUMAL

0

Satu perbincangan telah diadakan  pada bulan Mei yang lepas untuk menyelesaikan beberapa masalah dan kerjasama dua hala antara YB Datuk dan ketua-ketua pemuda UMNO di Dun Asahan..
Permohonan dan cadangan dari Penyelaras Pemuda UMNO Dun Asahan :-

1. Bantuan pentadbiran politik untuk setiap cawangan di dalam Dun Asahan
2. Sumbangan kewangan untuk program pemuda di setiap cawangan
3. Pertandingan bola sepak 9 sebelah Piala YB Datuk R Perumal
4. Kempen Sukan Malam - Futsal Malam Bersama PDRM - Pemuda Bebas Jenayah
5. Kelengkapan WIFI di pekan-pekan utama didalam Dun Asahan
6. Memperbaiki kelengkapan sukan / riadah untuk aktiviti pemuda di setiap cawangan/kampung/taman/felda
7. Isu menggunakan gelanggang futsal sebelah malam di kampung baru selandar

YB Datuk telah menerima cadangan dari pemuda dan akan menyelesaikan perkara-perkara ini selepas sukma.pemuda perlu menyediakan kertas kerja bagi setiap program yang ingin dibuat. Kertas kerja akan dihantar selepas sukma dan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan YB datuk untuk menyelesaikan perkara-perkara ini.

Kami barisan penyelaras pemuda dun Asahan juga menghargai dan mengucapkan ribuan terimakasih kepada YB Datuk kerana memberi satu kuota untuk pemuda Dun menghadari mesyuarat penyelaras sebagai pemerhati bagi sama-sama menyaksikan dan memberi pandangan untuk kemajuan dan pembangunan di dun Asahan..Ini bermakna peranan pemuda telah diiktiraf diperingkat japerun dan pastinya peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk membawa suara-suara pemuda keperingkat yang lebih tinggi..

SYABAS DAN TERIMAKASIH

SUHAIZAN HAJI NOH
Pengerusi Penyelaras
Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan
Melaka

0 comments: