MELAYU KEMANA - TUN DR MAHATHIR MOHAMED
16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.
klik disini untuk selanjutnya
******
salam..disini saya terpanggil untuk sama-sama menyuarakan hasrat yang terbuku sekian lama saya pendamkan..melalui pengamatan dan dan juga pemahaman pengalaman diperingkat akar umbi mahupun peringkat pembuat keputusan..perpecahan...fitnah..hasad dengaki..iri hati berlaku dan sentiasa berlegar-legar disekitar perjuangan bangsa ini..sehinggakan sampai ke satu tahap perjuangan yang sentiasa dilaung-laungkan itu adakah benar , palsu , asli atau ntahapantah...adakah untuk mengaut kepentingan individu atau untuk perjuangan Alif , Ba dan Ta...Melayu perlu berubah dari dalam...melayu perlu bersatu sesama bangsa..Melayu perlu kembali kepangkal jalan kepada perjuangan asal penyatuan mereka dahulu..kita harus berlapang dada menerima siapa saja yang menjadi pilihan untuk menerajui bangsa..dan tugas kita adalah memberi sokongan , bantuan dan pengorbanan untuk memastikan Melayu gah di tanahair sendiri..
pasti semua orang ada alasan tersendiri untuk menyyanggah penyatuan bangsa ini kerana ketidak puashatian dan irihati sesama sendiri..pas sukar untuk menerima umno sebagai saudara..pkr perlu dibubarkan dan menyertai umno kerana perjuangan mereka tersasar dari kelestarian bangsa..dan umno sendiri perlu lebih relevan dan praktikal supaya mudah untuk diterima rakyat pelbagai lapisan..UMNO perlu membela segenap lapisan masyarakat melayu tanpa ada rasa sangsi sesama kita..setiap insan yang berjaya berbangsa melayu dan beragama Islam perlu di bela oleh UMNO kerana itulah amanah bangsa yang perlu kita jaga dan bela..walaupun anak melayu islam itu menolak umno tetapi dahulu datuk moyang mereka adalah penyokong umno dan orang yang kuat menentang pewujudan Malayan Union satu ketika dahulu..setiap orang yang mengalir darah melayu di badan mereka pasti mengetahui UMNO adalah parti yang membela bangsa Melayu tetapi di atas sikap ego dan selffish mereka telah terang-terang menolak umno kerana umno difitnah parti parasit yang menghisap darah melayu sendiri..
namun kita sebagai pejuang umno dan pewaris keris berdaulat sang saka bangsa harus jua berkorban jiwa dan raga kerana tatkala itu tiada airmata yang mampu menebus segala-galanya sebaliknya hanya darah jua menjadi taruhan demi menyelamatkan kerajaan melayu berdaulat yang menjadi khalifah di bumi melayu milik Al Khalid ini...Melayu perlu kepangkal jalan ..sama-sama sujud ke hadrat Illahi supaya kita melayu mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah supaya menyatukan hati-hati kita dan menjadi bangsa yang kuat dan gagah dan Islam sebagai pegangan kita yang utuh..
Ya Allah..banyak lagi kami nak minta..apa yang Rasulullah minta itulah yang kami minta..dan apa yang Rasulullah minta jauh itu yang kami minta jauh...Semuga kedaulatan Melayu terus terbela..dan Islam Tinggi Menjulang...Allahu Akbar Allahu Haq...
SUHAIZAN HAJI NOH
Pen Bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Alor Gajah