MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN

0
SALAM
PADA 16HB FEBRUARI 2011 YANG LEPAS TELAH DIADAKAN MESYUARAT PENYELARASAN PEGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN DI BILIK GERAKAN UMNO DUN ASAHAN DI PEKAN NYALAS.
BANYAK PERKARA YANG DIBINCANGKAN IAITU PELARASAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN DI DUN ASAHAN , WAKIL BAHAGIAN DALAM SETIAP MESYUARAT AGUNG CAWANGAN.
DISINI JUGA MENAMAKAN SUKARELAWAN PRK MERLIMAU DAN MEMAKLUMKAN TENTANG AKTIVITI PEMUDA DUN SEPANJANG 2011.
SEMUGA APA YANG DIRANCANG AKAN MENDAPAT SEPENUH SOKONGAN DAN PERHATIAN DARIPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN.
TAHNIAH PEMUDA UMNO DUN ASAHAN
TERIMAKASIH.


0 comments:

PERJUMPAAN BERSAMA PEMUDA DAN BELIA PETI UNDI CHINCHIN

0
PADA 15 HB FEBRUARI YANG LEPAS TELAH BERLANGSUNG PERJUMPAAN BERSAMA PEMUDA DAN BELIA CHIN CHIN DENGAN YB DATUK HAJI ABD GHAFAAR HAJI ATAN KETUA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH DAN BAHARUDIN BIN ABU BAKAR KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH.
PERJUMPAAN INI ADALAH SEMBANG-SEMBANG MESRA UNTUK MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN DIANTARA PEMUDA DAN BELIA PETI UNDI CHINCHIN DENGAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH.
MAJLIS INI JUGA TURUT DISERTAI IMANUDIN TANSRI ABD AZIZ SELAKU ABANG ANGKAT KEPADA PETI UNDI INI WAKIL DARIPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAH JASIN.
EN HATA BIN ABU SEBAGAI WAKIL DAIPADA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA AKAN TURUT MEMBANTU DALAM MENGANJURKAN AKTIVITI DAN PROGRAM DI PETI UNDI TERSEBUT.




0 comments:

SELAMAT MENJAMBUT MAULIDUR RASUL

0
BERGEMA SELAWAT DISELURUH PELUSUK DUNIA..MEMUJI MUJI DAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMAD RASULULLAH SAW KERANA CINTA DAN KASIH KITA KEPADA BAGINDA..
NEGERI MELAKA JUGA TIDAK KETINGGALAN DALAM MENGANJURKAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI DAN PADA TAHUN INI SAYA MENGIKUTI KONTIGEN DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN JASIN UNTUK SAMA-SAMA BERSELAWAT DAN MEMUJI NABU MUHAMAD SAW.
SEMUGA DENGAN KEBERKATANNYA KITA MAMPU MEMBINA PENGHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DAN DALAM KETAQWAAN KE PADA NYA..

 KONTIGEN MPJ YANG BERJAYA MENAMATKAN PERARAKAN

BERSELAWAT BERSAMA RAKAN-RAKAN

DI STADIUM HANG TUAH

0 comments:

TIADA VALENTINE DAYS

0
Disaat kita meraikan tarikh keputeraan kekasih Allah, Muhammad S.A.W, segelintir umat Islam, terutama muda mudi begitu ghairah menantikan tarikh 14 Februari setiap tahun yang diingati sebagai hari kekasih atau Valentines Day yang disambut meriah di seluruh dunia tahun demi tahun.


Mungkin ucapan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan akan tenggelam dalam luahan gelora cinta hari Valentines dikalangan muda mudi yang dimeriahkan hari tersebut dengan sinar cahaya lilin dan jambangan ros merah serta makan malam pasangan yang bercinta sambil bertukar-tukar perasaan.Tahukah kita apa sebenarnya Valentines Day ini? Dan kenapa disambut pada 14 Februari?

Hari Valentines diingati sempena mempeingati paderi kristian yang bernama PEDRO SAINT VALENTINE, seorang paderi kristian yang berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol yang telah menumpaskan kerajaan Islam Cordova dan sangat aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemeriintahan kerajaan Rom.

Setelah Raja Rom yang mengamalkan agama kuno romawi mengetahui kegiatan valentine menyebarkan agama Kristian, maka beliau memerintahkan Valentine ditangkap dan diseksa da dalam penjara. Namun sepanjang berada di dalam penjara, valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan dan secara sulit bercinta dengan anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum bunuh pada 14 Februari 269M, tetapi sebelum menjalani hukuman beliau sempat menulis surat cinta dengan menurunkan tanda tangan "From your Valentine".

Sejak peristiwa itu orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka yang sanggup mengorbankan nyawa kerana kepercayaan terhadap agama Kristian.

Apakah patut kita umat Islam memeriahkan tarikh ini? Tidak sama sekali!!!

Malahan kita hendaklah mengharamkan sepenuhnya hari kekasih ini dan tidak membenarkan sama sekali anak-anak muda kita menyambut hari tersebut.

Petikan daripada Khutbah Jumaat pada 8 Rabiul Awal 1432H bersamaan 11 Februari 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Memandangkan 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432H marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Baginda....

0 comments:

MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0
salam
pada 13 februari 2011 telah berlangsung mesyuarat pergerakan pemuda umno bahagian alor gajah di balairaya parit melana yang dipengerusikan oleh sdr Baharudin bin Abu Bakar selaku ketua pergerakan pemuda umno bahagian alor gajah.
mesyuarat pada malam itu banyak membincangkan program prk merlimau dan rancangan mesyuarat agung caw-cawangan di dalam bahagian alor gajah pada bulan mac nanti..
pemuda bahagian juga komited untuk memastikan pemuda terus sinonim dengan perjuangan bangsa dan umno.banyak juga isu telah diketengahkan untuk memastikan pemuda terus bergerak seiring dengan masa yang bergerak pantas dan laju kini..
kita berharap supaya segala aktiviti dan program pemuda dapat disokong dan dibantu bersama bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar,
pemuda umno bahagian juga akan mengadakan mesyuarat agung bahagian pada 2 mei 2011 seperti yang dirancang..semuga apa yang diusahkan akan membuahkan hasil kejayaan yang diberkati Allah..
TAHNIAH..SHN


0 comments:

selamat pengantin baru..

0
saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada anak buah iaitu ina kerana telah melangsungkan perkahwinan pada sabtu lepas di kampung permatang panjang jementah segamat muar johor..semuga kekal bahagia selamanya..insyaAllah..aminn..

0 comments:

PRK MERLIMAU - ANTARA PERJUANGAN DAN DENDAM

0
SALAM
ajal , maut , rezeki , jodoh ditangan Allah..semuanya adalah takdir Allah yang termaktub kukuh dalam rukun iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..sifat Allah Qudrat dan Iradat mengkehendaki segala yang berlaku dengan Kun Fa Ya Kun..ditakdirkan Allah hidup YB Datuk Hidir setakat itu dan bila dimasukkan dalam liang lahad maka tiada apa yang dibawa melainkan kain kafan yang berwarna putih..tinggal semua pingat , bintang , darjah kebesaran , kemewahan dan harta benda yang dapat semasa hidup.
(ini saya mengolah secara zahir dan fizikal)
dan kini urusan orang yang hidup belum berakhir , prk perlu dijalankan untuk mengisi kekosongan YB Adun Merlimau..maka bermulalah percaturan dan gerak kerja untuk memastikan kerusi yang berkuasa itu kekal untuk BN dan kerja-kerja merampas oleh pihak pembangkang..
saya yakin dan percaya isu di dun merlimau bukanlah boleh dipengaruhi oleh isu nasional.orang yang mengundi BN adalah orang yang ikhlas dan percaya bahawa BN adalah parti yang boleh dipercayai sedangkan pengundi parti pembangkang adalah dikalangan orang yang kecewa dan hanya ingin membuat undi protes..terang lagi bersuluh walaupun pas memenangi kerusi dun merlimau ini mereka tetap tidak boleh membina kerajaan di melaka..dan timbul persoalan disini untuk apa mereka bertanding di merlimau..untuk apa mereka membazir wang untuk memenuhi cita-cita sempit mereka ini...untuk apa mereka mengucar kacirkan merlimau yang selama ini tenteram dan damai..merlimau sudah mula bersatu dan semangat 1 Malaysia sudah terserap di dun Merlimau.
Ada juga cadangan dari beberapa pihak supaya diadakan muzakarah tertutup diantara pas dan umno di dun merlimau supaya tidak ada pertandingan berlaku di dun merlimau.jangan kaitkan dun merlimau dengan isu nasional dan tidak memainkan isu peribadi..yang pasti merlimau sedang rancang dengan program pembangunan yang telah dirangka dan dirancang oleh kerajaan BN.
mereka yang mahukan pertandingan sebenarnya adalah mereka yang mahukan wang..tiada pertandingan maknanya tiada wang kocek atau elaun atau saguhati..jika ada pertandingan makan adalah duit minum , elaun dsb..tapi apa akan jadi selepas itu....pas akan terus memusuhi umno dan umno juga akan terus bekerja keras untuk menyatukan orang melayu dan masyarakat setempat.
utamakanlah kebajikan merlimau daripada memenuhi nafsu serakah dan agenda politik yang sempit..PAs harus lebih rasional dan memandang perkara ini bukan untuk dendam tetapi untuk perjuangan memajukan melayu dan merlimau itu sendiri..

0 comments:

KURSUS KOMPUTER ANJURAN K EKONOMI

1
SAYA DI SINI JUGA MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH KEPADA K EKONOMI DARI JABATAN KETUA MENTERI MELAKA KERANA TELAH SUDI MENGADAKAN PROGRAM KURSUS ASAS KOMPUTER DI KAMPUNG SAYA.



KLIK DISINI UNTUK BERITA LANJUT.http://kampungabbey.blogspot.com

1 comments:

PEMUDA UMNO DUN ASAHAN AMBIL INISIATIF HANTAR BANTUAN PASCA BANJIR DI DUN ASAHAN

0
SALAM
pada 2/2/2011 yang lepas pergerakan pemuda umno dun Asahan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan konvoi bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di dun Asahan.seramai 243 keluarga menerima bantuan berupa makanan kering seperti beras , gula , sardin dsb. konvoi tersbut telah disertai oleh YB Datuk R Perumal , YB Datuk Abd Ghafaar , Baharudin Abu Bakar (KP) , Azman Che Mat (NKP) , Razani Seman , Ismail Ahmad , Abdollah Hasan , AJK Pemuda , Puteri , Wanita dan UMNO Bahagian Alor Gajah. Juga wakil dari GB4B Alor Gajah - Azizan Daud (S/U) dan kp2x di dun Asahan.program ini berjaya mengerakkan semangat 1 Malaysia dengan dinamakan Konvoi 1 Malaysia Sumbangan Mangsa Banjir Dun Asahan.
dan kami amat berharap agar sumbangan dan bantuan ini bukan hanya terhenti di sini tetapi perlu diusahkan bersama demi kebajikan penduduk dun Asahan terus terpelihara..
TAHNIAH DUN ASAHAN , 1 MALAYSIA.
MAJLIS PERASMIAN DI BALAIRAYA SELANDAR

YB DATUK GHAFAAR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DARI MAIM

YB DATUK R PERUMAL MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DARI BELIAU SENDIRI DAN YB TAN SRI FONG CHAN ON

0 comments:

TERUS BERKHIDMAT UNTUK ISLAM , MELAYU DAN MALAYSIA

0
salam.
sudah lama tidak mengemaskini blogs peribadi ini untuk rakan-rakan.yang nyata banyak aktiviti dijalankan sehinggakan tiada masa dan ruang yang sesuai untuk update blogs ini.banyak program update dalam facebook yang ada.
awal tahun ini kampung dan dun asahan digemparkan dengan bencana alam iaitu banjir yang semenjak hidup saya tak pernah kampung saya mengalami banjir sebegitu rupa..rumah-rumah ditepi sungai yang baru sahaja dibesarkan banjir paras pinggang..sekiranya tak dibesarkan sungai terebut saya pasti banjir lagi teruk dan jalanraya akan terjejas teruk.
secanggih mana pun sistem perparitan dan longkang yang dibina oleh kerajaan yang pasti ianya tidak boleh menyaingi kuasa Allah..sekiranya hujan tidak henti selama 7 hari pasti paras air akan naik dan membanjiri kawasan yang rendah.semuanya adalah kuasa Allah dan kita patut bersyukur kampung dan dun kita tidak dilanda Tsunami tetapi hanya sedikit ujian Allah untuk hambaNya tersayang.bersabarlah dan bersatulah demi perpaduan dan kasih sayang sesama insan..dan kini kampung dan dun kita sudah pulih sediakala cuma tetap ada kesan banjir sebagai tanda iktibar dan pengajaran kita tentang kekuasaan Allah..




paras air naik dibelakang rumah makcik midah Abbey


pengerusi JKKK - Usly Abu datang melawat dan melihat mangsa banjir di pondok batang


banjir di pondok batang akibat longkang tersumbat kerana pembuangan sampah yang tidak betul - buang sampah dalam longkang..

0 comments: