MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PRK MERLIMAU - ANTARA PERJUANGAN DAN DENDAM

0
SALAM
ajal , maut , rezeki , jodoh ditangan Allah..semuanya adalah takdir Allah yang termaktub kukuh dalam rukun iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..sifat Allah Qudrat dan Iradat mengkehendaki segala yang berlaku dengan Kun Fa Ya Kun..ditakdirkan Allah hidup YB Datuk Hidir setakat itu dan bila dimasukkan dalam liang lahad maka tiada apa yang dibawa melainkan kain kafan yang berwarna putih..tinggal semua pingat , bintang , darjah kebesaran , kemewahan dan harta benda yang dapat semasa hidup.
(ini saya mengolah secara zahir dan fizikal)
dan kini urusan orang yang hidup belum berakhir , prk perlu dijalankan untuk mengisi kekosongan YB Adun Merlimau..maka bermulalah percaturan dan gerak kerja untuk memastikan kerusi yang berkuasa itu kekal untuk BN dan kerja-kerja merampas oleh pihak pembangkang..
saya yakin dan percaya isu di dun merlimau bukanlah boleh dipengaruhi oleh isu nasional.orang yang mengundi BN adalah orang yang ikhlas dan percaya bahawa BN adalah parti yang boleh dipercayai sedangkan pengundi parti pembangkang adalah dikalangan orang yang kecewa dan hanya ingin membuat undi protes..terang lagi bersuluh walaupun pas memenangi kerusi dun merlimau ini mereka tetap tidak boleh membina kerajaan di melaka..dan timbul persoalan disini untuk apa mereka bertanding di merlimau..untuk apa mereka membazir wang untuk memenuhi cita-cita sempit mereka ini...untuk apa mereka mengucar kacirkan merlimau yang selama ini tenteram dan damai..merlimau sudah mula bersatu dan semangat 1 Malaysia sudah terserap di dun Merlimau.
Ada juga cadangan dari beberapa pihak supaya diadakan muzakarah tertutup diantara pas dan umno di dun merlimau supaya tidak ada pertandingan berlaku di dun merlimau.jangan kaitkan dun merlimau dengan isu nasional dan tidak memainkan isu peribadi..yang pasti merlimau sedang rancang dengan program pembangunan yang telah dirangka dan dirancang oleh kerajaan BN.
mereka yang mahukan pertandingan sebenarnya adalah mereka yang mahukan wang..tiada pertandingan maknanya tiada wang kocek atau elaun atau saguhati..jika ada pertandingan makan adalah duit minum , elaun dsb..tapi apa akan jadi selepas itu....pas akan terus memusuhi umno dan umno juga akan terus bekerja keras untuk menyatukan orang melayu dan masyarakat setempat.
utamakanlah kebajikan merlimau daripada memenuhi nafsu serakah dan agenda politik yang sempit..PAs harus lebih rasional dan memandang perkara ini bukan untuk dendam tetapi untuk perjuangan memajukan melayu dan merlimau itu sendiri..

0 comments: