لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ, لاَ شَرِيْكَ لَك
Allahuakbar 3x
Assallamualaikum wmt wbt
Salam 1Malaysia Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau..
Salam Melaka 750 tahun
Alhamdulillah Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..Bersyukur kita dgn limpah rahmatnya kita ditemukan sekali lagi dengan hari yang agung dan penuh erti pengorbanan iaitu hari raya Aidiladha pada tahun ini..
Pada tahun ini saya menyambut hari raya aidiladha di perantauan..di sebuah negeri yang asing buat saya namun ianya cukup bermakna dan mengambarkan kepada saya betapa bertuahnya kita duduk di negara yang bernama Malaysia..
Dsini bersama rakan rakan seperjuangan yg merupakan sukarelawan Malaysia yang membantu mangsa peperangan di syiria..disini saya lihat penuh dengan kesedihan dan penderitaan hasil dari kerakusan manusia yang sanggup berperang membunuh sesama sendiri hanya kerana kuasa dan nama..
Pengalaman disini amat bermakna buat saya utk saya bawa pulang bagi menzahirkan bahawa kita amat bertuah menjadi warganegara Malaysia..
Kita malaysia hari ni mampu membantu negara lain yg ditimpa kesusahan dan malapetaka. Justeru itu bersempena dengan hari raya korban ini saya menyeru kepada semua rakyat malaysia korbankanlah hawa nafsu dan keegoaan sendiri yang ada dlm diri demi masa depan yg stabil dan cemerlang dan syiar islam kian kukuh dipersada negara..
Ayuh para belia marilah kita jadi pewaris negara yg bersatu berbilang bangsa yg menjaga keutuhan negara bangsa untuk mencapai wawasan 2020..Ikhlas Berkorban demi negara tercinta..
Allahuakbar 3x
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Ikhlas dari saya berada di Misi Bantuan Kemanusiaan Jordan-Syiria..
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ, لاَ شَرِيْكَ لَك
Mohd Nizam Omar