MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

GOTONG ROYONG KORBAN

0

Salam perjuangan

AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar

Tahniah kepada Lembaga Surau Al Abidin Kg Abbey kerana berjaya mengadakan ibadah korban berkelompok pada tahun ini.

Dimaklumkan 4 ekor lembu sedia dikorbankan dan ditambah seekor lembu saya sediakan utk ibadah korban tahun ini..

Alhamdulillah pada tahun ini ibadah korban dpt saya laksanakan utk keluarga tercinta..semuga diberikan keberkatan dan dicuci segala dosa dan rezki yg selama ini bercampur gaul dgn perkara yg shubahah dan ragu ragu..

Semuga Allah memberikan rezki yg melimpah ruah  dan memberi peluang kepada saya sekeluarga ke tanah suci Mekah..

Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku..

Selamat hari raya Aidiladha..





0 comments:

PERUTUSAN RAYA AIDILADHA MOHD NIZAM OMAR DARI JORDAN

0

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ, لاَ شَرِيْكَ لَك

Allahuakbar 3x

Assallamualaikum wmt wbt
Salam 1Malaysia Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau..
Salam Melaka 750 tahun

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..Bersyukur kita dgn limpah rahmatnya kita ditemukan sekali lagi dengan hari yang agung dan penuh erti pengorbanan iaitu hari raya Aidiladha pada tahun ini..

Pada tahun ini saya menyambut hari raya aidiladha di perantauan..di sebuah negeri yang asing buat saya namun ianya cukup bermakna dan mengambarkan kepada saya betapa bertuahnya kita duduk di negara yang bernama Malaysia..

Dsini bersama rakan rakan seperjuangan yg merupakan sukarelawan Malaysia yang membantu mangsa peperangan di syiria..disini saya lihat penuh dengan kesedihan dan penderitaan hasil dari kerakusan manusia yang sanggup berperang membunuh sesama sendiri hanya kerana kuasa dan nama..

Pengalaman disini amat bermakna buat saya utk saya bawa pulang bagi menzahirkan bahawa kita amat bertuah menjadi warganegara Malaysia..

Kita malaysia hari ni mampu membantu negara lain yg ditimpa kesusahan dan malapetaka. Justeru itu bersempena dengan hari raya korban ini saya menyeru kepada semua rakyat malaysia korbankanlah hawa nafsu dan keegoaan sendiri yang ada dlm diri demi masa depan yg stabil dan cemerlang dan syiar islam kian kukuh dipersada negara..

Ayuh para belia marilah kita jadi pewaris negara yg bersatu berbilang bangsa yg menjaga keutuhan negara bangsa untuk mencapai wawasan 2020..Ikhlas Berkorban demi negara tercinta..

Allahuakbar 3x

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Ikhlas dari saya berada di Misi Bantuan Kemanusiaan Jordan-Syiria..

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ, لاَ شَرِيْكَ لَك

Mohd Nizam Omar

0 comments:

SELAMAT JALAN DAN SELAMAT KEMBALI MISI KEMANUSIAAN SYIRIA

0

Salam perjuangan..

Tahniah dan terimakasih kepada kerajaan negeri Melaka kerana menyumbang sebanyak RM 50k utk misi bantuan kemanusiaan ke Jordan dan Syiria. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yb Datuk Gan Tian Loo Exco Kerajaan Negeri Melaka di KLIA semalam.

Tahniah juga kepada MOHD NIZAM OMAR kerana terpilih mewakili kerajaan negeri Melaka dalam misi murni tersebut. Selain itu juga Mohd Arif Faiz Zainuddin juga dari Melaka telah mengikuti misi keamanan selalu peserta program.

Kami warga melaka amat berterimakasih kpd YAB Mohd Ali Rustam kerana telah mempercayai belia utk mewakili belia dlm misi antarabangsa ini..

Tahniah..

Boleh klik disini



0 comments:

PENCAK SILAT HOL MUHARAM PANJI..

0

Salam perjuangan..

Masa yang dinantikan..masa yg penuh bermakna..tahniah kepada Panji Sendeng Pasir Gudang kerana dgn inisiatif menggembalikan kembali kegemilangan panji dgn mengamjurkan hol muharam dan telah menjemput Perguruan Kota Sendeng utk turut serta.

Program tersebut akan diadakan pada 24 November di kg Cahaya Baru Masai..

Tahniah Panji..



0 comments:

CERAMAH AGAMA DI SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

0

Salam Perjuangan..

Terimakasih kepada bahagian RKSK Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana memberi peluang kepada JK Surau Al Abidin menganjurkan ceramah agama sempena Aidil Adha di surau kg Abbey..

Alhamdulillah sambutan pada prog malam itu menggalakkan walaupun serentak dgn perlawaman akhir piala Malaysia diantara ATM dan Kelantan..

Tahniah kepada Ustaz Hanuar Talib kerana memberi ceramah dengan baik dan hebat..

Kami para jemaah dan penduduk kampung berharap agar RKSK akan terus memberi peluang kepada kami utk menganjurkan ceramah lagi..

Tahniah dan terimakasih semua..





0 comments:

Semangat Gotong Royong Kekal Subur

0

Salam Perjuangan

Bersyukur kerana kita dpt hidup di sebuah negara yg aman damai dan tiada kacau bilau walaupin kadangkala kita dengar dari lidah pembangkang bagaikan Malaysia ini tidak selamat dan kacau bilau..Tapi diperingkat kampung dan seluruh Malaysia ternyata aman dan tenteram..hanya penjenayah dan yg menyumbang ke arah porak peranda melalui fitnah yang merasa hidup mereka tidak selamat di Malaysia

Alhamdulillah hari ini saya bersama penduduk kampung mengaktifkan semangat gotong royong bagi prog ceramah agama di surau Al Abidin Kg Abbey..

Memang ini menjadi amalan kami di kampung Abbey sekiranya menganjurkan sesebuah program di kampung kami.

Tahniah org kampung semua...



0 comments:

SELAMAT JALAN SUKARELAWAN MALAYSIA KE SYIRIA

0

Salam perjuangan,

Malam tadi sempat bersama Mohd Nizam Omar dan rakan rakan bersama meraikan pelepasan sukarelawan Malaysia ke Syiria di KLIA.

Majlis ini telah dilepaskan oleh YB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menteri pertahanan. Misi ini telah diketuai oleh Datuk Azeez.

Kita doakan agar misi penyelamat Malaysia ini akan selamat dan sejahtera dan berjaya dalam misi kemanusiaan ini. Dan Malaysia kekal di mata dunia sebagai sebuah negara yg stabil dan kekal aman hingga mampu membantu negara seagama ketika negara tersebut dilanda musibah..

Tahniah Datuk Azeez
Tahniah PM DS Najib
Tahniah MALAYSIA..




0 comments:

KUNJUNG HURMAT DAN PENGHARGAAN KEPADA DATUK BORHAN BIN DOLLAH

0

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah deligasi kami dari Melaka telah selamat sampai di Putrajaya utk mengadakan majlis kunjung hurmat dan penghargaan kepada Yg Berbahagia Datuk Borhan bin Dollah di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Datuk Borhan merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Malaysia yang telah banyak membantu perkembangan belia di Melaka.

Kami mengucapkan setinggi tinggi Tahniah dan penghargaan kepada Datuk Borhan kerana menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka DPSM yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan Negeri Melaka sempeda Hari Jadi TYT YDP Negeri Melaka ke 74 tahun..

Kami mendoakan agar Datuk Borhan terus majujaya dlm hidupnya sekeluarga....

Bergerak





0 comments:

TAHNIAH SEK PRA SK NYALAS

0

Salam perjuangan..

Alhamdulillah Tahniah kepada pasukan Senamtari Pra Sek Nyalas kerana tlh berjaya mendpt tempat ke 7 diperingkat negeri Melaka semalam yg berlangsung di groundfloor Melaka Mall.

Usaha yg gigih telah ditunjukkan oleh guru pembimbing dan semua pihak yg bersama dlm mengajar dan menunjukajar step step yg dipersembahkan dgn penuh komitmen dan menarik oleh murid murid pra sek yg terpilih..

Tahniah kpd nurin my luvly princess krn membuat persembahan yg baik dgn rakan rakan yg lain..

Semuga kreativiti dan keyakinan dikalangan murid murid pra sekolah akan terus digilap dan dikembangkan...

Tahniah Pra SK Nyalas...



0 comments:

SELESAI BENGKEL MS ISO 9001:2008

0

Salam perjuangan..

Alhamdulillah selesai sudah kursus atau bengkel Ms ISO 9001:2008 anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka dgn Inspin di Hotel Hang Tuah Harritage Melaka Raya Melaka..

Walaupun JKM berteraskan atau mengikut auditornya Sirim dan MPJ pula CI bagi ku tiada bezanya dari segi amalan dan pensijilan..Sebab nota nota yang diberi boleh digunakan utk amalan Iso di MPJ.

Semuanya mahukan yg terbaik utk jabatan masing masing dan memastikan amalan kerja seharian di jabatan kerajaan mengikut standart yg ditetapkan dan mengikut piawaian antarabangsa..

Walau ada org kata bahawa ISO itu Ini Susahkan Orang tapi bagi aku ia sebenarnya adlh penyelamat kepada penjawat awam dan satu cara utk diri kita dari didakwa kerana penyelewengan dan salah guna kuasa..sekiranya kita mengamalkan kerja seharian mengikut prosedur yg telah ditetapkan apayah lagi sudah di ISO kan dan telah mendapat sijil SIRIM atau CI maka kita dlm keadaan selamat..dan mudah menjawab segala tohmahan ataupun ditemubual oleh Sprm...

Semuga segala kerja seharian kita lebih mudah dan terus bersemngat menjadi penjawat awam yg dedikasi bersih cekap dan amanah..

Tahniah semua yg berjaya menamatkan bengkel hari ini...

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..


0 comments:

ZIARAH UKHUWAH DAENG ANDAK AL HABRAH KE ATAS SYEIKH ABDULLAH SANI

0

Salam Perjuangan...

Malam tadi saya bersama Daeng Andak Al Habrah dan Sdr Nazri Bakri telah menziarahi Syeikh Maulana Abdullah Sani di Bakri Muar Johor..Ini adlah kerana Ayahanda Daeng Andak sudah lama tidak menziarahi Pak Syeikh dan ingin bertukar tukar fikiran.

Kebetulan mereka ini minat dlm bidang warisan bangsa seperti keris badik dan rencung acheh maka pwrbincangan dan perbualan hanya berkisar kpd perkara perkara tersebut.

Bagi saya kedua dua individu ini mempunyai ciri yg sama iaitu ingin memelihara mengembang dan menjaga warisan bangsa..Pak Syeikh mengembang melalui Persaudaraan Cahaya DLima dan ayahanda Daeng dengan persatuan Ibunda..

Saya doakan agar 2 org tokoh budaya ini akan terus istiqamah dlm perjuangan mereka dan dlm peliharaan Allah SWT hendaknya..

Kliks sini sbg ole ole



0 comments:

TAHNIAH KEPADA PENERIMA DARJAH BINTANG TAULIAH PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA

0

Salam Perjuangan..

Pada hari ini Melaka amat bertuah kerana menjalankan satu majlis rasmi penganugerahan Darjah Tauliah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena dengan Hari Jadi TYT negeri Melaka.

Majlis telah bermula dengan gilang gemilang dengan majlis rasmi disebelah pagi dan setelah itu majlis penganugerahan sessi 1.

Rakyat akan merasa bangga dan merasa bertuah duduk di Melaka apabila segala sumbangan mereka kepada negeri diiktiraf dan dianugerahkan tanda kebesaran negeri Melaka. Usaha ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan dan kemakmuran negeri Melaka.

Tahniah kepada rakan rakan setiap orang yang mendapat penganugerahan dari kerajaan Melaka daripda darjah kebesaran hinggalah ke pingat khidmat lama.

Semuga usaha kita memajukan Melaka akan dilipatgandakan dan semua usaha kita ini akan mendapat lindungan dan naungan Allah selamanya..

Tahniah Melaka

We Luv n We Protect..





0 comments:

SELAMAT HARI JADI TYT YDP MELAKA YANG KE 74 TAHUN

0

Salam perjuangan...

Saya mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka yang ke 74 tahun.

Semuga Allah memberikan kesihatan dan keberkatan umur utk menjadi seorang pemimpin yg berdedikasi dan beriman..

Semuga Melaka terus aman makmur dan maju dibawah naungan TYT Melaka..

SELAMAT HARI JADI Tun..


0 comments:

TAHNIAH TEAM SENAMTARI PRA SEK NYALAS

0

0 comments:

PELAYARAN BERSEJARAH

0

Salam perjuangan..

Pelayaran bersejarah dari Palembang ke Melaka adaptasi sejarah parameswara membuka Melaka..







0 comments:

MAKLUMAN PANGKUAN

0


Sms dari Mohd Hafiz Noordin:

Salam 1 Msia. Dimaklumkan YBS Ketua Pemuda akan menghadiri Seminar United Nation di New York bermula 7/10 selama 2 minggu dan tempat beliau di pangku oleh NKP Sdr Azman Che Mat. Manakala  tugas PSU (Hafiz) pula  yg akan menunaikan Haji pd 17/11 selama 43hari akan dipangku oleh Sdr Rohaizat Nattershah. Sekian harap maklum.



0 comments:

TERIMAKASIH PAK SHAHRIDAN BELANJA MAKAN MALAM

0

Salam perjuangan

Satu malam di Palembang........

Terimakasih pak Shidan kerana belanja makan malam di Restoren Melayu di Palembang...walaupun lepas jamuan di Aryaduta Hotel namun ingin rasa citarasa jalanan di palembang...makanan tradisi di palembang ikan patin masak pindang dan ikan baung....

Minuman jus durian belanda mmng rasa jus sebenar dan enviroment yg selesa sambil diperdendangkan lagu ngetop Indonesia..

Mmng di sini kaya dengan perabut jati dan seni ukiran yg baik dan ini menimbulkan suasana seni alam melayu berbanding kita disini lebih suka dan cenderung motif moden dan style ala barat.

Namun disini semua masakannya manis manis dan tidak terasa di lidah kita yg sentiasa makan sambal goreng dan asam pedas power Melaka..

Setelah berada di negara org apatahlagi dikatakan disini Palembang bermulanya kerajaan Melayu Melaka tidak hairanlah jika dikatakan org org Melaka adalah org kota kerajaan Melayu dahulu..

Rasailah keadaan yg ketara ini namun apa yg penting mereka masih lagi rata rata kekal dengan budaya melayu sprt berpantun berpakaian budi bahasa dsb sedangkan kita Melayu di semenanjung kian dihimpit harus kemodenan dan amat menduga perpaduan kita sebangsa dan seagama dek arus propaganda dan politik yg tiada kenal sempadan dunia.

Teruskan perjuangan DMDI kerana tiada kejayaan yg tidak ditabur dgn air mata dan pengorbanan...

Tqvm Palembang



0 comments:

PERJALANAN KE PALEMBANG INDONESIA

0

Salam perjuangan

Pada 2 Oktober yg lps saya bersama Sdr Nizam,Shanmugam mengiringi YB DW Idris Haron yg juga disertai Sdr Muamar @ Presiden GB4B Malaysia, Sdr Roslan @ SU GB4B Malaysia dan Sdr Bro R@ MKT GB4B Malaysia telah menuju ke Hotel Aryaduta Palembang utk mengikuti Konvensyen DMDI.

Penerbangan kami dengn AIRASIA lancar dan mengikut sprt yg dirancangn..Semuga misi kali ini berjaya dan mengikut sprt yg dirancgkn.

Terimakasih kpd Majlis Perbandaran Jasin krn telah memilih saya utk newakili MPJ kali ini di konvensyen DMDI di Palembang...

Terimakasih



0 comments: