ASPIRASI DEMOKRASI TERPIMPIN
2
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi Transformasi Peneraju Generasi
Alhamdulillah hasrat sebarisan anak muda yang ingin pembaharuan dan penjenamaan semula Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah telah menampakkan kesannya walaupun pelbagai kata nista dan fitnah dilemparkan namun semangat setiakawan dan ikhlas dalam perjuangan telah menampakkan hasil untuk terus menyampaikan hasrat meneraju pimpinan pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah.
Sehinggakan maksud Aspirasi pun telah disalah ertikan dengin niat untuk memalukan atau memperkecilkan barisan Aspirasi Muda AG ini. Kenapa gerak kerja itu berlaku sedangkan pemuda sekarang menuntut politik matang dan sentiasa memikirkan bagaimana memajukan dan memperkuatkan bangsa supaya UMNO kekal relevan dengan bangsa Melayu yang beragama Islam. Adakah perjuangan bangsa ini satu bahan lawak atau hanya memerlukan penyatuan ketika musim bertanding?
Kita harus insaf dasar parti UMNO kini dibawah pentadbiran YAB DS Najib yang diwarisi dari tokoh UMNO terdahulu sentiasa memberi ruang seluas luasnya kepada ahli parti untuk mejawat jawatan dalam parti asalkan niat perjuangan itu memartabatkan kesucian Islam kedaulatan Melayu dan kemerdekaan negara Malaysia. Kita tidak seharusnya terperangkap dalam emosi dan egois diri kerana itu kelak akan menghancurkan diri kita sendiri apatahlagi hanya mengheret kita ke kancah perpecahan.
Hurmat menghurmati dan kasih sayang adalah amalan bangsa Melayu yang sinonim dengan ajaran Islam yang perlu kita amalkan dan praktikkan. UMNO dalam keluarga yang besar perlua ada sifat keterbukaan sesama ahli supaya pembenihan demokrasi terpimpin oleh para pemimpin yang beriman dan adil ini akan terus subur dan menjadi pokok perjuangan UMNO parti keramat bangsa Melayu ini..
InsyaAllah apapun kumpulan dan barisan kita untuk memenangi tampuk pentadbiran sayap pemuda UMNO AG ini kita tetap sama iaitu dari parti UMNO yang telah banyak berjasa kepada Agama Bangsa dan Negara kita.. Tidak ada bibit bibit perpecahan selama ini dalam pemuda UMNO kerana propaganda yang dijual atau dikeluarkan untuk menambat hati perwakilan semata mata untuk menang dalam pemilihan kali ini.
Fikir guna akal, Rasa guna Jiwa, Percaya guna Iman, Pilih guna Keyakinan , Ingin Berjaya guna Aspirasi Muda AG. InsyaAllah kita semua pasti beroleh kemenangan...
Suhaizan Haji Noh
Aspirasi Muda Alor Gajah
Transformasi Peneraju Generasi
RUJUKAN : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aspirasi
aspirasi | keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspirasi | keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu: ~ rakyat pd masa itu adalah utk mencapai kemerdekaan. beraspirasi mempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan. mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu; mencita-citakan: Penduduk di situ ~ suatu kehidupan yg aman tenteram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beraspirasi | mempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
RUJUKAN : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=TRANSFORMASI
transformasi | perubahan rupa, bentuk, sifat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
transformasi | perubahan rupa, bentuk, sifat dll. | Kamus Pelajar |
transformasi | perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; mentransformasikan melakukan (meninggalkan dsb) transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
MAKSUD ASPIRASI YANG DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB BERKAITAN BARISAN ASPIRASI MUDA AG YANG TELAH DIKAITAN DENGAN MAKSUD DALAM BIDANG PERUBATAN
acid aspiration syndrome | sindrom aspirasi asid | Perubatan | Tiada | Sindrom yang dialami pesakit apabila tersedut asid gaster yang masuk ke dalam saluran pernafasan. Sindrom ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi respiratori. Sinonim sindrom Mendelson. |
acute respiratory distress syndrome (ARDS) | sindrom sukar bernafas akut (ARDS) | Perubatan | Tiada | Sindrom penyakit paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba atau mendadak yang ditandai gejala sukar bernafas dan mengakibatkan kekurangan ketepuan oksigen dalam darah. Sindrom ini boleh berlaku kepada pesakit yang menghidap penyakit seperti radang paru-paru, pneumonitis aspirasi, kontusi paru-paru, pankreatitis, embolisme lemak, pintasan kardiopulmonari, kecederaan teruk, renjatan hipovolemia, renjatan septisemia, transfusi darah masif dan inhalasi asap toksik. |