MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MELAKA MAJU FASA 2

0

Assallammualaikum wmt wbt

Pada pagi tadi telah bersama YB Datuk Hjh Norpipah utk mesyuarat Post Exco Belia dan Warisan..

Selepas itu bersama MNizam Omar singgah di pejabat Ketua Menteri untuk menemui YAB DS Idris Haron..

Semuga segala yang dibincangkan akan mendapat perlindungan Allah..dan sesungguhnya perancangan Allah itu jua yg Maha Agung...

0 comments:

Pas Selangor kutuk hajat Anwar mahu jadi MB

0


PAS Selangor menolak secara terbuka cubaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru manakala sayap pemudanya bertekad memulau pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandingi oleh Ketua Pembangkang itu.
Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim terkilan dengan peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.
“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk Anwar diletakkan sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
Syarhan berkata Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan terbabit.
“Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat,” ujarnya.
Beliau mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.
“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.
Beliau juga menuntut PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS.
“Sekiranya PKR gagal berbuat demikian, maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” ujarnya.
Sementara itu, PAS Selangor pula menganggap isu kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar Selangor pada waktu ini.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan berasingan berkata apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi ADUN atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.
Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja, katanya.
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan menteri besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon yang dirasakan layak dan sesuai.
“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” tegasnya.
Khairuddin berkata pihaknya akan menghantar nama calon menteri besar untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian.
“Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. PAS dan DAP masing-masing memiliki 14 kerusi DUN berbanding 13 oleh PKR. – Antarapos

0 comments:

BRIEFING DAN DISCUSS

0
ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT

HARI INI SELESAIKAN PERKARA PERKARA YANG BERKAITAN UNTUK PROGRAM YANG AKAN DATANG....TUNGGUUU.....






0 comments:

WELCOME PM KE MELAKA

0



ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH KEPADA YAB PM KERANA MENGADAKAN LAWATAN KERJA KEMELAKA DAN INI MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA RAKYAT MELAKA.

DENGAN PROGRAM YANG DIADAKAN MENARIK MINAT KEPADA PM UNTUK MENGUNJUNGI MELAKA

SATU MESYUARAT TELAH DIADAKAN UNTUK MEMBINCANGKAN DAN MENYELARASKAN PROGRAM TERSEBUT YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YB DATUK HAJAH NORPIPAH..

TAHNIAH MELAKA

0 comments:

TERIMAKASIH KERAJAAN MALAYSIA ATAS KEPRIHATINAN RM 100 UNTUK PELAJAR SEKOLAH

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA KERANA KEPRIHATINAN UNTUK BANTUAN RM 100 KEPADA PELAJAR SEKOLAH.SESUNGGUHNYA BANTUAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBANAN IBU BAPA UNTUK MEMBANTU MEMPERLENGKAPKAN ANAK ANAK KE SEKOLAH DAN INI MEMBERI IMPAK POSITIF KETIKA MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN UNTUK SESSI TAHUN INI

SEMUGA IANYA MEMBERI KESEDARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA UNTUK TERUS BERSYUKUR DAN BERTERIMAKASIH.

TQ PM



0 comments:

TAHNIAH LEMBAGA SURAU KG PONDOK BATANG DAN PENDUDUK KG PONDOK BATANG

0



ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TAHNIAH KEPADA LEMBAGA SURAU KG PONDOK BATANG DAN PENDUDUK KAMPUNG PONDOK BATANG KERANA BERJAYA MENGADAKAN MAJLIS PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI KG PONDOK BATANG...

TAHNIAH SEMUA..TERBAIK

0 comments:

TERIMAKASIH SAHABAT YANG HADIR DALAM MAJLIS MALAM CINTA RASUL KG ABBEY

0



ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT

TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI TERUTAMANYA BAHAGIAN RUMAHKU SYURGAKU RKSK JABATAN KETUA MENTERI DAN LEMBAGA SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

TAHNIAH JUGA GURU TAHFIZ MUDA IAITU USTAZ RIDWAN AL YAMANI DARI MADRASAH ULUM YAMANI DI NYALAS

SEMUGA UKHUWAH KITA SEMUA AKAN DILINDUNGI DAN DIREDHAI ALLAH.

TAHNIAH SEMUA..



0 comments:

Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama Bon Melaka 2014

0

Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama Bon Melaka 2014
Pada 26.01.2014 ( Ahad )
Jam 9.00 pg - 4.00 ptg
Bertempat di Medan Selera berhampiran Masjid An Naim Durian Tunggal.
Ajuran - Kelab Peminat Ayam Serama (Malaysia) Melaka
Dengan Kerjasama
Gerakan Belia 4B Dun Durian Tunggal
Puteri umno dun durian tunggal
Jejak kembara G7
Pameran daripada agensi kerajaan
AADK ,PDRM,PENJARA,JPAM
Pendaftaran SPA dan kemaskini BRIM
Kumpulan muzik kugiran Jejak Kembara
Peryetaan ayam serama dari negeri
Kelantan,Selangor,Perak,Melaka  
Perasmian oleh en mohd ali aluai ahli majlis mphtj.
Kehadiran jemputan seramai 3ratus org
Program dianjurkan utk mempromosikan ayam serama malaysia melaka





0 comments:

SOALAN INTERVIEW DARI PELAJAR UiTM CAW MELAKA

0

terimakasih dan tahniah..semuga maju jaya


Assallammualaikum wmt wbt

Soalan interview dari pelajar UiTM Caw Lendu Melaka

Peranan Media Dalam Mengangkat Silat (Seni Mempertahankan Diri Kaum Melayu) ke Peringkat yang Lebih Tinggi.

RQ1: Apakah keberkesanan peranan sesebuah media dalam meningkatkan imej seni mempertahankan diri (fokus pada silat)?

1. Adakah silat merupakan seni mempertahankan diri yang hanya dianggap sebagai selingan budaya dalam masyarakat Melayu selain ia sebenarnya mampu untuk diangkat sebagai sejenis sukan tradisional?

***Silat adalah merupakan teras budaya Melayu yang bukannya selingan atau dampingan tetapi Silat adalah identiti dan aset bangsa Melayu. Silat bukan hanya sekadar sukan tetapi silat berkait rapat dengan pembangunan kerohanian dan jasmani.

2. Adakah encik rasa silat ini mampu untuk membangkitkan kecintaan pada budaya masyarakat Melayu masa kini?

***Silat juga adalah wadah penyatuan bangsa , pemahaman silat yang jelas akan membangkitkan semangat patriotisme dan sayangkan budaya bangsa kita sendiri. Tak kenal maka tak cinta tapi bila dah kenal maka datanglah nanti kasih sayang untuk mempertahankan , megembangkan dan melestari budaya ini.

3. Apakah pandangan encik tentang silat itu sendiri? Adakah ia berkaitan dengan ilmu mistik sepertimana yang diperkatakan orang.

***Silat adalah pakaian dan pakaian itu akan mengambarkan pemakainya sebagai seorang yang baik atau sebaliknya. Sebenarnya ilmu persilatan bukanlah mistik atau khurafat tetapi kesilapan sesetengah perguruan yang menokok tambah dengan amalan kebathinan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu yang menyebabkan silat dipandang negatif. Suka saya tekankan bahawa Silat itu rahsia dan rahsia itu perlu dirungkai dengan ilmu dan iman.

4. Mengapa agaknya silat tidak begitu meraih kedudukan seperti seni pertahanan diri yang lain di negara kita sepertimana yang terpilih untuk ke peringkat antarabangsa? Adakah ia tidak dapat memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan. 

*** Sebenarnya silat melalui beberapa fasa pembangunan dan evolusi untuk berkembang dan sebenarnya silat sudah berkembang ke seluruh dunia namun pada masa kini kita disogokkan oleh trick camera dari pengamal kung fu , karate dan muay thai menyebabkan silat ketinggalan dalam pasaran perfileman dunia. Silat sebenarnya sudah terkenal di Belanda , United Kingdom , USA dan Sweeden. Dan sekarang usaha itu masih berterusan dengan mengadakan silibus silat dan penubuhan MAGMA.

RQ2: Adakah media dapat menarik generasi muda kita untuk mendalami silat?

1. Sepertimana belia masa kini, adakah mereka mendapat pendedahan secukupnya tentang silat? Melalui medium apakah selalunya anda menerima maklumat tentang silat.

***Bagi saya , belia masa kini kurang mendapat maklumat dan pendedahan tentang silat yang sebenar kerana media massa dan media elektronik amat kurang mempromosikan silat melayu. Media kini lebih cenderung ke arah komersial dan memberi impak di segi keuntungan. Filem filem aksi dan pertarungan sekarang lebih suka menyelitkan beladiri seperti kick boxing dan muay thai.

2. Apakah reaksi encik berkaitan pendedahan silat sepertimana yang dipaparkan di media?

*** Bagi saya silat yang didedahkan oleh pihak media kebanyakkan nya dicampur aduk dengan seni bangsa lain kerana mereka hanya mementingkan sudut komersial namun tidak dinafikan juga ada penerbit filem atau drama yang masih memaparkan silat melayu asli dan menekankan silat melayu yang sebenarnya.

3. Apakah bentuk media yang dapat mendekatkan silat kepada generasi muda masa kini?

***Media yang paling mudah untuk memaklomkan dan memberi pendedahan tentang silat ialah media melalui internet seperti youtube , keeks , facebook , filem pendek untuk download di whatsapp dsb

4. Pendapat: Adakah silat ini hanya tertumpu pada seni mempertahankan diri yang harus dipelajari atau ia juga boleh dijadikan budaya masyarakat Melayu yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang?

***Kita fokus silat kepada SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SENI BELADIRI) dan juga latihan Jasmani atau fizikal untuk kesihatan dan kecergasan. Silat merupakan seni budaya bangsa Melayu yang perlu dipelajari , diamalkan , dikembangkan , lestarikan dan dipertahankan untuk wasilah anak anak bangsa akan datang.

RQ3: Apakah peranan media dalam memberi impak / kesan dalam memberi pendedahan tentang seni mempertahankan diri(silat)?

1. Adakah media dapat memberi kesan kepada dunia persilatan Melayu sebagai langkah mempertingkat imej silat di peringkat yang lebih tinggi?

*** Peranan media amat penting dan perlu pelabur pelabur syarikat perfileman untuk mengkomersialkan persilatan melayu mengikut keaslian dan kebenaran seni silat Melayu itu sendiri.

2. Apakah kesan pendedahan media tentang silat dalam mengekalkan budaya masyarakat Melayu itu sendiri? 

*** Kesan amat besar jika pihak media sama sama memantu dalam mempromosikan silat sebagai budaya melayu yang paling Agung. Anak Melayu sendiri harus bangkit untuk mendalami dan menguasai segala rahsia langkah persilatan supaya tidak ada suatu hari nanti anak Melayu terpaksa belajar dengan bangsa asing untuk mempelajari silat Melayu itu sendiri.

3. Sebagai rakyat Malaysia, adakah encik mendapat terpengaruh apabila media mengadakan siaran - siaran tentang pendedahan silat? (Komen tentang kualiti penyampaian media mengenai interpretasi budaya di Malaysia)

*** Seni silat Melayu bukan boleh ditiru , nampak mudah tapi perlu pendedahan dan pendidikan yang berterusan. Silat kini mengalami evolusi dan semakin hari semakin ramai juga anak bangsa yang memandang silat sebagai satu aset terpenting dan YAB PM sendiri mengiktiraf silat sebagai satu benteng ke tiga negara selepas tentera dan polis. Media harus bersama dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang silat melayu dan kita orang melayu harus bangga bersama mempertahankan silat bangsa kita ini.

4. Sebarang cadangan supaya pihak media dapat mempertingkat kualiti penyampaian tentang pendedahan budaya Malaysia khususnya seni pertahanan diri Melayu (silat). 

*** Kementerian Pendidikan harus menerapkan seni silat diperingkat sekolah supaya anak anak bangsa ini dari kecil didik untuk mengenali silat Melayu dan juga kerajaan dibawah Kementerian Kebudayaan dan keseniaan harus menyediakan geran geran tertentu kepada persatuan silat untuk membantu menggerakkan persatuan silat masing-masing. Pihak media juga memainkan peranan penting untuk menarik minat pelabur pelabur untuk melabur dalam industri perfileman negara berkaitan persilatan Melayu. Pihak media juga jangan hanya memandang dari sudut komersial sahaja tetapi sumbangan untuk kelestarian seni bangsa harus difikirkan bersama.
Kalau bukan kita yang mengembangkan dan mempertahankan silat , siapa lagi yang akan lakukan?

Terima kasih. 
-Nur Amanina Suhaimi


BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA

*** Jawapan ikhlas dari


SUHAIZAN HAJI NOH BKT PJK PBB
Pewaris Bunga Padi
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan , Melaka

012-3311452

youtube : SUHAIZANNOH

0 comments:

PROGRAM PERKHEMAHAN WAJA DIRI SIRI 1-2014

0

PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA
D/A SUHAIZAN HAJI NOH (SETIAUSAHA) , KM 50 KG ABBEY 77100 ASAHAN MELAKA
012-3311452 , suhaizan78@gmail.com
***************************************************************************
Ruj : Pentadbiran (Sulit) 2014
Tarikh : Januari 2013

Kepada :
Ibu / Bapa / Penjaga
Ahli Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan Melaka

  1. Gelanggang Asahan
  2. Gelanggang Pondok Batang
  3. Gelanggang Nyalas
  4. Gelanggang Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh
  5. Gelanggang Durian Tunggal
  6. Gelanggang Kampung Lapan , Bachang
  7. Gelanggang Duyong

Tuan,

MAKLUMAN DAN KEBENARAN DARI IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK MENYERTAI PROGRAM PERKHEMAHAN WAJA DIRI SIRI 1-2014

Adalah dengan segala hurmatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program tersebut adalah seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 31 JANUARI HINGGA 1 FEBRUARI 2014
Lokasi : Tapak Perkhemahan Kem Saujana, MSN Asahan , Melaka

3. Bersama-sama dengan ini disertakan aturcara untuk makluman tuan.
Segala kerjasama amat diharapkan. Sekian , terimakasih.

IKHLAS DALAM PERJUANGAN
BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA

Yang Menjalankan Tugas ,


(SUHAIZAN HAJI NOH BKT,PJK,PBB)
Setiausaha.

*********************************************************************************

PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA
PROGRAM PERKHEMAHAN WAJA DIRI SIRI 1-2014

MISI
Menganjurkan dan Bekerjasama Dengan Pihak Yang Bertanggungjawab Dalam Memastikan Seni Silat Warisan Bangsa Terus Terpelihara
OBJEKTIF
  • Memastikan peserta kursus mampu membezakan unsur-unsur mistik atau khurafat dengan amalan yang tidak bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam ilmu persilatan Melayu.
  • Menanamkan semangat cintakan ilmu seni silat warisan bangsa Melayu dan bercita-cita untuk menggembangkannya.
  • Mendisplinkan diri pesilat juga membentuk jati diri yang teguh dan berakhlak mulia dan bersedia sebagai pewaris yang berdaulat dan bebas merdeka.
  • Mengenali dengan lebih dekat tentang persilatan dari aspek kerohanian , fizikal dan matlamat kehidupan.
  • Memberi pendedahan kepada pesilat tentang pengurusan pentadbiran atau organisasi untuk bersaing dengan beladiri yang lain samada peringkat negara atau antarabangsa.
TENTATIF PROGRAM

Masa

31 JANUARI Jumaat
1 JANUARI Sabtu
Pagi


6.00

Solat Subuh
7.00

Senaman 1
7.30

Sarapan
8.00

Persiapan diri
8.30

Bengkel 1
9.30

Bengkel 2
10.30

Minum pagi
11.00

Majlis Penutup
12.00

Bersurai
Petang


3.00
Pendaftaran Peserta

4.00
Persiapan Khemah

4.30
Taklimat

5.00
Majlis Perasmian

6.30


Malam


7.00
Solat Maghrib

8.00
Makan Malam

8.45
Solat Isyak

9.15
Tazkirah

10.15
Majlis Mandian
11.15


11.30
Kudapan



0 comments:

SELAWAT NABI

0





0 comments:

MAJLIS MANDI APUNG PSSKS

0




TELAH DIPUTUSKAN UNTUK MENGADAKAN MAJLIS MANDI APUNG DIKALANGAN ANAK ANAK PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:-

TARIKH : 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2014
LOKASI : KOLAM AIR ASAHAN
PERKHEMAHAN : DI KEM SAUJANA MSN ASAHAN
PESERTA : 100 ORANG

SEMUGA AKTIVITI INI AKAN MEMBERI KESAN POSITIF DAN KEYAKINAN KEPADA SEMUA ANAK ANAK PERGURUAN YANG MENYERTAINYA.





0 comments:

SALAM MAULIDUR RASUL

0
 

Assallammualikum wmt wbt

Alhamdulillah pada tahun ini dapat bersama dengan sahabat untuk menyertai perarakan maulidur rasul peringkat negeri Melaka. pada tahun ini menyertai kontigen dari Dun Asahan. Rasa amat meriah dan rasa amat gembira kerana dapat bersama sahabat lain berselawat dan memuji muji Rasulullah SAW di hari yang mulia ini.

Tahniah semua..









0 comments:

TAHNIAH KEPADA SAHABAT GB4B DUN DURIAN TUNGGAL - FUTSAL TERTUTUP

0
1.Nama program :Kejohanan futsal tertutup GB4B DUN DURIAN TUNGGAL

2. anjuran:GB4B DUN DURIAN TUNGGAL

3. Program telah dirasmikan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Encik Ismail Ibrahim dan bersama pengerusi GB4B KAWASAN ALOR GAJAH Suhaizan Haji Noh

4. seramai 350 org dari 30 pasukan .8 cawangan gb4b dlm dun yg hantar

5. bermula 8.30 pg-4ptg bertempat digelanggang futsal taman belimbing setia durian tunggal.

Azman Hj Omar selaku pengerusi penyelaras dun gb4b  berkata program ini akan diteruskan utk belia yg sihat dan cergas dan megeratkan silsturahim dlm dun dan cawangan d/ tunggal.






0 comments:

Permaisuri' Dari Seri Kembangan Tuntut Takhta Kesultanan Melaka

0

Oleh R.S.N. MURALI
MELAKA: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.
Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.
Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.
Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya.
Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.
"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.
"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.
Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat.
"Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.
"Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal.
  • Print this story

0 comments:

MALAM CINTA RASUL 24 JANUARI 2014

0

ASPIRASI BELIA PEMANGKIN UKHUWAH

MALAM CINTA RASUL

ANJURAN

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA CAWANGAN KG ABBEY , MELAKA

KERJASAMA

BAHAGIAN RUMAHKU SYURGAKU

JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

TARIKH

24 JANUARI 2014

LOKASI

SURAU AL ABIDIN , KG ABBEY MELAKA

DIRASMIKAN

YB DATUK WIRA HJ ABD GHAFAAR ATAN

ADUN ASAHAN

ASPIRASI BELIA PEMANGKIN UKHUWAH

MALAM CINTA RASUL

A. Pendahuluan
Program ini adalah berbentuk ceramah yang akan menyampaikan input input berkenaan peranan dan tanggungjawab setiap muslim untuk menyayangi dan mencintai Rasul. Ini juga akan memupuk semnata gotong royong dan kerjasama dikalangan belia di kampung ini.Ini akan memberi ruang dan peluang kepada masyarakat belia untuk bermesra dan bercampur dengan masyarakat kampung supaya akan wujud suasana kampung yang harmnonis dan kasih sayang seperti mana yang termaktub dalam konsep Maqasid Al Syariah iaitu Baldatun Taoiyiban Warabbun Ghafur.Semuga hasrat para belia kampung ini akan terlaksana dan diberkati Allah SWT.

B. ANJURAN

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA CAWANGAN KG ABBEY dengan Kerjasama Lembaga Surau Al Abidin Kg Abbey dan Bahagian Rumahku Syurgaku.

C. TARIKH / MASA / TEMPAT

1. Tarikh : 24 Januari 2014 (Jumaat )

2. Masa : 6.00 petang – 10.00 malam

     3. Lokasi : Surau Al Abidin Kg Abbey

     4. Penceramah Jemputan : Ustaz Redzuan bin Rafi Al Yamani dan Kumpulan

         Qasidah Soutul Yamani
MALAM CINTA RASUL
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H
ANJURAN BERSAMA
GERAKAN BELIA 4B / PEMUDA UMNO
JKKK KG ABBEY/PONDOK BATANG
LEMBAGA SURAU AL ABIDIN KG ABBEY
TARIKH
24 JANUARI 2014 BERSAMAAN 22 RABIUL AWAL 1435
HARI
JUMAAT
MASA
BERMULA 7.00 MALAM
LOKASI
SURAU AL ABIDIN KG ABBEY
PENCERAMAH
USTAZ MOHD REDZUAN RAFFI AL YAMANI
BERSERTA
KUMPULAN QASIDAH SOUTUL YAMANI
SEMUA DIJEMPUT HADIR

 
 

0 comments: