SOALAN INTERVIEW DARI PELAJAR UiTM CAW MELAKA
0
terimakasih dan tahniah..semuga maju jaya
Assallammualaikum wmt wbt
Soalan interview dari pelajar UiTM Caw Lendu Melaka
Peranan Media Dalam Mengangkat Silat (Seni Mempertahankan Diri
Kaum Melayu) ke Peringkat yang Lebih Tinggi.
RQ1:
Apakah keberkesanan peranan sesebuah media dalam meningkatkan imej seni
mempertahankan diri (fokus pada silat)?
1. Adakah silat merupakan seni mempertahankan diri yang hanya
dianggap sebagai selingan budaya dalam masyarakat Melayu selain ia sebenarnya
mampu untuk diangkat sebagai sejenis sukan tradisional?
***Silat adalah merupakan teras budaya Melayu yang bukannya
selingan atau dampingan tetapi Silat adalah identiti dan aset bangsa Melayu.
Silat bukan hanya sekadar sukan tetapi silat berkait rapat dengan pembangunan
kerohanian dan jasmani.
2. Adakah encik rasa silat ini mampu untuk membangkitkan
kecintaan pada budaya masyarakat Melayu masa kini?
***Silat juga adalah wadah penyatuan bangsa , pemahaman silat
yang jelas akan membangkitkan semangat patriotisme dan sayangkan budaya bangsa
kita sendiri. Tak kenal maka tak cinta tapi bila dah kenal maka datanglah nanti
kasih sayang untuk mempertahankan , megembangkan dan melestari budaya ini.
3. Apakah pandangan encik tentang silat itu sendiri? Adakah ia
berkaitan dengan ilmu mistik sepertimana yang diperkatakan orang.
***Silat adalah pakaian dan pakaian itu akan mengambarkan
pemakainya sebagai seorang yang baik atau sebaliknya. Sebenarnya ilmu
persilatan bukanlah mistik atau khurafat tetapi kesilapan sesetengah perguruan
yang menokok tambah dengan amalan kebathinan yang bertentangan dengan ajaran
Islam itu yang menyebabkan silat dipandang negatif. Suka saya tekankan bahawa
Silat itu rahsia dan rahsia itu perlu dirungkai dengan ilmu dan iman.
4. Mengapa agaknya silat tidak begitu meraih kedudukan seperti
seni pertahanan diri yang lain di negara kita sepertimana yang terpilih untuk
ke peringkat antarabangsa? Adakah ia tidak dapat memenuhi terma dan syarat yang
ditetapkan.
*** Sebenarnya silat melalui beberapa fasa pembangunan dan
evolusi untuk berkembang dan sebenarnya silat sudah berkembang ke seluruh dunia
namun pada masa kini kita disogokkan oleh trick camera dari pengamal kung fu ,
karate dan muay thai menyebabkan silat ketinggalan dalam pasaran perfileman
dunia. Silat sebenarnya sudah terkenal di Belanda , United Kingdom , USA dan
Sweeden. Dan sekarang usaha itu masih berterusan dengan mengadakan silibus
silat dan penubuhan MAGMA.
RQ2:
Adakah media dapat menarik generasi muda kita untuk mendalami silat?
1. Sepertimana belia masa kini, adakah mereka mendapat
pendedahan secukupnya tentang silat? Melalui medium apakah selalunya anda
menerima maklumat tentang silat.
***Bagi saya , belia masa kini kurang mendapat maklumat dan
pendedahan tentang silat yang sebenar kerana media massa dan media elektronik
amat kurang mempromosikan silat melayu. Media kini lebih cenderung ke arah
komersial dan memberi impak di segi keuntungan. Filem filem aksi dan
pertarungan sekarang lebih suka menyelitkan beladiri seperti kick boxing dan
muay thai.
2. Apakah reaksi encik berkaitan pendedahan silat sepertimana
yang dipaparkan di media?
*** Bagi saya silat yang didedahkan oleh pihak media kebanyakkan
nya dicampur aduk dengan seni bangsa lain kerana mereka hanya mementingkan
sudut komersial namun tidak dinafikan juga ada penerbit filem atau drama yang
masih memaparkan silat melayu asli dan menekankan silat melayu yang sebenarnya.
3. Apakah bentuk media yang dapat mendekatkan silat kepada
generasi muda masa kini?
***Media yang paling mudah untuk memaklomkan dan memberi
pendedahan tentang silat ialah media melalui internet seperti youtube , keeks ,
facebook , filem pendek untuk download di whatsapp dsb
4. Pendapat: Adakah silat ini hanya tertumpu pada seni
mempertahankan diri yang harus dipelajari atau ia juga boleh dijadikan budaya
masyarakat Melayu yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang?
***Kita fokus silat kepada SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SENI
BELADIRI) dan juga latihan Jasmani atau fizikal untuk kesihatan dan kecergasan.
Silat merupakan seni budaya bangsa Melayu yang perlu dipelajari , diamalkan ,
dikembangkan , lestarikan dan dipertahankan untuk wasilah anak anak bangsa akan
datang.
RQ3:
Apakah peranan media dalam memberi impak / kesan dalam memberi pendedahan
tentang seni mempertahankan diri(silat)?
1. Adakah media dapat memberi kesan kepada dunia persilatan
Melayu sebagai langkah mempertingkat imej silat di peringkat yang lebih tinggi?
*** Peranan media amat penting dan perlu pelabur pelabur
syarikat perfileman untuk mengkomersialkan persilatan melayu mengikut keaslian
dan kebenaran seni silat Melayu itu sendiri.
2. Apakah kesan pendedahan media tentang silat dalam mengekalkan
budaya masyarakat Melayu itu sendiri?
*** Kesan amat besar jika pihak media sama sama memantu dalam
mempromosikan silat sebagai budaya melayu yang paling Agung. Anak Melayu
sendiri harus bangkit untuk mendalami dan menguasai segala rahsia langkah
persilatan supaya tidak ada suatu hari nanti anak Melayu terpaksa belajar
dengan bangsa asing untuk mempelajari silat Melayu itu sendiri.
3. Sebagai rakyat Malaysia, adakah encik mendapat terpengaruh
apabila media mengadakan siaran - siaran tentang pendedahan silat? (Komen
tentang kualiti penyampaian media mengenai interpretasi budaya di Malaysia)
*** Seni silat Melayu bukan boleh ditiru , nampak mudah tapi perlu
pendedahan dan pendidikan yang berterusan. Silat kini mengalami evolusi dan
semakin hari semakin ramai juga anak bangsa yang memandang silat sebagai satu
aset terpenting dan YAB PM sendiri mengiktiraf silat sebagai satu benteng ke
tiga negara selepas tentera dan polis. Media harus bersama dalam menyampaikan
maklumat yang benar tentang silat melayu dan kita orang melayu harus bangga
bersama mempertahankan silat bangsa kita ini.
4. Sebarang cadangan supaya pihak media dapat mempertingkat
kualiti penyampaian tentang pendedahan budaya Malaysia khususnya seni
pertahanan diri Melayu (silat).
*** Kementerian Pendidikan harus menerapkan seni silat
diperingkat sekolah supaya anak anak bangsa ini dari kecil didik untuk
mengenali silat Melayu dan juga kerajaan dibawah Kementerian Kebudayaan dan
keseniaan harus menyediakan geran geran tertentu kepada persatuan silat untuk
membantu menggerakkan persatuan silat masing-masing. Pihak media juga memainkan
peranan penting untuk menarik minat pelabur pelabur untuk melabur dalam
industri perfileman negara berkaitan persilatan Melayu. Pihak media juga jangan
hanya memandang dari sudut komersial sahaja tetapi sumbangan untuk kelestarian
seni bangsa harus difikirkan bersama.
Kalau bukan kita yang mengembangkan dan mempertahankan silat ,
siapa lagi yang akan lakukan?
Terima kasih.
-Nur Amanina
Suhaimi
BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA
*** Jawapan
ikhlas dari
SUHAIZAN
HAJI NOH BKT
PJK PBB
Pewaris
Bunga Padi
Perguruan
Seni Silat Kota Sendeng
Asahan ,
Melaka
012-3311452
youtube : SUHAIZANNOH