MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Kisah tasbih kayu dan minyak attar wangian kulit kayu........

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Dikisahkan satu hikayat mengenai cinta sejati yang sentiasa mengharap keredhaan dan naungan Allah SWT..Kayu dan kulit bercinta dan bersama sehidup semati namun hidup mereka sentiasa bertasbih dan berzikir memuji kebesaran Allah..kerana cinta mereka yang sejati dan akrab menjadikan mereka hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha di atas ketentuan Allah.

Namun hidup mereka tidak tenang sentiasa kerana diganggu manusia yang mencari rezeki halal untuk membiayai hidup mereka dimuka bumi Allah yang fana' ini. jua kulit dan kayu ini mengertai hidup tidak kekal selamnya dimuka bumi fana ini walaupun usia mereka mencecah ratusan tahun hidup memayungi tanah ditengah hutan yang tebal..bila tumbang dan terhempas ke bumi barulah mereka merasakan betapa luas muka bumi Allah ini kerana selama ini mereka hanya berada di atas tanpa menghidu tanah selama hidup mereka...SubhanaAllah Allah itu maha kaya...

Walau rasa sedih yang amat sangat mereka telah terpisah antara kayu dan kulit yang selama ini mereka bersama dalam cinta yang hebat..dan mereka sentiasa berdoa kepada Allah agar disuatu hari nanti mereka akan dipertemukan walau mereka tahu amat sukar dan payah..

disuatu waktu subuh yang hening kayu ini sentiasa menjadi pememan seorang kiai muda yang sentiasa berzikir dan bertasbih mengingati Allah..rupa rupanya kayu itu telah menjadi tasbih dan sentiasa diguna untuk berzikir oleh kiai muda tersebut...namun dalam hati kayu tasbih itu sentiasa berdoa agar ditemukan dengan kulit yang selama ini menemaninya..namun pagi ini dirasakan kelainan kerana jari jemari kiai muda ini menyentuh sesuatu yang menggamit perasaannyer..bau yang cukup dia kenal dan tahu...

Dengan Kuasa Allah SWT rupanya kulit kayu itu telah menjadi pewangi kepada kiai muda terbabit.Wangian kulit kayu itu telah disapukan kejari kiai itu lantas bersentuhan dengan kayu manik zikir yang digunakannya..Amat gembira mereka bertemu semula walaupun bertahun tahun telah dipisahkan...Allah amat berkuasa di atas segala galanya..dengan berkat keikhlasan cinta suci mereka yang sentiasa memohon keampunan dan rahmat Allah maka mereka dipertemukan di jari jemari kiai muda yang jua sentiasa memuji kebesaran Allah..

sesungguhnya apa yang terjadi adalah dalam naungan Rahmat Allah dan kasih sayangNya..



Kisah tasbih kayu dan minyak attar wangian kulit kayu........


0 comments: