MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HANG TUAH VS NINJA

0

Asalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia The Patriots. Kali ini saya mahu membicarakan mengenai Hang Tuah melawan Ninja.
Di dalamnya saya ada menyentuh mengenai pertembungan Hang Tuah dengan Master-master Ninja di Siam. Bahan untuk artikel ini sebenarnya adalah daripada kajian seorang pensyarah yang diperolehinya di London dalam bentuk manuskrip Jawi lama. Oleh kerana itu berkemungkinan besar peristiwa yang digambarkan adalah peristiwa sejarah yang sebenar. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi manuskrip-manuskrip melayu yang mempunyai pelbagai kisah-kisah menarik di luar sana. Tetapi malangnya anda perlulah ke London atau ke Holland untuk mendapatkannya.
Bahan untuk artikel ini sebenarnya adalah daripada kajian seorang pensyarah yang diperolehinya di London dalam bentuk manuskrip Jawi lama. Oleh kerana itu berkemungkinan besar peristiwa yang digambarkan adalah peristiwa sejarah yang sebenar. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi manuskrip-manuskrip melayu yang mempunyai pelbagai kisah-kisah menarik di luar sana. Tetapi malangnya anda perlulah ke London atau ke Holland untuk mendapatkannya.
Hasil daripada kajian terhadap manuskrip tersebut maka kisahnya dapat disimpulkan berlaku pada sekitar abad ke 15. Puak Ninja Togoryu telah merancang untuk membinasakan istana Samurai di daerah mereka. Mereka membuat perancangan untuk menyerang istana tersebut pada waktu malam.Walau bagaimanapun rancangan puak Ninja tersebut telah mengalami kegagalan kerana terdapat salah seorang daripada mereka yang membelot dan menjadi tali barut Samurai. Oleh hal yang demikian pada malam serangan tersebut pihak Samurai telah bersedia dengan memasang unggun api di sekeliling istana mereka. Akhirnya pihak Samurai berjaya mengusir semua puak Ninja yang menyerang tersebut keluar dari Jepun.
Dendam puak Ninja terhadap Samurai yang menghalau mereka dari tanah tumpah darah mereka amat mendalam sekali dan mereka bertekad untuk membalasnya. Hal ini kerana pihak Samurai telah membunuh ramai ahli keluarga mereka yang tidak sempat menyelamatkan diri dengan menaiki kapal. Dikatakan sekumpulan puak Ninja ini telah membuat perancangan untuk menuju ke Siam atau Ayuthia dan menakluk negeri Thai tersebut. Mereka berniat untuk membina semula tentera mereka hasil daripada orang tawanan yang bakal mereka perolehi nanti di Siam bagi menumpaskan puak Samurai. Apa yang lebih penting bagi mereka bukan hidup atau mati tetapi maruah mereka yang telah tercalar. Beginilah sifat orang jepun dari dahulu sehinggalah ke hari ini.
Ketika puak Ninja ini menyerang Siam, Laksamana Hang Tuah secara kebetulan berada di istana raja Siam sebagai utusan sultan Melaka. Serangan daripada Ninja-ninja tersebut amatlah hebat sehingga berjaya menghampiri istana. Apabila menyedari bahawa pasukan Ninja telah menceroboh istana Hang Tuah telah memohon izin dari Raja Siam untuk memberikan bantuan. Semasa di medan peperangan Hang Tuah telah menghantar utusan kepada puak Ninja supaya mereka keluar dari Siam secara aman. Terdapat lima orang master atau kepala Ninja yang mengetuai angkatan tersebut. Walaupun telah diberi amaran namun pasukan Ninja enggan berganjak dan meneruskan serangan.
Sebagai memberikan satu peringatan kepada pasukan Ninja, Hang Tuah telah menyerang salah seorang daripada ketua mereka dan berjaya memutuskan sebelah telinganya menggunakan keris panjang. Ini adalah sebagai tanda amaran bahawa Ninja-ninja tersebut bukanlah tandingannya. Namun demikian Ninja-ninja tersebut masih berkeras dan terus melawan. Hang Tuah sekali lagi berjaya memutuskan sebelah lagi telinga ketua mereka dan meyeru agar mereka berundur. Namun amarannya tidak diendahkan oleh si ketua-ketua Ninja lalu Hang Tuah telah memotong kedua belah kaki ketua Ninja tersebut sebelum membuat tikaman terakhir yang membunuhnya.
Melihat ketua Ninja yang pertama telah mati maka ketua Ninja yang kedua telah keluar mencabar Hang Tuah. Pertarungan berlaku dan akhirnya Hang Tuah berjaya membunuh master Ninja yang kedua tersebut. Akhirnya Hang Tuah terpaksa membunuh seorang lagi master Ninja kerana tidak seorang pun dari mereka yang ingin mengalah dan berundur. Melihat akan kehandalan dan kehebatan Hang Tuah dalam ilmu pertempuran, dua lagi master Ninja yang masih hidup datang menyerah dan salah seorang daripada master Ninja itu bernama Chincuyoshi ingin mengikuti Hang Tuah. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan dinamakan Adi Golok. Menurut pengkaji asal manuskrip Jawi yang ditemui di London ini, keturunan Adi Golok masih ada lagi kini di Negeri Perak. Sekian wallah hu a’lam.
~ASJ~

0 comments: