MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

China Press : Tregedi #MH17

0

Home / Berita Utama / China Press : Tregedi #MH17

Posted by: pisau in Berita Utama 7 hours ago 0 421 ViewsAkhbar China Press semalam membangkitkan dua perkara besar yang berlaku dalam satu malam melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – BN menemukan penyelesaian peringkat awal isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tetapi PKR memilih untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Artikel bertajuk ‘Dalam satu malam, BN cemerlang pembangkang hilang markah’ yang merupakan pandangan Chee Kian Seng disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.Sejak tragedi MH17 itu, Presiden Rusia hanya menghubungi negara-negara besar seperti England, Jerman, Australia dan Belanda tetapi tidak Malaysia, sedangkan pesawat itu milik negara ini serta mempunyai jumlah nahas kedua tertinggi.
Situasi ini menunjukkan bahawa hubungan diplomatik Malaysia tidak dipandang oleh negara kuasa besar itu.Segalanya nampak seperti ‘gelap’. Tidak melayan negara kecil adalah permainan biasa oleh mana-mana negara besar, namun Perdana Menteri tidak berputus asa dan tetap meneruskan rundingan. Akhirnya segala kekusutan terlerai, semua pihak terkejut dengan kejayaan Najib.
Situasi gelap menjadi cerah.Mengenai pembangkang, penulis menegur mereka yang sepatutnya turut membantu Perdana Menteri menyelesaikan masalah besar yang dihadapi negara, namun dalam semua pihak menangisi MH17, PKR pula memilih untuk mempromosikan krisis dalaman mereka kepada umum.
Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, bagaimanapun sempena bulan baik itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk ‘memancung’ orang, adakah ia sesuai dari segi kemanusiaan? Khalid telah menjadi Menteri Besar selama enam tahun, bagaimana parti itu mengetahui bahawa bekas tokoh korporat itu telah kehilangan sokongan rakyat yang memerlukannya diganti.
Bagaimana mereka boleh buktikan dengan penggantian Khalid itu menepati kehendak rakyat? Yang paling menyedihkan ialah Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menanggung rasa serba salah disebabkan jawatan itu bakal diserah kepadanya.
Jika pada masa akan datang Wan Azizah gagal menyelesaikan isu air di Selangor, bermakna sekali lagi Khalid akan dijadikan sebagai puncanya.
Sementara itu, dalam akhbar sama bertarikh 21 Julai 2014 melalui tulisan Tan Guan Fong dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19, bertajuk ‘Pergolakan tidak jauh, hayati keamanan’ mempersoalkan keikhlasan ahli-ahli politik di negara ini yang mengutuk pelaku tragedi MH17.
Sila lihat kembali diri sendiri, apakah sikap kamu selari dengan reaksi yang dibuat? Adakah kamu akan melepaskan mereka yang melakukan jenayah atau kesalahan?Sesiapa sahaja tidak menjangkakan krisis yang berlaku jauh di Ukraine turut terkena tempiasnya ke negara ini. Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua pihak tentang kepentingan menjaga keamanan dan jangan sesekali cuba menjerat diri ke dalam permasalahan.
Penulis memberi contoh mengenai sikap segelintir pemimpin yang rakus memainkan isu sensitif seperti agama dan kaum. Mereka langsung tidak gentar apabila mengeluarkan kata-kata menghina antara satu sama lain.Dalam pada itu, ‘Kenapa begitu malang buat MAS’ merupakan tajuk artikel yang ditulis oleh Datuk Dr. Cheah See Kian dalam ruangan Pendapat Yan Lum halaman W3, penulis menggesa kerajaan memainkan peranan sepenuhnya untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengheret penjenayah ke muka pengadilan.Dalam dunia ini tiada pihak yang boleh melakukan sesuatu kejahatan dengan sewenang-wenangnya. Tragedi yang menimpa negara perlu menjadi contoh dan pengajaran kepada dunia, sekali gus menyedarkan pengganas.

0 comments: