JAKARTA: Jokowi menang pilihan raya Presiden Indonesia
Jakarta: Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka iaitu yang ketujuh sejak merdeka. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit daripada era Suharto. Keputusan muktamad diumum hari ini, mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi). Menjelang pengumuman rasmi, Prabowo - bekas menantu Suhato - mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul. Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular di kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik. Dia serang melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor. Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya terhadap muzik heavy metal. Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. - AFP