Pesawat Terhempas di Taiwan..42 maut
0
TAIPEI: Sekurang-kurangnya 42 maut apabila pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal terhempas di atas sebuah rumah berhampiran lapangan terbang Magong di Pulau Penghu, Taiwan pada Rabu.
Menurut laporan AFP, saksi dan media tempatan berkata pesawat terbabit terhempas ekoran cuaca buruk setelah beberapa kali cuba membuat pendaratan.
Pesawat jenis ATR 72-500 dengan dwi kipas turbo itu sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kaohsiung menuju ke kepualauan terbabit setelah ditunda kerana cuaca buruk ekoran Taufan Matmo yang membadai Taiwan.
"Kami telah menemui 42 mayat dan beberapa cebisan bahagian badan,” ujar seorang pegawai bernama Tsai dari jabatan bomba daerah terbabit kepada AFP.
"Terdapat 58 orang di dalam pesawat termasuk empat anak kapal, empat kanak-kanak dan sehingga kini, mengikut maklumat yang ada, 12 cedera dan telah dihantar ke hospital manakala 46 masih hilang,” menurut Menteri Pengangkutan Yeh Kuang-shih yang bercakap kepada pemberita pada awal kejadian.
Tambah Yeh, dua warganegara Perancis dilaporkan berada di dalam pesawat dan kedutaan de facto Perancis telah pun dimaklumkan.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-terhempas-di-taiwan-42-sah-terbunuh-40581?cp
TAPI AGAK PELIK PENGIRAAN ASTRO AWANI NI
JUMLAH PENUMPANG 58 ORANG
MAYAT DIJUMPAI 42
CEDERA 12
HILANG 46
JUMLAH 100 ORANG
JADI MANA YANG BETUL 58 ORANG ATAU 100 ORANG???
ANGGAPAN SAYA YANG MASIH HILANG TU 6 ORANG BARULAH JUMLAH BETUL 58 ORANG...
BERITA CEPAT TAPI SALAH MAKLUMAT PULA.. HURMMM