DIPLOMASI MELAYU..NAJIB TUN RAZAK
CNN - Ia merupakan detik kemenangan di tengah-tengah tragedi peribadi bagi pemimpin Malaysia Najib Razak.Pada awal pagi Selasa lalu, akhirnya, beliau berdiri membuat pengumuman ke seluruh negara tentang kejayaan rundingan -memperolehi kotak hitam pesawat MAS MH17 dari kawalan kumpulan pemisah, dan, yang lebih penting, membawa pulang mayat mangsa.Nenek tiri Najib sendiri antara penumpang penerbangan yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine-Rusia 17 Julai. Isteri kedua datuk beliau terbang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya.Untuk menenangkan keluarganya sendiri, seperti juga semua yang telah kehilangan orang yang tersayang, pemimpin Malaysia itu berusaha untuk merungkai kebuntuan yang telah membangkitkan kecelaruan politik, kata sumber yang rapat dengan Perdana Menteri.Beratus-ratus mayat diletakkan di tengah-tengah serpihan pesawat di tempat terpencil dengan apa yang digambarkan sebagai "tempat kejadian jenayah yang paling besar di dunia." Mereka dikawal oleh kumpulan pemisah bersenjata yang enggan memberi akses kepada pemantau antarabangsa terhadap bahan bukti dan tapak kejadian.Sehari selepas kejadian malang itu, pengkritik mempersoalkan mengapa Najib tidak membuat kenyataan penuh emosi menuntut jawapan seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpinÂÂ dunia lain.Pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine itu adalah penerbangan milik negara. Ia membawa 298 orang, yang mempercayai bahawa mereka akan tiba ke destinasinya. Ia merupakan bencana kedua yang menimpa syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempoh lima bulan, yang sebelumnya kehilangan misteri pesawat MH370.Selepas Belanda, rakyat Malaysia merupakan penumpang kedua terbesar penerbangan MH17: 43 orang, termasuk 15 anak kapal. Manakah kecaman dari pemimpin Malaysia ini?"Adalah penting beliau tidak menyalahkan sesiapa sebelum mendapat apa yang diinginkan," kata Wan Saiful Wan Jan, pengulas politik dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAL) di Kuala Lumpur."Jika beliau telah mengambil pendirian keras dari awal lagi, kita mungkin tidak mendapat mayat-mayat mangsa nahas dan kotak hitam itu," katanya.