MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

29.11.2016 BERDOA DAN BERUSAHALAH MENGHINDARI KEMALANGAN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama lagi hari ini...Sama sama menghirup udara subuh segar dan lidah masih basah lagi dalam sentiasa menyebut dan memujiNya Ya Rabb...

Semalam 28.11.2016 masih lagi segar dalam ingatan apabila mendapat berita tentang kematian seorang pelajar tingkatan satu SMK Nyalas akibat kemalanan jalanraya di Kg Gubah. Arwah bersama rakan rakan pulang dari Kolam Air Asahan berkonvoi motorsikal ke rumahnya di Taman Nyalas Permai. Apabila sampai di Kg Gubah dipercayai dia bergesel dengan motorsikal rakannya dan terbabas melanggar tiang elektrik ditepi jalan..Menyebabkan kepala arwah terhentak di tiang elektrik dan adiknya yang membonceng motorsikal terbabit terhumban kehadapan.....Akhirnya..abangnya meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya sehingga blog ini ditulis masih lagi koma di hospital besar Melaka.

bukan nak menunding jari siapa yang perlu disalahkan...semua takdir yang telah tertulis...kebelakangan ini banyak kemalangan motorsikal yang melibatkan kanak kanak bawah umur..ada yang cacat kekal..ada yang jadi gila dan ada yang meninggal dunia..

motorsikal dipandu tiada lesen dan motorsikal kebanyakkan tiada cukai jalan...ibubapa memberikan lesen penuh kepada anak anak untuk menunggang motorsikal..dan ada juga yang curi curi bawa ketika ketiadaan ibu bapa...

akhirnya kemalangan...dimana nak tuntut gantirugi..adakah kematian dan kecelakaan mereka terbela...sampai bila nak mengharap pihak berkuasa untuk buat penguatkuasaan...sedang mereka juga dalam jumlah yang kecil pasti tak mampu saban hari buat sekatan jalan raya....

sebenarnya kesedaran itu terbit dari kita sendiri..penungang yang memegang stereng atau trotlee motorsikal terbabit...kita yang menentukan samada nak laju atau mahu berhati hati...namun segalanya subjektif dan dibawah Kuasa Allah SWT..namun apapun berdoa dan berusaha untuk menghindari dari kecelakaan perlu ada...kita dituntut untuk berusaha dan berdoa untuk masa depan kita...dan Allah pasti memakbolkan segala permohonan kita dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Semuga Allah merahmati dan meletakkan arwah dikalangan orang orang yang beriman..
aminnn..



SUHAIZAN HAJI NOH
29.11.2016

0 comments: