30.10.2016 KURSUS ASAS TEKPI BERSAMA PENDEKAR MUDA AHMAD SHAHMI
0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
ALHAMDULILLAH PADA 30.10.2016 TELAH BERLANGSUNG KURSUS ASAS TEKPI YANG TELAH DIADAKAN DI PERKAMPUNGAN HANG TUAH , DUYONG MELAKA.
TENAGA PENGAJAR ADALAH JUARA PENDEKAR MUDA 2016 PENDEKAR MUDA AHMAD SHAHMI DAN JUGA AYAHNYA CIKGU SHAHRI BASRI DARIPADA SENI SILAT SERUMPUN KALIMAH JATI.
DISINI SAYA BERPELUANG UNTUK MENGETAHUI SELOK BELOK PERMAINAN BERKAITAN TEKPI YANG JUGA DINAMAKAN SEBAGAI RAJA SENJATA DIKALANGAN SENJATA TRADSIONAL.
TERNYATA PERMAINAN TEKPI BUKAN MUDAH SEBAGAIMANA YANG DISANGKAKAN KERANA MEMERLUKAN KONSENTRASI DAN FOKUS YANG TINGGI.
NAMUN SEBELUM INI ADA JUGA MENJINAKKAN DIRI DENGAN TEKPI SEPERTI MELIHAT PERMAINAN CIKGU SHAHRI BASRI DI YOUTUBE DAN PERMAINAN DARI RAKAN RAKAN PERSILATAN YANG LAIN. NAMUN PERKARA PERKARA ASAS PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM PERMAINAN TEKPI DIPERSEMBAHKAN.
SEMUGA APA YANG DIPELAJARI AKAN DIMENAFAATKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MEMINATI SENI TEKPI INI.
TERIMAKASIH CIKGU AMY COCOS DAN CIKGU SHAHRI...
TERIMAKASIH DAUN KELADI
LAIN KALI AJARKAN LAGI
SUHAIZAN HAJI NOH