MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar 22 NOVEMBER 2016

0



JOHOR BAHRU: Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan, hari ini. Istiadat disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan, Istana Besar, di sini kira-kira 9 pagi tadi. Upacara menaikkan bendera itu dimulakan dengan pengisytiharan Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Latiff Yusuf dan bacaan doa yang diketuai Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin. Latiff ketika membacakan pengisytiharan berkata, bendera istiadat itu akan berkibar sepanjang sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor 2016. Upacara menaikkan bendera disempurnakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Rahim Ramli, diiringi pancaragam Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor. Sejurus bendera dinaikkan, tujuh das tembakan meriam dilepaskan oleh TSN. Yang turut hadir dalam istiadat berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim; Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd; barisan EXCO kerajaan negeri, ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan.  







MERAFAK SEMBAH DENGAN UCAPAN SETINGGI TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT KEPADA DYMM SULTAN JOHOR SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 58

0 comments: