MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PRK MERLIMAU - ANTARA PERJUANGAN DAN DENDAM

0
SALAM
ajal , maut , rezeki , jodoh ditangan Allah..semuanya adalah takdir Allah yang termaktub kukuh dalam rukun iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..sifat Allah Qudrat dan Iradat mengkehendaki segala yang berlaku dengan Kun Fa Ya Kun..ditakdirkan Allah hidup YB Datuk Hidir setakat itu dan bila dimasukkan dalam liang lahad maka tiada apa yang dibawa melainkan kain kafan yang berwarna putih..tinggal semua pingat , bintang , darjah kebesaran , kemewahan dan harta benda yang dapat semasa hidup.
(ini saya mengolah secara zahir dan fizikal)
dan kini urusan orang yang hidup belum berakhir , prk perlu dijalankan untuk mengisi kekosongan YB Adun Merlimau..maka bermulalah percaturan dan gerak kerja untuk memastikan kerusi yang berkuasa itu kekal untuk BN dan kerja-kerja merampas oleh pihak pembangkang..
saya yakin dan percaya isu di dun merlimau bukanlah boleh dipengaruhi oleh isu nasional.orang yang mengundi BN adalah orang yang ikhlas dan percaya bahawa BN adalah parti yang boleh dipercayai sedangkan pengundi parti pembangkang adalah dikalangan orang yang kecewa dan hanya ingin membuat undi protes..terang lagi bersuluh walaupun pas memenangi kerusi dun merlimau ini mereka tetap tidak boleh membina kerajaan di melaka..dan timbul persoalan disini untuk apa mereka bertanding di merlimau..untuk apa mereka membazir wang untuk memenuhi cita-cita sempit mereka ini...untuk apa mereka mengucar kacirkan merlimau yang selama ini tenteram dan damai..merlimau sudah mula bersatu dan semangat 1 Malaysia sudah terserap di dun Merlimau.
Ada juga cadangan dari beberapa pihak supaya diadakan muzakarah tertutup diantara pas dan umno di dun merlimau supaya tidak ada pertandingan berlaku di dun merlimau.jangan kaitkan dun merlimau dengan isu nasional dan tidak memainkan isu peribadi..yang pasti merlimau sedang rancang dengan program pembangunan yang telah dirangka dan dirancang oleh kerajaan BN.
mereka yang mahukan pertandingan sebenarnya adalah mereka yang mahukan wang..tiada pertandingan maknanya tiada wang kocek atau elaun atau saguhati..jika ada pertandingan makan adalah duit minum , elaun dsb..tapi apa akan jadi selepas itu....pas akan terus memusuhi umno dan umno juga akan terus bekerja keras untuk menyatukan orang melayu dan masyarakat setempat.
utamakanlah kebajikan merlimau daripada memenuhi nafsu serakah dan agenda politik yang sempit..PAs harus lebih rasional dan memandang perkara ini bukan untuk dendam tetapi untuk perjuangan memajukan melayu dan merlimau itu sendiri..

KURSUS KOMPUTER ANJURAN K EKONOMI

1
SAYA DI SINI JUGA MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH KEPADA K EKONOMI DARI JABATAN KETUA MENTERI MELAKA KERANA TELAH SUDI MENGADAKAN PROGRAM KURSUS ASAS KOMPUTER DI KAMPUNG SAYA.



KLIK DISINI UNTUK BERITA LANJUT.http://kampungabbey.blogspot.com

PEMUDA UMNO DUN ASAHAN AMBIL INISIATIF HANTAR BANTUAN PASCA BANJIR DI DUN ASAHAN

0
SALAM
pada 2/2/2011 yang lepas pergerakan pemuda umno dun Asahan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan konvoi bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di dun Asahan.seramai 243 keluarga menerima bantuan berupa makanan kering seperti beras , gula , sardin dsb. konvoi tersbut telah disertai oleh YB Datuk R Perumal , YB Datuk Abd Ghafaar , Baharudin Abu Bakar (KP) , Azman Che Mat (NKP) , Razani Seman , Ismail Ahmad , Abdollah Hasan , AJK Pemuda , Puteri , Wanita dan UMNO Bahagian Alor Gajah. Juga wakil dari GB4B Alor Gajah - Azizan Daud (S/U) dan kp2x di dun Asahan.program ini berjaya mengerakkan semangat 1 Malaysia dengan dinamakan Konvoi 1 Malaysia Sumbangan Mangsa Banjir Dun Asahan.
dan kami amat berharap agar sumbangan dan bantuan ini bukan hanya terhenti di sini tetapi perlu diusahkan bersama demi kebajikan penduduk dun Asahan terus terpelihara..
TAHNIAH DUN ASAHAN , 1 MALAYSIA.
MAJLIS PERASMIAN DI BALAIRAYA SELANDAR

YB DATUK GHAFAAR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DARI MAIM

YB DATUK R PERUMAL MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DARI BELIAU SENDIRI DAN YB TAN SRI FONG CHAN ON

TERUS BERKHIDMAT UNTUK ISLAM , MELAYU DAN MALAYSIA

0
salam.
sudah lama tidak mengemaskini blogs peribadi ini untuk rakan-rakan.yang nyata banyak aktiviti dijalankan sehinggakan tiada masa dan ruang yang sesuai untuk update blogs ini.banyak program update dalam facebook yang ada.
awal tahun ini kampung dan dun asahan digemparkan dengan bencana alam iaitu banjir yang semenjak hidup saya tak pernah kampung saya mengalami banjir sebegitu rupa..rumah-rumah ditepi sungai yang baru sahaja dibesarkan banjir paras pinggang..sekiranya tak dibesarkan sungai terebut saya pasti banjir lagi teruk dan jalanraya akan terjejas teruk.
secanggih mana pun sistem perparitan dan longkang yang dibina oleh kerajaan yang pasti ianya tidak boleh menyaingi kuasa Allah..sekiranya hujan tidak henti selama 7 hari pasti paras air akan naik dan membanjiri kawasan yang rendah.semuanya adalah kuasa Allah dan kita patut bersyukur kampung dan dun kita tidak dilanda Tsunami tetapi hanya sedikit ujian Allah untuk hambaNya tersayang.bersabarlah dan bersatulah demi perpaduan dan kasih sayang sesama insan..dan kini kampung dan dun kita sudah pulih sediakala cuma tetap ada kesan banjir sebagai tanda iktibar dan pengajaran kita tentang kekuasaan Allah..




paras air naik dibelakang rumah makcik midah Abbey


pengerusi JKKK - Usly Abu datang melawat dan melihat mangsa banjir di pondok batang


banjir di pondok batang akibat longkang tersumbat kerana pembuangan sampah yang tidak betul - buang sampah dalam longkang..