MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TRAGEDI CAMERON HIGHLANDS.....TAKZIAH..

0





Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada jam 1 pagi itu turut menyebabkan tiga maut manakala seorang lagi masih hilang dan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak jam 7 petang semalam. - Bernama, 23 Oktober, 2013.


SEMUGA PEMUDA UMNO DUN ASAHAN MAJU JAYA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Terimakasih saya ucapkan kepada semua sahabat pemuda UMNO yang banyak membantu saya bersama bersama mengharungi segala badai dalam UMNO di dun Asahan..Selama 5 tahun saya menjadi pengerusi penyelaras pemuda UMNO Dun Asahan saya sudah mencuba yang terbaik untuk semua pihak..Dan saya rama amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan rakan rakan di segenap lapisan di dun Asahan dan keseluruhannya..

Banyak yang saya belajar selama 5 tahun saya bersama sahabat semua dan banyak pengalaman baru yang saya dapati dan tidak ada diluar sana. Perjuangan, pengorbanan , kesetiaan , keikhlasan dan setiakawan sentiasa berlegar legar ketika saya menjadi pengerusi penyelaras pemuda UMNO Dun Asahan.

Bersama ketua UMNO Bhgn Alor Gajah iaitu YB DW Abd Ghafaar Atan dan YB Adun ketika itu YB Datuk R Perumal dan Ahli Parlimen Tan Sri Fong Chan On menjadi satu gandingan 1 Malaysia yang memberi impak yang jelas tentang keharmonian dun Asahan. Masing-masing memberikan pembelajaran yang berbeza untuk saya mengenal kehidupan dalam ranjau politik supaya saya sentiasa menginsafi diri dan matang membuat sebarang keputusan.

Apapun situasinya saya mengucapkan terimakasih dan sekalung penghargaan kepada YB Senator Baha selaku ketua pemuda ketika itu yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan tersebut dan sentiasa membantu saya untuk menggerakkan dun Asahan..

Alhamdulillah segalanya kini menjadi kenangan dalam lipatan sejarah saya dan saya sentiasa bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada semua sahabat yang membantu saya selama ini..Jasa tuan tuan tak terbalas oleh saya..

Pisang emas dibawa belayar 
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.....

Kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan dalam peti
Kalau ada silap dan salah
jangan disimpan didalam hati

Pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga...

terimakasih sahabat semua..semuga pemuda UMNO Dun Asahan terus maju jaya..

TAHNIAH SEMUA!!!




SEMUGA ALLAH MERAHMATI RUH PEGAWAI BANK YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM

0
 PENJENAYAH YANG MEMBUNUH

MANGSA PEMBUNUHAN

Assallammualaikum dan salam perjuangan

berita pembunuhan seorang pegawai bank ketika rompakan oleh pengawal keselamatan sendiri menggemparkan tanahair kita..harapkan pagar..pagar makan padi dan lebih ironinya pembunuhan dan rompakan itu berlaku ketika pegawai tersebut sedang memasukkan duit kedalam peti besi sambil diiringi oleh pengawal keselamatan....kenapa pengawal keselamatan sampai ke peti besi..sepatutunya hanya sampai ke pintu bilik kebal pun sudah memadai..namun kita pastinya mengharapkan kawalan keselamatan dari syarikat yang dilantik namun tembakan maut yang diterima dari pengawal keselamatan sendiri..pengawal keselamatan itu lebih hina dari anjing kerana anjing yang dibela dan diberi makan jarang sekali mengigit tuannya atau membunuh tuan sendiri...

manusia apakah ini??? merosakkan kerjaya seorang pengawal keselamatan dan menghancurkan reputasi syarikat kawalan keselamatan tersebut dan terpalit kepada semua syarikat keselamatan yang berada di malaysia ni...
kebodohan terus berlaku..sebab tak terfikir mana nak lari...Malaysia ni kecik aja dengan kemudahan teknologi yang canggih saddam hussin dalam kolong tanah pun boleh jumpa inikan pula banjingan yang dahagakan wang dan sanggup membunuh demi wang yang tak berapa banyak pun....
Alhamdulillah berita tadi mengatakan bahawa suspek tersebut berjaya di tangkap dan di LCCT ketika ingin melarikan diri ke Sabah...memang bodoh dan pasti akan terima pembalasan yang setimpal....

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.


Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan. - Metro

Ahli Syiah Cecah Sejuta Di Malaysia?

0

Ahli Syiah Cecah Sejuta Di Malaysia?

Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,”

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.