MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KONVOI SINGGAH SAHUR DUN ASAHAN

0

Oleh Muhamamd Zaidee Daut

ASAHAN, 20 Julai  - Seramai 100 peserta membabitkan 30 kereta menyertai program Konvoi Singgah Sahur Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dengan melawat 20 rumah penduduk yang kurang bernasib baik awal pagi tadi.

Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO DUN DUN Asahan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Asahan, Datuk Wira Abd Ghafaar Atan dan turut dihadiri Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwang.

Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Asahan, Suhaizan Noh, berkata program yang diadakan itu merupakan aktiviti tahunan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO DUN Asahan dan sudah memasuki tahun kelima pada kali ini.

Katanya, pada konvoi kali ini, semua peserta yang diketuai Abd Ghafaar dan Koh Nai Kwang telah pergi ke 20 rumah penduduk yang kurang bernasib baik dan menyampaikan bantuan barangan keperluan makanan.

“Program yang diadakan ini adalah aktiviti tahunan kami yang antara lain bertujuan untuk membantu dan membuktikan keprihatinan kami kepada penduduk Asahan terutama mereka yang kurang bernasib baik,”katanya.

Sementara itu, Abd Ghafaar ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau memuji dengan usaha yang dilakukan oleh Pemuda dan Puteri UMNO DUN Asahan dengan melaksanakan kerja kebajikan di bulan Ramadan Al Mubarak.

Katanya, program yang diadakan itu juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada beliau dan Ahli Parlimen sendiri untuk turun padang bagi melihat suasana dan keadaan terutama pada waktu malam di kawasan yang dilalui.

“Selain dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta, penduduk kampung dan penerima sumbangan, program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada saya dan Koh Nai Kwang untuk mengetahui masalah yang ada seperti kekurangan lampu jalan dan sebagainya.

“Ia juga dapat memberi kami mengambil perhatian yang sewajarnya dalam usaha menangani masalah penduduk yang memerlukan bantuan seperti rumah PPRT, bantuan persekolahan dan bantuan kesihatan,”katanya.

Selain Abd Ghafaar dan koh Nai Kwang, turut menyertai konvoi itu Senator Baharudin Abu Bakar, Ketua Pemuda MCA Negeri, Nge He Sem dan Pengerusi Penyelaras Puteri UMNO DUN Asahan, Siti Hajar Amir.

0 comments: