MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

BELIA DAN DMDI

1


Sebagai Aset Masa Depan

Belia Diminta Bersedia Jadi Pewaris Perjuangan


AYER KEROH, 23 Dis - Golongan belia wajar bersaing dalam dunia yang mencabar serta mampu mengalas tugas menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pembangunan negara, golongan belia bukan sahaja perlu menjadi lebih cekap serta menguasai bidang sains dan teknologi baru, malah perlu lebih berinovatif, pintar, berdisplin, mempunyai nilai etika kerja yang luhur dan bertunjangkan jatidiri yang kukuh."Sesungguhnya, aset dan kekayaan yang paling bernilai bagi sesebuah negara atau bangsa bukanlah emas dan perak mahupun hasil-mahsulnya, tetapi yang bernilai dan berharga itu adalah manusia," katanya.Mohd Ali berkata demikian semasa berucap di perasmian penutup Perkampungan Belia DMDI 2008 yang diadakan di Seri Bendahara di sini, malam tadi.Teks ucapan beliau telah dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. Hadir sama Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Turut hadir, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia DMDI, Datuk Ir. Idris Haron; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta 309 peserta Perkampungan Belia DMDI.Mohd Ali yang juga Ketua Menteri berkata, Perkampungan Belia DMDI ini telahpun melangkah ke tahun yang ke-sembilan pada tahun ini, pelbagai pengisian telah dilaksanakan, di samping pelbagai input disediakan supaya para peserta boleh menimba ilmu selari dengan kehendak semasa."Kita berkampung dalam keadaan dan suasana yang berbeza, berkampung ketika negara telah menyambut 51 tahun kemerdekaan, ianya suatu tempoh kemerdekaan yang bukan senang untuk dicapai oleh sesebuah negara," katanya."Ada negara yang merdeka lebih awal atau sama dengan negara kita, namun tahap kemajuan negara mereka jauh ketinggalan berbanding dengan negara kita dan setakat ini kita boleh berbangga apabila Malaysia telah mendahului kebanyakkan negara membangun dalam pelbagai bidang, malah kita berkeupayaan menandingi beberapa buah negara maju dalam bidang tertentu," ujarnya.Mohd Ali memberitahu, kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat kepada golongan belia untuk berlumba-lumba menerokai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

SUMBER: MELAKA HARI INI PADA 24/12/2008

1 comments:

nurzulfakar berkata...

salam..

belia mampu mencetus kejayaan DMDI