MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

0

Perkukuhkan Perpaduan Umat Islam

DMDI JADI PENCETUS KERJASAMA RUMPUN MELAYU


BANDAR HILIR, 23 Dis- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) boleh dijadikan pemangkin kepada usaha memacu dan menyemarakkan lagi semangat dan kerjasama erat di kalangan rumpun Melayu dan Islam sejagat.Beliau berkata, DMDI boleh memainkan peranan penting dalam memartabatkan imej Islam yang ideal menerusi kerjasama erat di kalangan negara-negara anggota.Berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-9, Mohd Najib menegaskan, perpaduan umat Islam perlu diperkukuhkan lagi sebagai agenda berterusan yang boleh dilakukan oleh DMDI.Turut hadir, Ketua Menteri yang juga Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Naib Presiden DMDI (Malaysia), Datuk Jamil Mukmin, Naib Presiden DMDI (Indonesia), Bapak Rusli Zainal, Naib Presiden DMDI (Filipina), Datu Pax Mangagadatu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad, Gabenor-Gabenor dari dari kepulauan di Indonesia, Barisan Exco Kerajaan Negeri serta 1,200 delegasi yang menyertai konvensyen kali ini.Katanya, manakala kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara anggota gagasan itu boleh dijadikan pemangkin kepada usaha memperkasa ekonomi masing-masing.Mohd Najib menjelaskan, sebarang bentuk kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran yang mungkin bersifat etnik atau keagamaan boleh dijadikan asas untuk mengeratkan hubungan ekonomi, teknologi dan penyelidikan yang boleh dimanfaatkan bersama."Objektif utama konvensyen ini ialah untuk mengumpul para pemimpin, cendiakawan, peniaga, ulama dan penggiat budaya bagi membincang dan merangka pelbagai kerjasama di kalangan anggota DMDI," ujarnya.Menurutnya lagi, forum kerjasama DMDI mencerminkan suatu yang bersifat murni terutama dalam membantu rumpun Melayu yang menjadi minoriti di sesebuah negara."Di mana orang Melayu dan Islam adalah bangsa minoriti seperti bangsa Moro, Singapura, Sri Lanka, Kemboja, Afrika Selatan dan Selatan Thailand, kita boleh bantu mereka."Kita akan bantu, kelompok Melayu yang menjadi bangsa minoriti ini, untuk mereka mendapatkan hak yang sewajarnya termasuk pembelaan yang sebaiknya dan pembangunan, serta mengekalkan jati diri Islam dan Melayu," ujar Mohd Najib.Bagaimanapun Najib berkata, mereka (kelompok Melayu minoriti) juga mesti bersikap realistik, di mana usaha mengangkat senjata, melakukan revolusi untuk menubuhkan Kerajaan Melayu di sesebuah negara itu, tidak akan disokong."Saya yakin DMDI boleh berperanan dalam memaparkan imej Islam yang benar-benar ideal dalam memperjuangkan masa depan negara-negara yang mempunyai rumpun Melayu," ujar beliau.


SUMBER : KERATAN AKHBAR MELAKA HARI INI BERTARIKH 24/12/2008

0 comments: