MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERTAS KERJA KHUSUS SEMASA INDUKSI UMUM DI IKWAS

0

KURSUS INDUKSI UMUM BIL 1
May 22
2012
NAMA                                      : SUHAIZAN BIN HAJI NOH
NO K/P                                   : 781101-01-5733
NO TELEFON                       : 012-3311452
EMAIL                                    : suhaizan78@gmail.com
JABATAN                               : MAJLIS PERBANDARAN JASIN
TARIKH KURSUS               : 10 MEI HINGGA 24 MEI 2012
PENGURUS PROGRAM    : PUAN RUZANA BINTI RUSLAN

KERJA KHUSUS INDIVIDU






KERJA KHUSUS INDIVIDU
TARIKH HANTAR                 : 22 HB MEI 2012 @ 11.00 PAGI
PENGURUS PROGRAM    : PUAN RUZANA BINTI RUSLAN

SOALAN
DI DALAM PERATURAN PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993) TERDAPAT TUJUH JENIS HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG MELANGGAR TATATERTIB. HURAIKAN SIFAT SIFAT TIGA DARIPADA JENIS HUKUMAN TATATERTIB BERIKUT :-
I. DENDA
II. TURUN GAJI
III. BUANG KERJA
CATATAN :
SILA CATATKAN RUJUKAN PERENGGAN YANG BERKENAAN DIDALAM PERATURAN PERATURAN YANG BERKAITAN BAGI JAWAPAN YANG DIBERIKAN.






JAWAPAN
Hukuman Tatatertib termaktub di dalam Perintah AM , Bab D , Bahagian VI , iaitu Jenis hukuman tatatertib.
Perintah AM Bab D 38
Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib , mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut , bergantung kepada keseriusan kesalahan itu , boleh dikenakan ke atas pegawai itu :
(a) amaran
(b) denda
(c) lucut hak emolumen
(d) tangguh pergerakan gaji
(e) turun gaji
(f) turun pangkat
(g) buang kerja
I. Denda
Denda ataupun lucut hak emolumen , (Ruj Perintah AM Bab D 39)
Sifat-sifat yang berkaitan adalah seperti berikut :-
1)     Hukuman denda atau lucut hak emolumen hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2),(3),(4),(5) dan (6)[i]
2)     Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenan.
3)     Jika seorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana mana bulan calendar , agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan 45%(empat puluh lima peratus) daripada emolument bulanannya.
4)     Jika hukuman yang diberikan adalah kerana pegawai yang tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah apa apa perlucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, yang dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
5)     Pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu dibawah peraturan 27[ii].
6)     Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan kedalam hasil kerajaan.
II. Turun Gaji
Rujuk Perintah Am Bab D 41
5 sifat-sifat berkaitan adalah seperti berikut :-
1)     Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut :
a)     Gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama;
b)     Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji ; dan
c)     Tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada duabelas (12) bulan tetapi tidak boleh melebihi daripada tiga puluh enam bulan (36) pada mana-mana satu masa.
2)     Hukuman turun gaji yang dikenakan ke atas seorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau jika tiada tarikh ditetapkan , pada tarikh hukuman itu dijatuhkan.
3)     Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu tamat.
4)     Seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

III. Buang Kerja
Didalam Perintah Am Bab D Bahagian VII (49) ada menyentuh tentang Penamatan Demi Kepentingan Awam yang berkait rapat tentang isitlah Buang Kerja kepada pegawai kerajaan yang didapati bersalah atau kerajaan perlu menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut demi kepentingan awam.
Sifat-sifat yang berkaitan adalah seperti berikut :-
1)     Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Peraturan-peraturan ini , jika kerajaan mendapati atau jika respresentasi di buat kepada kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam kerajaan bolehlah meminta laporan penuh daripada ketua jabatan di mana pegawai itu sedang berkhidmat atau telah berkhidmat.
2)     Laporan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi butiran-butiran berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan ketua jabatan , jika ada.
3)     Jika setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1) kerajaan berpuashati bahawa memandangkan syarat-syarat perkhidmatan , kegunaan pegawai itu kepada perkhidmatan , kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan lain kes itu adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian , kerajaan bolehlah menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh kerajaan.
4)     Adalah sah disisi undang-undang bagi pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan dibawah mana mana peruntukan peraturan-peraturan ini ; dan kerajaan dengan demikian menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut.
5)     Walau apa pun apa apa jua dalam Peraturan-peraturan ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan apabila menamatkan perkhidmatan mana mana pegawai demi kepentingan awam dibawah peraturan ini , pegawai itu boleh tidak diberikan apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak boleh , bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan[iii] , dianggapkan telah dibuang kerja , tidak kira samada penamatan perkhidmatan pegawai itu melibatkan satu elemen hukuman atau yang berkaitan dengan kelakuan berhubungan dengan jawatannya yang kerajaan menganggap tidak memuaskan atau patut disalahkan.


[i] Ruj Bab D 39
(2) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenan.
(3) Jika seorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana mana bulan calendar , agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan 45%(empat puluh lima peratus) daripada emolument bulanannya.
(4) Jika hukuman yang diberikan adalah kerana pegawai yang tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah apa apa perlucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, yang dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
(5) Pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu dibawah peraturan 27[i].
(6) Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan ke dalam hasil kerajaan.

[ii] Perintah Am Bab D 27-Pelucuthakan emolument kerana tidak hadir untuk bertugas (1),(2),(3)

[iii] Perlembagaan Persekutuan Perkara 135- Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat
   (2)   Tiada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan yang tersebut di atas itu oleh dibuang kerja atau
   diturunkan pangkat dengan tidak diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

0 comments: