MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HARGA ROKOK NAIK- TANDA MASA UTK BERHENTI MEROKOK SUDAH TIBA

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Selamat pagi sahabat semua semuga kehidupan kita terus diberkati dan diredhai Allah..kita sentiasa merancang untuk kebaikan dan kelancaran segala usaha namun perancangan dan ketetapan Allah itu lagi Maha Agung dan kita pastinya menerima segala qada qadar Allah dengan sabar dan taqwa..

topik pagi ini adlh berkenaan harga rokok naik..mgkn akan memberi kesan kepada penghisap rokok tegar dan secara tidak langsung menaikkan imej perokok kerana hanya org yg kaya dan berpendapatan tinggi sahaja yg merokok..hahaa..hairan jugam tidam ada dlm manifesto pembangkang utk menurunkan harga rokok..hahaha

namun saya yakin dan percaya pendekatan yg dibuak oleh kerajaan ini pastinya cuba melindungi dan tanda sayang kerajaan pada rakyat dan menyedari perokok tegar tidak ramai..perokok ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi kesan kepada perokok sekunder lebih teruk dari org yg merokok..

semuga kenaikan harga rokok ini diterima dgn hati terbuka dan kini tibalah masanya utk berhenti merokok....

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.-AstroAwani

0 comments: