MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

JUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

0

Assallammualaikum dan salam perjuanga..

demi negara yang tercinta
dicurahkan bakti penuh setia
demi raja yang disanjung tinggi
kesetiaan tak berbelah bagi....

titah yang dipertuan Agung mengajak rakyat supaya bersatu dan kembali bekerja kuat utk kemakmuran negara..kita sebagai rakyat seharusnya memandang perkara ini bukan disudut politik sahaja tetapi kita seharusnya memandang sebagai satu tanggung jawab rakyat utk memastikan negara kita aman makmur dan terhindar dari ancaman..

kita perlu sedar bahawa kegolojohan dan tidak sabar bukannya satu cara utk mencapai cita2x sebaliknya itu adlh langkah secara total utk kehancuran segala kejayaan dan keamanan negara..

kita bangsa melayu yang beragama Islam perlu bersatu dan memperkukuhkan institusi raja berpelembagaan dan perlu membuka mata dan minda demi keamanan dan kestabilan negara tercinta..

orang cina dan india perlu menjadi bangsa yang bersyukur dan berterimakasih kerana bersama mencari kemakmuran dan kekayaan di bumi bertuah ini. rezki itu datang dari tuhan dan jangan khianati bumi yang memberi kita rezeki kerana itu amanah dari tuhan..

semuga kita semua yang menjadi rakyat Malaysia harus bersedia untuk mengikuti undang undang dan perlembangaan negara kita dan sekiranya mereka gagal untuk mengikuti perlembagaan atau suka melanggar undang undang negara MAKA dinasihatkan mereka jangan jadi warganegara Malaysia dan tinggalkan negara ini 24 jam! !!!

Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah bertitah,

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara."

"Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,"

Dengan titah Yang Di-Pertuan Agung itu, maka segala perancangan Pakatan Pembangkang untuk mengadakan sebarang perhimpunan haram untuk meneruskan tohmahan buruk ke atas keputusan PRU13 yang lepas dengan secara sendiri terbatal dan tidak patut disokong oleh sesiapa pun mempunyai 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' nya.

Maka selepas ini, sesiapa yang tidak menggunakan kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, maka mereka itu boleh dianggap engkar dan mengkhianati titah Yang Di-Pertuan Agung.

Sila baca :

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.
 
Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini Jumaat malam.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu. 

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

0 comments: