TAKZIAH DAN AL FATEHAH UNTUK PENDAKI EVEREST NEGARA YANG MENIGGAL DUNIA
1
Assallammualaikum dan salam Jumaat
Takziah dan Al Fatehah untuk pendaki Everest negara kita iaitu Mohd ShahrulNizam yang meninggal dunia ketika menunaikan misi negara dan hasrat peribadi beliau untuk mengikuti pendakian ke gunung everest. Kami berharap agar keluarga beliau tabah dan sentiasa bersabar.
Sesungguhnya mungkin dugaan ini berat untuk dihadapi namun perancangan Allah lagi Maha Besar dan Maha Sempurna. Doakanlah semuga ruh beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman...
Amin.

PUTRAJAYA: Jenazah penolong jurutera Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di Kathmandu, Nepal dijangka diterbangkan ke Malaysia, Khamis.
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat berkata, jenazah Allahyarham berjaya dibawa ke Lukla pukul 3 petang Selasa (5.15 petang waktu Malaysia) namun tidak dapat diterbangkan ke Kathmandu berikutan cuaca yang berkabus serta batasan pergerakan trafik udara berikutan kedudukan di lereng gunung.
"Penghantaran pulang jenazah Allahyarham dijangka dapat dilaksanakan esok (Khamis) sekiranya jenazah selamat sampai di Kathamandu hari ini.
"Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan menggunakan penerbangan alternatif sekiranya usaha untuk menghantar jenazah menggunakan MAS yang dijadualkan pada 12.20 tengah hari esoknya tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Zaharah berkata, kesemua 13 peserta ekspedisi lain kini dilapor berada dilaluan turun di kawasan Dingboche (berhampiran Periche).
Mohamad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS).
Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pemberian durian runtuh dan insentif sebanyak RM50,000 kepada tujuh pendaki utama Projek Everest FELDA 2013 berikutan kejayaan mereka menawan puncak tertinggi di dunia itu pada pertengahan bulan lalu.
Manakala kumpulan sokongan dan pendaki simpanan mendapat RM10,000.Insentif terbabit adalah sumbangan FELDA dan Felda Global Venture.
Manakala kumpulan sokongan dan pendaki simpanan mendapat RM10,000.Insentif terbabit adalah sumbangan FELDA dan Felda Global Venture.