MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

14.11.2016 MESYUARAT AGUNG MGBM KE 34 - TERIMAKASIH MGBM

0



ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI PUJI BAGI ALLAH ,PENGUASA SEKALIAN ALAM DAN SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD SAW.

TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA MESYUARAT AGUNG MGBM PADA MALAM ISNIN YANG LEPAS DAN ITU BERMAKNA TAMATNYA PERKHIDMATAN SAYA DALAM MGBM..

BERMULA DENGAN JAWATAN PEMERIKSA KIRA KIRA SEMASA YAB DSU IDRIS HARON MENJADI PRESIDEN DAN SELEPAS ITU NAIB PRESIDEN SEMASA YBS DATUK ZALI MD YAASIN DAN SELEPAS ITU REHAT SEPENGGAL DAN PENGGAL YANG LEPAS JUGA SEBAGAI NAIB PRESIDEN SEMASA SDR MOHD RIDHWAN MOHD ALI MENJADI PRESIDEN.

PELBAGAI KENANGAN DAN PENGALAMAN DITEMPUHI KETIKA BERADA DI KERUSI MGBM. SEMUA KENANGAN DAN PEMBELAJARAN INI MENJADI PANDUAN DAN SEMPADAN DALAM KEHIDUPAN.

RAMAI RAKAN RAKAN SEANGKATAN YANG TELAH BERJAYA DAN ADA JUGA YANG TERUS BERSARA DARI BELIA..ADA YANG KECEWA DAN ADA YANG BAWA DIRI...HUHUHUHUHU..
APAPUN YANG PENTING LANGKAH PERTAMA KETIKA KITA MEMASUKI SESUATU ORGANISASI ATAU INSTITUSI IAITU NIAT KITA...ADAKAH KITA MEMASUKI SESUATU ORGANISASI KERANA INGIN KUASA ATAU KEPENTINGAN ATAU KERANA TANGUNGJAWAB DSB..PASTINYA KITA AKAN BERKATA KERANA TANGGUNG JAWAB TETAPI AKHIRNYA JIKA KITA MELANGKAH KELUAR TERBIT DI HATI KEKECEWAAN DAN HAMPA ITU MAKNANYA KITA KENA SEMAK SEMULA NIAT KITA KENAPA BERSAMA PADA AWALNYA DULU..

KITA MESTI MENYAKINI BAHAWA ATURAN ITU ADALAH TAKDIR ALLAH DAN SEMUA ADA HIKMAHNYA.
BERLAPANG DADA DAN BERFIKIRAN TERBUKA PERLU DIAMALKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN JIKA SANGGUP BERKORBAN UNTUK ORGANISASI YANG KITA SAYANGI..

PEMIMPIN IBARAT NAKHODA KAPAL....KAPAL ITU AKAN TERUS BERLAYAR WALAUPUN BERKALI KALI BERTUKAR NAKHODA ITU,..
WALAU GELORA DAN TAUFAN MENDATANG SEKALI PUN..BAHTERA ITU AKAN TERUS BERLAYAR MENUJU DESTINASI YANG DITETAPKAN...
DAN PASTINYA MELEPASI BELIA DAN KITA AKAN MEMASUKI PERINGKAT BARU DAN STAGE INI ADALAH MENIFESTASI DARI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN KITA KETIKA DALAM BELIA...DANSTAGE INI JUGA ADALAH MENUJU KLIMAKS KEHIDUPAN KITA..
DAN IA MEMPUNYAI PAKEJ DUGAAN YANG LEBIH HEBAT DAN MENCABAR.....

APAPUN TERIMAKASIH KEPADA MGBM DAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN YANG MENYOKONG DANMEMBANTU SEMASA DALAM MGBM..

LANGKAH KAKI AKAN DIETRUSKAN JUA DENGAN SEMANGAT MEMBARA DEMI PERJUANGAN DAN KESETIAAN ...
SAHABAT DAN PERJUANGAN...
TERUSKAN KECEMERLANGAN MGBM
KOMITED DAN BERJAYA...


SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments: