MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERJA KHUSUS - Peranan MPJ Dalam Menyokong Saranan Amalan Hijau Di Negeri Melaka

0

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Majlis Perbandaran Jasin
Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.  
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.
Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.
Pejabat  Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat  ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa  pemerintahan Raja George VI.
Sejarah Bangunan MPJ
Bangunan ini pernah   dijadikan oleh Inggeris sebagai Pusat Pentadbiran Daerah. Kini bangunan ini telah disenaraikan di bawah Enakmen Pemugaran Negeri Melaka.
Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%) dalan negeri Melaka, diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (bahagian barat), Daerah Muar, Johor (bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim. 
Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan  di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian. (Sumber http://mpjasin.gov.my)

1.2 Latar Belakang Amalan Hijau Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan amalan dan teknologi hijau berjalan dengan baik di negeri Melaka. Ini adalah mengikut saranan YAB Perdana Menteri Malaysia.
Sektor Teknologi Hijau telah ditubuhkan hasil daripada rombakan Kabinet pada 9 April 2009. Penubuhan Sektor Teknologi Hijau adalah memastikan pembangunan Negara yang mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Malahan, Sektor Teknologi Hijau juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan membangunkan Teknologi Hijau Negara di samping meningkatkan kualiti hidup dan menjamin persekitaran yang mesra alam.
Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”
Dato’ Sri Najib Tun Razak
Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council
14 Disember 2010
Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan visi Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Majlis Teknologi Hijau Negara dan Perubahan Iklim dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia .
Peranan & Fungsi Majlis Teknologi Hijau Malaysia Negeri Melaka.
1) Bertindak sebagai badan penyelaras tertinggi untuk memastikan usaha dan program dilaksanakan dengan efektif dan jayanya.
2) Membentuk polisi, dasar, matlamat dan strategi serta indeks prestasi utama ke arah Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau.
3) Menetapkan garis panduan dan halatuju pembangunan negeri bandar teknologi hijau di Negeri Melaka.
4) Melaksana program teknologi hijau mengikut rangka dan strategi yang telah ditetapkan.
5) Merancang dan memantau pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka.
Sehinggakan kerajaan Negeri Melaka mencipta motto untuk kegunaan rasmi kerajaan negeri iaitu Melaka Maju Negeri Ku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau dan Melaka Maju Fasa Ke Dua .
2.0 SOROTAN LITERATUR
2.1 Amalan Hijau merupakan amalan yang perlu dilaksanakan oleh semua jabatan kerajaan untuk memastikan matlamat Majlis Teknologi Hijau Negara akan tercapai. Sebagai contoh Polis DiRaja Malaysia juga mengamalkan amalan hijau di kenderaan peronda polis . PUTRAJAYA 9 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disediakan sebagai instrumen untuk merealisasi amalan hijau dalam pasukan polis. Najib dalam majlis yang sama turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara PDRM dengan DFRAN Technologies Research Sdn. Bhd. bagi kerjasama berhubung pengangkutan hijau polis. Di bawah MoU tersebut, sistem enjin hibrid REVOL0 akan dipasang pada kenderaan PDRM sedia ada. (Sumber Utusan Online 09/01/2014 )
2.2 Temubual Galeri 1, RTM 1 Y. Bhg. Dato’ Dr Halim Bin Man, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Soalan : Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi hijau?
Jawapan : Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara. (
Sumber:  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
3.0 Peranan MPJ Dalam Menyokong Saranan Amalan Hijau Di Negeri Melaka
3.1 Kempen Amalan Hijau Dalam Majlis Perbandaran Jasin.
      1. Bangunan Pejabat MPJ , Vista Alamanda mendapat pengiktirafan Meterai Hijau Melaka kerana dibina bercirikan amalan Hijau. Bangunan ini juga merupakan pejabat kerajaan yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut. Ini adalah hasil komitmen Yang DiPertua dan Ahli Majlis bagi memastikan MPJ sentiasa kehadapan di dalam Pembudayaan Amalan Hijau ini. Majlis Perbandaran Jasin sentiasa kearah untuk memenuhi kreteria Meterai Hijau Melaka ini melalui kriteria seperti berikut :-
        1. Kecekapan tenaga dengan pengunaan lampu LED sepenuhnya.
        2. Pemasangan penghawa dingin secara berasingan
        3. Pencahayaan semulajadi (80% cermin)
        4. Kecekapan air melaui sistem SPAH (Sistem Penuaian Air Hujan) untuk kegunaan tandas
        5. Pembinaan bangunan dengan menggunakan cat yang mempunyai pengesahan Hijau dan dinding penebat bunyi.
      2. Pada 23 Jun 2011 , Majlis Perbandaran Jasin telah menubuhkan Jawatankuasa Komuniti dan Teknologi Hijau diperingkat jabatan dan memantau aktiviti hijau dalam daerah Jasin melalui Jawatankuasa Komuniti Teknologi Hijau yang melibatkan aktiviti berteraskan Hijau dalam daerah Jasin bersama komuniti dan Jawatankuasa Amalan Teknologi Hijau di Pejabat yang merangka dan melaksana aktiviti Hijau di peringkat pejabat. Untuk rekod Jawatankuasa ini telah bersidang sebanyak 18 kali pada tahun 2011 dengan memantau laporan dan aktiviti hijau dalam daerah Jasin.
      3. Majlis Perbandaran Jasin juga telah mengawal penggunaan air dan elektrik dengan kaedah pendekatan hijau seperti menggunakan teknologi SPAH , menggunakan tandas jimat air , menetapkan suhu penghawa dingin kepada 24 darjah Celcius dan mengurangkan penggunaan elektrik ketika waktu rehat dan pulang.
      4. Kempen kempen inovasi juga sering diadakan di Majlis Perbandaran Jasin dikalangan kakitangan MPJ untuk penjimatan penggunaan tenaga dan memperkasakan program Bio Dioesel di peringkat MPJ. MPJ juga telah diwartakan tempat larangan merokok untuk memastikan persekitaran yang sihat dan segar.
      5. MPJ juga memberi inisiatif kepada kakitangan yang menggunakan perkhidmatan awam ke tempat pejabat seperti pulangan balik wang sebanyak 50% mengikut tiket perkhidmatan awam pergi dan balik , juga menggalakkan berkongsi kenderaan ke pejabat. MPJ juga menyediakan bilik mandi atau persalinan kepada kakitangan yang menaiki basikal ke pejabat juga letak basikal khas kepada penunggang basikal tersebut.
      6. Beberapa pencapaian telah dicapai oleh MPJ dan diantaranya :-
        1. Pencapaian MURNInets (MAMPAN)
TAHUN
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
MARKAH (%)
75.44
83.33
84.21
81.98
88
84
87
92
        1. Anugerah Green Apple Award 2016
          Menerima anugerah Emas di International Green Apple Awards 2016 pada 11 November 2017 bertempat di House of Parliment London , UK melalui tajuk projek “Towards Acheiving Melaka Green Tachnology City State – Jasin Municipal Council Green Initiatives”.
        2. Anugerah dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2016
          MPJ telah menerima Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 dan Anugerah Gangsa kategori Restoren Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia.
        3. Anugerah Green Award Ambassador 2017
          Telah mendapat penganugerahan peringkat Antarabangsa pada bulan Jun 2017 dan kertas kerja tersebut dipromosikan ke seluruh dunia melalui buku The Green Book.
3.2 Kempen Amalan Hijau di Daerah Jasin
      1. Majlis Perbandaran Jasin telah mengadakan program program Rakan Taman di dalam daerah Jasin sebagai salah satu cara memperkenalkan amalan Hijau di dalam daerah Jasin. Program ini dijalankan melalui Jawatankuasa Komuniti dan Amalan Hijau Majlis Perbandaran Jasin bersama penduduk taman dan Ahli Majlis. Program kebun kejiranan juga dijalankan supaya tanah tanah lapang di dalam kawasan taman diguna semula dengan mengadakan kebun sayur untuk kegunaan sendiri ataupun kejiranan. Program ini bukan sahaja dapat menyemai amalan hijau dikalangan penduduk taman tetapi dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti dan merapatkan hubungan antara PBT dan penduduk taman.
        Majlis Perbandaran Jasin juga mengadakan bengkel gerak kerja Komuniti Indah iaitu Kebun Komuniti JPP 2017. Dalam program ini MPJ telah menerima lawatan dan kunjungan dari JPP seluruh Malaysia pada 13 Julai 2017. MPJ telah dijadikan sebagai contoh bagi Gerak Kerja kebun komuniti kepada JPP seluruh Malaysia. Lawatan tersebut juga memberi peluang kepada JPP untuk melihat sendiri pendekatan serta penerangan yang lebih jelas dari segi pelaksanaan Kebun Komuniti Kejiranan Hijau untuk digunapakai di kawasan komuniti masing masing. Taklimat berkaitan pelaksanaan ini disampaikan oleh En Mansor bin Mohamad dari Jabatan Lanskap Negara. Di antara taman perumahan yang menyahut cabaran amalan hijau MPJ ialah;-
        1. Taman Nyalas Baru
        2. Taman Kelubi Damai
        3. Taman Maju
        4. Taman Seri Chin Chin
        5. Taman Pulai Indah
        6. Taman Kesang Damai
        7. Taman Merlimau Utara
        8. Taman Seri Asahan
        9. Taman Pulai Indah
        10. Taman Serkam Ria
        11. Taman Asia Selatan
        12. Taman Panglima Pak
      2. Majlis Perbandaran Jasin mengadakan Pelancaran Kempen Hari Tanpa Plastik untuk peniaga peniaga dan pengguna di dalam daerah Jasin. Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan untuk melaksanakan inisiatif hari tanpa beg plastik dan polisterin di selurh negeri Melaka. Hanya plastik dan bekas makanan yang mesra alam ataupun Biodegrasi (mudah terurai) sahaja dibenarkan untuk diigunakan. Arahan ini berkuatkuasa kepada semua peniaga di daerah Jasin bermula 1 Januari 2017.
        Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan pengguna dan peniaga di dalam daerah Jasin. Kesedaran berkaitan plastik adalah perlu kerana plastik adalah barang yang memakan masa berpuluh tahun untuk dihuraikan dan boleh mencemarkan alam sekitar. Mengurangkan penggunaan beg plastik akan menyebabkan beg plastik tidak dikeluarkan oleh kilang kilang dan mesyarakat akan beralih kepada penggunaan yang lain lebih selamat dan ekonomik.
      3. Majlis Perbandaran Jasin juga menyediakan inisiatif khas kepada pemandu kenderaan Hybrid di dalam daerah Jasin dengan menyediakan tempat letak kenderaan khas kepada pemandu / pemilik kenderaan hybrid tersebut. Pemandu kenderaan Hybrid tersebut dikecualikan daripada membayar kupon meletakkan kereta di dalam daerah Jasin sebagai satu inisiatif dari Majlis Perbandaran Jasin untuk menghargai pengguna kenderaan yang mementingkan kelestarian alam.
        Majlis Perbandaran Jasin juga sentiasa mengadakan program berbasikal untuk penduduk Jasin dan sentiasa berlapang dada untuk bekerjasama persatuan basikal untuk mengadakan aktiviti berbasikal di dalam daerah Jasin. Aktiviti sihat ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada penduduk Jasin betapa pentingnya persekitaran yang sihat dan menjaga kesihatan tubuh badan juga kecergasan diri.
    1. Tindakan Penguatkuasaan dan Undang Undang.
      1. Majlis Perbandaran Jasin telah mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri dalam mewartakan untuk tidak menggunakan beg plastik dan larangan menjual polisterin di kedai kedai. Larangan penggunaan beg plastik dan polisterin ini adalah satu langkah drastik dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri Melaka untuk melaksanakan amalan hijau di negeri ini. Tambahan syarat lesen telah dikeluarkan oleh MPJ dengan :-
        a) Diwajibkan mematuhi larangan menggunakan dan membekalkan beg plastik dan bekas makanan polisterin sepenuhnya yang berkuatkuasa 1 Januari 2017.
        b) Pelesen diwajibkan menyediakan beg biodegarasi atau kelongsong kertas bagi menggantikan beg plastik atau beg bukan kompos dan menggunakan bekas makanan biodegrasi bagi menggantikan polisterin dan polypropylene.
        c) Pelesen dilarang menggenakan caj tambahan kepada pelanggan atas penggunaan beg plastik dan bekas polisterin.
        Standard dan syarat syarat untuk produk Biodegrasi yang dibenarkan oleh Melaka ialah :-
        a) Mematuhi standard MS 2073 : 2008 atau SIRIM Eco-lebel 001
        b) Syarat tambahan dikenakan bagi produk pembungkus makanan iaitu mematuhi SIRIM Eco-Lebel 009
        c) Meletakkan label dan deklarasi sumber bahan mentah bagi setiap produk yang dikeluarkan.
        Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah mengeluarkan sijil sementara sehingga 31 Disember 2016 kepada 19 pengedar dan pengilang produk biodegrasi boleh kompos yang menepati kriteria yang ditetapkan untuk dipasarkan didalam negeri Melaka.
        Tindakkan ini sebagai pengajaran dan kawalan kepada penduduk Melaka dalam proses mendidik tentang pentingnya amalan hijau untuk masa depan negeri dan bumi dimana kita semua tinggal.
      1. Majlis Perbandaran Jasin juga mewajibkan pemasangan Perangkap minyak di premis-premis makanan di dalam daerah Jasin. Ini adalah merupakan syarat wajib kepada pengusaha premis makanan untuk mendapatkan lesen perniagaan dalam negeri Melaka. Gerai -gerai kepunyaan MPJ yang disewakan kepada penyewa juga telah dipasang perangkap minyak di sinki sinki supaya minyak masak yang telah digunakan tidak dibuang terus kedalam longkang.
        Ini akan mengurangkan risiko longkang tersumbat dan kebersihan dan bau longkang akan terjaga. Sebanyak 200 premis / gerai MPJ yang telah dipasang perangkap minyak ini. Secara keseluruhan gerai yang dibina pada atau selepas 2010 telah dipasang dengan Perangkap Minyak. Majlis Perbandaran Jasin akan terus memantau kepada semua pemilik premis makanan untuk mematuhi memasang perangkap minyak disemua premis dalam kawasan daerah Jasin.
      2. Majlis Perbandaran Jasin mewajibkan Pelan Lanskap kepada pemaju pemaju yang ingin membina taman perumahan di dalam daerah Jasin. Pelan lanskap tersebut menyatakan perlunya pemaju menanam pokok mengikut keluasan projek di dalam taman perumahan tersebut. Usaha ini akan dapat mengimbangi ekosistem kawasan tersebut supaya pelepasan gas karbon dioksida dan oksigen dapat dijana kembali dalam rantaian yang seimbang.
      3. Laporan Pelaksanaan Program Komuniti Hijau 2015-2016
        BIL
        PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN
        LOKASI
        TARIKH
        1
        Program Eco Bakau
        Jeti Pantai Siring
        24.03.2015
        2
        Taklimat Produk Hijau
        MPJ
        24.06.2015
        3
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Bandar Jasin Bestari 3
        21.11.2015
        4
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Panglima Pak
        22.11.2015
        5
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Maju
        25.11.2015
        6
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Merlimau Utara
        26.11.2015
        7
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Seri Asahan
        27.11.2015
        8
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Seri Kemendor
        28.11.2015
        9
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Kelubi Damai
        29.11.2015
        10
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Sri Hilir
        29.11.2015
        11
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Nyalas Baru
        29.11.2015
        12
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Seri Chin Chin
        29.11.2015
        13
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Asia Selatan
        29.11.2015
        14
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Serkam Ria
        28.11.2015
        15
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Pulai Indah
        30.3.2016
        16
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Nyalas Baru II
        24.4.2016
        17
        Pelancaran Program Rakan Taman
        Taman Kelubi Damai
        29.5.2016
4.0 KESIMPULAN
Tidak dinafikan peranan PBT untuk menjayakan Amalan Hijau ini adalah penting dan utama. PBT selaku kumpulan pelaksana di peringkat daerah perlu mendapat kerjasama yang erat diantara kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri. Ini adalah kerana PBT amat rapat sekali dengan penduduk setempat samada di kawasan taman-taman perumahan ataupun dikampung-kampung.
Menentukan kualiti hidup penduduk tempatan terkawal dan terjamin melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta induk iaitu Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta171) dan Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 (172) juga Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974 (Akta133).
Kualiti Kehidupan adalah tahap keselesaan hidup yang dirasai oleh seseorang atau masyarakat. Ianya meliputi dua komponen fizikal dan sikologi. Usaha ini juga perlu digembeling bersama oleh badan bukan kerajaan di tempat tersebut seperti Persatuan Penduduk Taman , Jawatankuasa Penduduk Taman , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung , persatuan belia-belia dan syarikat korporat dan orang perseorangan.
Kita sebagai warganegara harus menyokong dengan turut serta pelbagai program Hijau yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun kerajaan negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan. Walaupun kadangkala mendatangkan kesukaran dan komplen daripada masyarakat setempat berkaitan polisi atau dasar kerajaan yang pada awalnya nampak menyusahkan rakyat tetapi kita harus sedar kesan dan natijahnya untuk masa depan kita dan anak anak cucu cicit kita. Kita sedar pada awalnya kerajaan negeri Melaka mengharamkan pengunaan beg plastik dan polisterin hingga memberi maklumbalas negetif daripada sesetengah netizen yang tidak mengetahui tujuan dan matlamat larangan tersebut. Akhirnya kini netizen semakin bijak berbicara dengan mempunyai kesedaran bersama untuk menyelamatkan alam sekitar kita. Kempen larangan ini harus diperluaskan demi kelangsungan hidup generasi makhluk bernama manusia didunia ini.
Dan firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 11 hingga 12 yang bermaksud;
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya."

5.0 RUJUKAN

  1. Laporan Hijau Majlis Perbandaran Jasin
  2. Buku Tahunan MPJ 2016
  3. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

0 comments: