MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERJA KHUSUS - KHURAFAT DALAM PERSILATAN MELAYU

0






1.0 PENDAHULUAN
Apabila bercerita tentang silat maka tidak akan lari dengan dua perkara yang telalu sinonim dengan silat iaitu Sejarah Hang Tuah dan tentang kesaktian keris senjata Melayu.Kini sejarah dan kebenaran Hang Tuah sedang dirungkai walaupun dalam pelbagai versi namun kewujudan Hang Tuah semakin dihampiri buktinya. Penyelidikan demi penyelidikan sentiasa dijalankan dan kebanyakkan bukti bukti tersebut ditemui catatan di luar negara seperti di Jepun , Goa India dan di Muzium Protugal.
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Surat tulisan Laksamana Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15 yang ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan membuktikan tokoh itu wujud dan bukan sekadar mitos semata-mata.
Menurut Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Mo­den dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa, surat itu ditulis oleh Hang Tuah bagi pihak Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah. Katanya, beliau mendapati surat yang bertarikh 11 April 1480 itu me­lalui kajian yang telah dilakukannya bersama Pensyarah Kanan fakulti itu, Dr. Rohaidah Kamaruddin di Ryukyu atau kini dikenali sebagai Okinawa baru-baru ini. (Sumber : Utusan Online 05 Disember 2015)
Keris juga kekal sebagai senjata Melayu yang kekal mistik disegelintir pemikiran orang Melayu kerana keris sinonim dengan kuasa , kependekaran dan perubatan. Seorang pesilat akan sempurna bila mempelajari ilmu keris lantas memiliki keris dan sentiasa mengkagumi hang Tuah sebagai seorang Laksamana yang setia dan Hang Jebat yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan sejagat.
Sebenarnya sudah lama dunia tahu berkaitan dengan penemuan sebilah keris purba di sebuah kuil purba “Enkakuji Temple”di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun.Dunia juga sudah lama tahu tentang penemuan sebuah piramid di dasar lautan Okinawa.Sudah sekian lama juga dunia tahu gambar ukiran keris telah diabadikan di dinding candi borobudur yang diberi nama Kujang itu.
The Star : By : Devid rajah, OKINAWA: An ancient blade of a keris found recently at the royal Enkakuji Temple grounds near the 15th century Shurijo Castle might unravel the ties the Malay world had with these southwestern islands of Japan. As the war-ravaged Enkakuji Temple was being restored, construction workers stumbled upon a protruding porcelain pot handle at a spot where offerings were made to the gods. The ensuing archaeological dig unearthed nine other items, including the wavy blade of a keris, foreign to this part of the world. Star Online, June 26, 2003
Terjemahan : Pisau kuno iaitu keris yang dijumpai di kawasan Kuil Enkakuji Diraja berusia abad ke-15 Shurijo Castle mungkin mempunyai hubungan dengan Alam Melayu dan dengan Pulau-pulau barat daya dari Jepun. Seperti Kuil Enkakuji ini sedang dipulihkan, pekerja-pekerja binaan terjumpa di atas pemegang periuk porselin protruding tempat di mana tawaran yang dibuat untuk Tuhan-Tuhan. Informasi arkeologi yang berikutnya membongkar sembilan item yang lain, termasuk sebilah keris yang berkarat sebuah benda asing daripada dunia luar.(Sumber : Disesuaikan dari Google Transletter)
The blade measuring 22.1cm from the tip to hilt was found without the handle and sheath, as the wooden parts had been destroyed.According to the Okinawa Prefecture Archaeological Centre officials the blade was found buried along with other items, including a clay plate with carvings of a dragon shaped boat, a glazed pot, a gold-plated door hinge and a metal door skirting. The castle restoration work started in 1989 and the Shurijo Park was opened to public in 1992 while restoration work at the temple is still ongoing. Star Online, June 26, 2003
Terjemahan : Bilah yang berukuran 22.1cm dari hujung ke hilt dijumpai tanpa hulu dan sarung Keris, kerana bahagian-bahagian kayu telah musnah. Menurut Pegawai Pusat arkeologi Wilayah Okinawa bilah dijumpai ditanam bersama-sama dengan perkara-perkara lain, termasuk pinggan tanah liat dengan ukiran seekor naga berbentuk perahu, dalam periuk kaca, pintu bersalut emas dan pintu logam. Kerja-kerja pemulihan kuil bermula pada tahun 1989 dan Taman Shurijo telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1992 manakala kerja-kerja pemulihan di tokong tersebut masih berterusan.(Sumber : Disesuaikan dari Google Transletter).
Di dalam Al Quran juga ada menyebut berkaitan besi yang boleh memberi menafaat kepada manusia seperti ayat berikut :- “..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa.”(Surah Al-hadid, ayat 25).
2.0 SOROTAN LITERATUR
2.1 Definasi Silat
Silat : sj seni (permainan dsb) atau kepandaian berjuang dgn menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak; jenis-jenisnya: ~ cekak, ~ gayung, ~ pulut; ahli ~ orang yg cekap (mahir) tentang silat; bersilat bermain silat (pencak), berjuang dgn silat: sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah (kata) ki pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah); menyilat mengelak (pukulan, serangan, dll) dgn gerak silat, menangkis; persilatan yg berkaitan dgn silat: gimnasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat yg menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn menguji kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata); pesilat orang yg bersilat: ~ sedang bersedia utk memulakan pertandingan. (Sumber : Gerbang kata Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat )
Pencak silat atau silat adalah suatu seni bela diri tradisional asli dari kepulauan Melayu yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei Singapura, Filipina selatan, dan Thailand selatan sesuai dengan penyebaran berbagai suku bangsa Nusantara(melayu). Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan daripada generasi kepada generasi. Dan dikenal luas sampai ke Serata pelusuk Dunia.Mereka yang belajar silat digelar pesilat.sekarang di negara Asia tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan tersendiri.Dalam amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seseorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri.
Pada kali ini saya mengambil contoh Silat Cekak Malaysia adalah salah satu persatuan silat yang terbesar di Malaysia. Silat Cekak melalui pelbagai proses pembaharuan dari awal penubuhan hinggalah berdiri sebaris dengan persilatan yang ternama sekarang.
2.2 Contoh Perkembangan Silat Cekak
Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai'pemegang amanah'.
Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kaupulangkan kembali".Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah;
Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.
Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini keseluruh negara selama 21 tahun.Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.
Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia. (Sumber : https://www.silatcekak.org.my).

2.3 Definasi Khurafat
Khurafat pula bermaksud menurut kamus Idris Al Marbawi ialah cerita karut marut. Dari definasi yang diutarakan boleh disimpulkan khurafat ialah semua cerita samada rekaan atau khayalan,ajaran ajaran , pantang larang , adat istiadat , ramalan ramalan , pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.(sumber : Garis Panduan Khurafat & Azimat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cetakan 2008)
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.
Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang,kubur wali keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
2.4 Kaitan Silat Dengan Khurafat
Namun begitu silat tidak lari dikaitkan dengan pengaruh khurafat ataupun amalan yang bertentangan dengan Islam ini kerana Silat telah wujud sebelum kedatangan Islam di Nusantara lagi. Ini adalah kerana sebelum kehadiran Islam di Nusantara masyarakat mengamalkan agama Animisme iaitu penyembahan nenek moyang , patung dan alam semulajadi.Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi amalan dan ilmu persilatan itu sendiri.
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, dalam zaman teknologi masih wujud tanggapan salah dalam amalan silat oleh segelintir individu dalam masyarakat.“Betul tanggapan ini wujud dan ia secara tidak langsung menjadi halangan kepada anak muda mendapat dorongan ibu bapa mereka untuk menyertai pertubuhan silat. Justeru, tanggapan ini harus diperbetulkan.“Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan membangkitkan isu ini dalam pertemuan tersebut, ternyata mereka pun bersetuju tiada amalan khurafat dalam silat sebagai seni mempertahankan diri. Kalau tidak, masakan Perdana Menteri kita akan menyokong aktiviti silat,” katanya.(Sumber : Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015)
Hal tersebut tidak dinafikan Pengasas Pertubuhan Seni Penchak Melati Puteh, Muzafar Shah Mustapha Kamil yang berkata, terdapat segelintir individu masih mengamalkan perkara-perkara khurafat untuk menjadi kebal, kuat, tangkas dan sebagainya.“Bila kita menyelusuri semula sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu sekitar kurun ke-11 hingga ke-13, silat telah pun wujud dan pengamalnya pada masa itu adalah orang bukan Islam seperti Parameswara, Majapahit, Palembang dan sebagainya.“Lantaran itu, amalan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan alam ghaib seperti bantuan jin dan syaitan untuk menjadi kebal, hilang sekelip mata dan sebagainya sudah diamalkan sebelum kedatangan Islam.“Sejak itu, ramai orang masih menganggap silat mempunyai kaitan dengan ilmu-ilmu ghaib tersebut sedangkan, kita menuntut ilmu berteraskan al-Quran dan Sunnah serta berharap keredaan Allah SWT,” katanya.(Sumber : Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015)
Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Johor, Johari Shuhadak berkata persepsi negatif masyarakat terhadap silat masih ada.“Silat sebenarnya hanyalah ilmu mempertahankan diri dan amalan khurafat pula bergantung kepada individu pesilat itu sendiri untuk berdampingan dengan jin dan syaitan.“Tetapi, masyarakat perlu tahu perbezaan antara amalan khurafat dan adat dalam ilmu silat. Ia sama seperti penggunaan pulut kuning dalam meraikan sesuatu majlis.“Begitu juga dalam amalan silat, seperti mandi limau. Ia hanyalah sebuah adat dalam ilmu silat bertujuan meraikan ahli baharu.” jelasnya.(Sumber : Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015)
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengingatkan pertubuhan seni silat Melayu supaya tidak mencampurkan unsur khurafat dalam amalan silat masing-masing.Presidennya, Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam, berkata PESAKA menolak keahlian persatuan silat yang tidak bersandarkan tuntutan Islam, termasuk menyeleweng menerusi amalan ilmu hitam."Alhamdulillah, setakat ini tiada yang terbabit dengan ajaran sesat atau khurafat. Semuanya mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, al-Quran dan hadis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Presiden PESAKA Turun Gelanggang peringkat negeri di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.(Sumber : Berita Harian ,29 April 2016)
3.0 PENGARUH KHURAFAT DALAM PERSILATAN MELAYU

Hasil temubual saya bersama guru guru Silat Melayu telah member input dan gambaran yang jelas berkaitan amalan khurafat tersebut.Sumber maklumat daripada Tuan Guru Rahman bin Hamid Guru Utama Persatuan Seni Silat Kota Sendeng dan Tuan Guru Sham bin Abd Rahman Guru Utama Silat Panji Malaysia.

3.1 Menyembut atau menyeru nama nama tertentu sebelum memulakan latihan

Didapati terdapat silat yang mengamalkan menyebut nama nama Syeikh yang telah meninggal dunia untuk mendapatkan kekuatan atau hajat tertentu sebelum memulakan latihan atau pun pertarungan. Selalunya para pesilat tersebut akan membaca mentera tertentu dan memfidyahkan surah Al Fatihah kepada arwah arwah Syeikh tertentu mengikut ajaran guru masing masing untuk mendapat keberkatan arwah tersebut. Sebagai contoh Syeikh Subhakhail , Syeikh Asif ibnu Burkhaya , Syeikh Siti Jenar dan lain lain lagi. Selalunya menyeru atau menyebut nama Syeikh ini akan berkait rapat dengan penjaga sesuatu hajat atau keperluan kerana masing masing syeikh dipercayai menjaga sesuatu bahagian seperti air , angin , tanah dan api. Seperti hadis Nabi Muhamad SAW apabila meninggal sahaja manusia maka terputuslah hubungan dengan dunia kerana yang meniggal dunia berada di alam lain iaitu alam barzakh. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) .
Amalan ini terdapat dalam silat yang mengamalkan kebatinan seperti Silat Seru atau Nasrul Haq yang telah diharamkan.
3.2 Memakai Wafak dan Azimat.
Ada di antara persatuan silat yang memakai wafak atau azimat sebagai pelindung dan juga mengikut hajat masing masing. Wafak ini ditulis oleh orang yang mahir mengikut hajat dan kehendak sesorang persilat. Selalunya wafak dan azimat ini digunakan sebagai pendinding diri dari serangan kebatinan seperti ilmu sihir dan ganguan syaitan. Ada juga yang menggunakan azimat ini untuk menampakkan diri digeruni dan sering mendapat bantuan ghaib untuk memenagi sesuatu pertempuran.Wafak atau azimat ini dipakai samada berbentuk baju , talipinggang, rantai,diikat dikepala ataupun ditulis di badan si pemakai. Memakai wafak dan azimat ini tertakluk kepada pantang larang tertentu seperti tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas , lalu bawah ampaian , memakan makan yang bercucuk seperti satay atau ada yang tidak boleh di bawa masuk ke rumah.
Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Pemakaian wafak ini boleh menyebabkan pergantungan kita selain dari Allah dan ini boleh mendatangkan dosa syirik dan ini perlu diharamkan dan ditegah penggunaannya sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al Maidah Ayat 72 tersebut. Pengamalan pemakaian wafak ini banyak diamalkan oleh Silat Melayu Lama dan telah terhapus dari masa kesemasa hasil dari kesedaran yang telah dijalankan oleh pihak JAKIM dan Jabatan Agama Negeri masing masing.

3.3 Terdapat mentera dibaca yang tidak tahu maknanya dan diselang seli dengan ayat Al Quran
Terdapat beberapa patah mentera yang dibaca tetapi tidak tahu maknanya dan diselang seli dengan ayat al Quran. Mantera tersebut dibaca yang menjadi amalan kepada pesilat untuk mendapatkan kekuatan atau pun bantuan ketika menghadapi saat pertempuran. Adakalanya mantera tersebut dalam bahasa jawa lama dan bahasa melayu yang tidak difahami maksudnya. Sebagai contoh salah satu mentera yang dibaca ialah “Akulah Harimau Allah, Akulah Hulubalang Ali, Akulah yang memakai isim alam tunggal , yang tidak berlawanan dengan Lailahaillah Muhammadur Rasulullah”. Mentera mentera ini mempunyai cara amalan tertentu mengikut aturan yang ditetapkan oleh guru mereka masing masing. Aturan tersebut adalah seperti mengamalkan selepas subuh atau maghrib atau pun ketika bulan Muharram ataupun ketika bulan mengambang penuh. Ada juga amalan hanya dilakukan di gunung gunung ataupun di pulau seperti di Gunung Ledang ataupun di pulau besar. Kadangkala amalan ini beserta puasa di siang hari ataupun puasa memutih mengikut amalan jawa lama. Bacaan mantera yang tidak difahami ini boleh mendatangkan keraguan kepada pesilat yang tidak memahami maksud dan makna tersiratnya. Pengamalan mantera ini ada diamalkan dalam Pertubuhan Persaudaraan Al Maunah dan persatuan ini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Tidak dinafikan pengamalan ini ada juga diamalkan dalam persilatan lain namun semakin terhapus dek kesedaran dan guru guru lama yang tidak lagi mengajar kepada pelajar mereka. Sesungguhnya Allah memelihara Al Quran dan menegahkan ayat al quran dari diubah dan ditambah tokok untuk sesuatu perkara. Seperti dalam firmanNya ;
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur`an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah Al-Hijr:9)
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk makhluk yang diakui bersih suci. Al Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam”(Surah Al Waaqi’ah, ayat: 77:80)
3.4 Amalan Bertapa / Bersendirian dengan amalan tertentu.
Amalan bertapa atau bersendirian di gunung ganag atau di gua gua adalah satu amalan biasa dilakukan sebelum tamat peringkat tertentu dalam persilatan. Pesilat tersebut akan diletakkan disatu tempat dalam kawasan gunung untuk bertapa dengan mengamalkan amalan tertentu atau bacaan mentera secara berulang ulang hingga satu tempoh masa yang ditetapkan. Setelah melalui proses ini pesilat tersebut difahamkan akan mendapat sesuatu kelebihan samada dari segi kekuatan fizikal ataupun bantuan ghaib ketika pertempuran sebenar.Sebelum melalui amalan bertapa ini seseorang pesilat tersebut perlu melalui proses pembelajaran persilatan yang ketat supaya pesilat tersebut bersedia untuk menghadapi dugaan dan cabaran ketika bertapa. Ketika bertapa pesilat tersebut akan menjalani kehidupan yang serba ringkas samada berpuasa ataupun hanya makan makanan tertentu. Tempoh pertapaan adalah mengikut aturan yang telah disediakan guru mereka dan ini juga bergantung kepada hajat dan matlamat pertapaan tersebut.Dimaklumkan ketika bertapa pesilat tersebut akan mengalami beberapa perkara pelik seperti bertemu dengan syeikh syeikh dan orang orang ghaib. Sekiranya pesilat tersebut bernasib baik akan dihadiahkan barang barang hikmat seperti keris , batu cincin atau sepersalina pakaian silat. Amat khuatir jika kurang kefahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu ini akan membabitkan kerosakkan akidah dan kepercayaan yang boleh mengundang dosa syirik seperti firman Allah SWT ;
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah berbuat dosa besar." ( An-Nisa : 16) dan,
"..... dan siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )
Amalan ini ada dilakukan dalam Persilatan Perkumpulan Panji Malaysia dari Batu Pahat namun amalan ini telah dihentikan atas wasiat Guru Utamanya iaitu Allahyarham Radin Ismail yang menyatakan amalan ini perlu dihentikan sekiranya beliau meninggal dunia.
3.5 Situasi Naik “Syeikh” Atau Isim
Terdapat berlakunya situasi atau keadaan naik syeikh atau luar kawalan apabila sedang melakukan latihan persilatan akibat daripada pengamalan ayat tertentu ketika bersilat. Perkara ini sering berlaku apabila seorang pelajar itu terlalu taksub dengan apa yang dipelajari hingga terlupa dengan apa yang dilakukan ketika itu. Ini akan menyebabkan pesilat tersebut akan memukul tanpa belas kasihan walaupun sahabat sendiri ketika latihan. Apabila berlaku keadaan ini jurulatih akan menjampi pesilat tersebut supaya sedar kembali seperti keadaan asal. Keadaan isim atau naik syeikh ini berlaku apabila badan pengamal tersebut sakit terkena pukulan ataupun keadaan marah yang menguasai dirinya. Pesilat tersebut perlu dalam keadaan marah untuk mendapat situasi tersebut. Apabila dalam keadaan isim atau naik syeikh pesilat itu akan dalam keadaan sangat berani dan mendapat kekuatan yang luar biasa seolah olah ada satu kuasa ghaib yang membantunya. Kelihatan apabila pesilat naik isim seolah olah ada unsur jin dalam pergerakan mereka dan keadaan ini adalah dilarang dalam ajaran Islam seperti firman Allah SWT :
"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )
Situasi ini sering berlaku dalam Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan Malaysia dan latihan persilatan mereka hanya boleh dijalankan dibawah kawalan jurulatih yang bertauliah sahaja.
4.0 KESIMPULAN
Sebagaimana yang kita tahu , negara kita mempunyai beribu guru guru silat dengan pelbagai nama persilatan yang wujud. Ini adalah kerana silat adalah merupakan warisan bangsa Melayu dan seluruh kepulauan Nusantara. Epik pertembungan di antara Hang Tuah dan Taming Sari pahlawan Jawa adalah satu penceritaan tentang kemahiran bersilat di antara pendekar tersebut. Walaupun berbeza negeri asal usul yang dipisahkan oleh selat Melaka tetapi mereka tetap mengamalkan ilmu persilatan yang menjadi benteng negara ketika itu di kepulauan nusantara. Apabila kita bercerita tentang silat maka tidak lari dengan senjata Keris walaupun bangsa Nusantara amat kaya dengan seni senjata lain seperti kerambit , parang lading , tumbuk lada , rencong acheh , sundang dan sebagainya namun keris ternyata mempunyai unsur mistik yang terkuat dikalangan senjata yang lain. Keris dan persilatan ibarat isi dengan kuku yang tidak boleh dipisahkan. Ternyata unsur unsur khurafat sentiasa berlegar legar ditengah tengah pengamalan kedua kedua perkara tersebut.
Kita sebagai pewaris kelestarian warisan bangsa tidak seharusnya melupakan atau mengabaikan silat untuk terus diamalkan oleh anak anak bangsa kerana terlalu menyangka bahawa silat itu penuh dengan khurafat , syirik dan tahyul. Kita juga tahu bahawa satu ketika dahulu bukan sahaja Empayar Melaka tetapi empayar Majapahit dan kerajaan kerajaan lama yang terdiri di kepulauan Nusantara adalah berteraskan kekuatan ekonomi , pentadbiran dan ketenteraan. Sudah pastinya kekuatan ketenteraan adalah berasaskan dari ilmu seni beladiri ketika itu iaitu Seni Silat , seni pertempuran dan kekuatan jati diri sesebuah bangsa.
Justeru itu pihak kerajaan melalui agensi berwajib hendaklah turun padang membantu memutihkan persatuan silat ini dari gejala gejala khurafat ini. Pihak JAKIM juga telah menyediakan garis panduan berkaitan amalan khurafat dan pihak persatuan silat perlu mengikuti garis panduan tersebut.Namun hasil pemantauan dari kaca mata selaku pengamal persilatan , rata rata Persatuan Silat Melayu sudah meninggalkan amalan khurafat yang wujud di dalam perguruan masing masing sebagai contoh mantera mantera telah di gantikan dengan doa doa yang diamalkan oleh para nabi , amalan bertapa juga telah digantikan dengan amalan berzikir mengikut sunnah nabi dan memisahkan antara pelajaran persilatan dan amalan keagamaan kerana amalan keagamaan hanya dipimpin oleh ustaz yang bertauliah oleh jabatan agama di negeri masing-masing. Persatuan silat kini lebih kepada teknik pukulan dan pertahanan juga kaedah kaedah teknik seni beladiri yang menggunakan fizikal dan mental pesilat. Pengurusan persatuan silat juga diperkasakan supaya silat kekal menjadi Warisan Negara Malaysia kerana ada negara di Asia Tenggara ini cuba mendakwa silat adalah warisan negara meraka. Kementerian yang berkaitan perlu memandang perkara ini dengan terperinci supaya silat dan persatuan silat di negara kita akan terus survival dan berdaya saing tinggi untuk merentasi arus digital dunia tanpa sempadan dan menjadi pemangkin kepada jatidiri bangsa merdeka. Ayuh! Jom belajar silat.


5.0 RUJUKAN

  1. Sumber : Gerbang kata Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat
  2. Sumber : Berita Harian ,29 April 2016
  3. Sumber : Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015
  4. Sumber lisan : Tuan Guru Rahman bin Hamid dan Tuan Guru Sham bin Abd Rahman
  5. Sumber : Utusan Online 05 Disember 2015
  6. Star Online, June 26, 2003

0 comments: