SECEBIS KENANGAN BERSAMA ABAH TERCINTA (PART 01)
0
(ABAH TERIMA SUMBAGAN RAYA DARI SEKRETERIAT PEMBANGUNAN SILAT DUN ASAHAN KERANA ABAH JUGA GURU SILAT..STEADY WAK NOH SILAT SENDENG JAWA)
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERTEMU DI ALAM MAYA ALAM SIBER YANG TIADA SEMPADANNYA.
BERMULA PADA HARI INI SAYA AKAN CUBA MENCORET BEBERAPA SIRI KENANGAN BERSAMA ALLAHYARHAM AYAHANDA SAYA UNTUK TATAPAN DAN TANDA INGATAN SAYA PADA ABAH SAYA YANG AMAT DIRINDUI. SHARE PIC YANG ADA DALAM SIMPANAN SAYA SEBAGAI RUJUKAN DAN INGATAN KITA BERSAMA. SEMUGA NANTI ANAK ANAK SAYA JUGA SUDI MEMBACANYA KETIKA KETIADAAN SAYA SATU HARI NANTI.. BUAT NURIN 4 BERADIK DAN SIDDIQ YANG NAKAL TU.
INI REBAN AYAM ADALAH HASIL KREATIVITI TERAKHIR ABAH YANG DIBUAT BERSAMA EMAK. ABAH MEMANG TAK BOLE DUDUK DIAM PASTI ADA SAJA PROJEK YANG DIA BUAT. BANYAK JUGA DIA BELA AYAM INI SELEPAS TIDAK ADA KEBUN GETAH YANG NAK DI NOREH. SEBAGAI MENGISI MASA LAPANG ABAH DAN EMAK KAT BELAKANG RUMAH. MENGASA JUGA AKU AYAM KAMPUNG YANG DIA BELA DAN TELOR AYAM KAMPUNG.
TERIMAKASIH JUGA KEPADA SHAHRIL KERANA MENGHADIAHKAN 2 EKOR AYAM KAMPUNG KETIKA ITU UNTUK ABAH SAYA BELA. DAN KINI SEMUANYA TINGGAL KENANGAN DAN REBAN INI TIDAK WUJUD LAGI.
AL FATIHAH UNTUK ABAH DAN DOAKAN SENTIASA SEMUGA EMAK SIHAT DAN CERIA.
AAMIN