MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERJA KHUSUS -KELANGSUNGAN TAMADUN MALAYSIA DARI ASPEK MASYARAKAT

0
TITAS 1013
PEMBENTANGAN KUMPULAN

KELANGSUNGAN TAMADUN MALAYSIA DARI ASPEK MASYARAKAT

SLIDE
  1. PENGENALAN
  2. ISI (1) – MENJURUS KEPADA APA YANG PERLU – KONSEP ASAS-
  3. ISI (2) – SENARIO SEMASA
  4. ISI (3) – SENARIO SEMASA
  5. ISI (4) – CABARAN SEMASA
  6. ISI (5) – CADANGAN
  7. ISI (6) – KESIMPULAN
1) PENGENALAN

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan
MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

(2) ISI (1) – MENJURUS KEPADA APA YANG PERLU – KONSEP ASAS-

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri.

Dasar Pelajaran Kebangsaan

Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti berikut: -

ü Pertama, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

ü Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. DEB merupakan satu program jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. DEB dimulakan pada tahun 1970. Beberapa Matlamat utama DEB membantu dalam pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut: -

ü Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

ü Membasmi kemiskinan. Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan perintah Inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah menyebabkan interaksi etnik Melayu, Cina serta India kurang berlaku.

ü Mengurangkan ketidakseimbangan dalam gunatenaga supaya penyertaan etnik adalah seimbang.

· Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: -

ü Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

ü Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek.

ü Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.

ü Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.

ü Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.

ISI (2) – SENARIO SEMASA (ISU PENDATANG ASING)

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China.
Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.
Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.
Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius.
Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

ISI (3) – SENARIO SEMASA– ISU JURANG PENDAPATAN

Kesetaraan pendapatan isi rumah antara masyarakat Cina di Malaysia lebih besar berbanding kaum lain, menurut pakar ekonomi.
Muhammed Abdul Khalid berkata berdasar koefisien Gini – yang digunakan sebagai penanda aras ketidaksetaraan – menunjukkan jurang pendapatan di kalangan masyarakat Cina sebanyak 0.405 peratus.

Ia menandakan jurang besar dalam masyarakat itu.

“Ini diikuti oleh India, kemudian Melayu,” katanya dalam forum di Shah Alam malam tadi.

Penulis buku
The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia itu berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan kejayaan ekonomi orang Cina berbanding Melayu.
Muhammed berkata, walaupun ada jurang antara dua kaum itu, hanya sebahagian kecil masyarakat Cina yang kaya.
Kira-kira tujuh dari 10 orang Cina adalah pekerja, sama seperti bumiputera,” katanya.
PETALING JAYA: jurang pendapatan antara golongan kaya dan yang paling miskin di kalangan masyarakat Cina adalah paling besar, berbanding dengan 2 kaum utama lain di Malaysia, Melayu dan India.
Akhbar kewangan The Edge membandingkan pendapatan isi rumah dan data perbelanjaan untuk kumpulan 20% tertinggi (T20) dan kumpulan berpendapatan miskin di bawah kategori B40 untuk Bumiputera, India, dan Cina pada 2014 dan 2016.
Ia mendapati jurang pendapatan kekal tidak berubah dalam kalangan Bumiputera dan mengecil dalam kalangan India tetapi meningkat dalam kalangan Cina.
Untuk setiap RM1 yang diperoleh oleh Bumiputera kumpulan B40 (pada 2014), mereka yang berada dalam kumpulan T20 memperoleh RM5.30. Jurang itu kekal sama pada 2016. B40 ialah isi rumah yang berpendapatan RM2,629 ke bawah.
Dalam kalangan India pada tempoh sama, jurang pendapatan itu mengecil daripada RM5.50 kepada RM5.20, dan adalah paling kecil dalam kalangan semua kumpulan etnik,” katanya.
Tetapi dalam kalangan Cina, jurang pendapatan meningkat daripada RM5.80 pada 2014 kepada RM6 pada 2016..
Ia satu-satunya kumpulan etnik yang mengalami jurang pendapatan yang semakin besar, paling besar berbanding kumpulan etnik lain, antara 2014 dan 2016.”
The Edge yang memetik data tahun 2014 daripada Unit Perancangan Ekonomi, berkata, 44.7% daripada kumpulan B40 adalah isi rumah Bumiputera, diikuti oleh India (38.71%) dan Cina (28.02%).
Pada Julai, penasihat cukai Kang Beng Hoe memberitahu FMT, perbezaan pendapatan di Malaysia hanya akan menjadi semakin buruk melainkan kerajaan mengurangkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pendapatan per kapita Malaysia telah meningkat sejak 2010, daripada RM28,000 kepada RM36,000 setahun.
Merujuk kepada koefisien Gini, iaitu satu cara mengukur jurang pendapatan antara kaya dan miskin, Kang berkata, Malaysia adalah antara tertinggi di Asia.
Pada 2012, laporan media berkata Malaysia adalah negara ke-39 paling tidak sama rata daripada 159 negara dan berada di kedudukan ke-3 di Asia.

(5) ISI (4) – CABARAN SEMASA – KESAN NEGATIF INTERNET PADA MASYARAKAT

Internet dan Kesan-kesan Penggunaannya kepada Masyarakat Kesan penggunaan internet dapat dilihat dengan jelas dalam mempergiat usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini demikian kerana internet merupakan saluran komunikasi utama dalam menghubungkan penyelidik-penyelidik yang terlibat dan memberi kesan yang ketara terhadap penciptaan teknologi masa kini. Selain itu, internet juga menyumbang kepada ekonomi, sosial dan politik. Internet juga boleh diistilahkan sebagai lebuh raya maklumat. Hal ini demikian kerana internet mampu menghubungkan rangkaian-rangkaian komputer daripada seluruh negara dengan mudah.

Internet juga diistilahkan sebagai sebegini kerana internet menghubungkan pengguna dengan tempat-tempat menarik di seluruh dunia melalui gambar dan kapsyen. Hal ini menunjukkan sudah tiada lagi batasan geografi dan politik bagi seseorang untuk mengenali negara luar dengan lebih dekat. Seterusnya, internet merupakan medium penyampaian maklumat yang dapat menanggung begitu ramai pengguna. Walau bagaimanapun, kadang kala aliran trafik data menjadi perlahan dan menyebabkan kesesakan dalam sistem penyampaian maklumat.

Hal ini disebabkan oleh server internet yang terpaksa melayan terlalu banyak permintaan daripada pengguna. Kesannya, prasarana telekomunikasi dan teknologi tidak dapat menerima maklumat yang dihantar melalui medium tersebut. Selanjutnya, internet memberikan banyak kebaikan kepada para pengguna. Pengguna dapat mengakses pelbagai jenis maklumat yang berkaitan dengan isu-isu semasa, bahan bacaan ilmiah dan bahan bacaan yang santai dengan mudah dan pantas. Skop bahan bacaan yang boleh dicari termasuklah artikel yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan, sosial, politik, perubatan, sejarah, geografi dan teknologi.

Selain itu, pengguna juga dapat berhubung dengan keluarga ataupun kenalan yang menetap di luar negara dengan pantas dan mudah dengan caj yang murah dan berpatutan. Hal ini demikian kerana internet merupakan alat komunikasi yang terpantas dan paling berkesan pada era ini. Di samping itu, internet juga boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada pengguna. Hal ini terjadi apabila masyarakat kurang didedahkan dengan etika penggunaan internet yang betul. Pelbagai maklumat palsu dan khabar angin yang tidak benar boleh disebarkan dengan mudah melalui internet. Pengguna internet juga kadang kala tidak dapat membezakan rencana tentang pendapat dan rencana yang membincangkan fakta. Hal ini sudah semestinya akan menjejaskan ketenteraman dan keharmonian sesebuah negara sekali gus meruntuhkan institusi masyarakat.
Akhir sekali, terdapat pelbagai laman sesawang yang memuat naik perkara-perkara yang porno dan lucah. Hal ini termasuklah bahan bacaan dan juga gambar. Penyebaran bahan-bahan ini dalam kalangan pengguna mampu merosakkan akhlak pengguna tersebut. Kesimpulannya, penggunaan internet mampu memberikan kesan baik dan juga kesan buruk kepada para pengguna. Hal ini bergantung kepada diri pengguna itu sendiri sama ada mereka memanfaatkan kemudahan internet untuk kebaikan ataupun sebaliknya. Setiap pengguna haruslah bertanggungjawab dengan menggunakan internet untuk tujuan kebaikan seperti menimba ilmu dan bukanlah sekadar untuk berseronok dan membuang masa sahaja. Kemudahan internet diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cenderung menuntut ilmu melalui pembelajaran kendiri dan menjadi seorang yang berilmu pengetahuan yang luas.

ISI (5) – CADANGAN

Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini.  Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara tersebut.

Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain

Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang harmoni, tidak salah jika menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan membangkitkan kemarahan mereka. Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

(8) ISI (6) – KESIMPULAN

Setelah membincangkan pelbagai perkara tentang Tamadun Islam, kita telah dapat membuat satu rumusan dan ringkasan. Secara kesimpulannya, setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.

Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya diperolehi dari hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud ikatan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.

Perkara yang paling penting sekali, setiap tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ketaraf yang lebih tinggi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kita semua bagi menambah kefahaman yang mendalam tentang ilmu ketamadunan.

Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan negara dan agama kita.

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah  Hujurat : 13).

0 comments: