MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

GOTONG ROYONG IBADAH KORBAN SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

0





ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH SYUKOR KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA - NYA DAPAT KITA BERTEMU DENGAN AIDILADHA

SURAU AL ABIDIN KG ABBEY KALI INI DIAMANAHKAN UNTUK MENGURUSKAN 6 EKOR LEMBU UNTUK MENJALANI IBADAH KORBAN.

SEPERTI BIASA BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG SEPAKAT UNTUK MENGURUSKAN BERGOTONG ROYONG MENJALANKAN AKTIVITI TERSEBUT.

TAHNIAH KEPADA ABG USLY ABU DAN RAKAN RAKAN MANTAN JKKK YANG KINI MENERUSKAN PERJUANGAN BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT ...

ALHAMDULILLAH SYUKOR

0 comments:

Nota Seminar Modenisasi Peranan Juruaudit Dalam Ke Arah Mendepani Cabaran Pengauditan Masa Kini

0
Assalammualaikum wbt. & Salam Sejahtera
Salam NegarakuMalaysia,
Salam Melaka Berwibawa,
Melaka Pintar, Hijau, Bersih,
Salam Integriti,


Y.Bhg Dr./Tuan/Puan,

Bersama ini disertakan Nota Seminar Modenisasi Peranan Juruaudit Dalam
Ke Arah Mendepani Cabaran Pengauditan Masa Kini yang telah dijalankan
pada 15 - 16 Ogos 2018 bertempat di Novotel Hotel Melaka untuk simpanan
dan makluman YBhg. Dr./tuan/puan selanjutnya.

Pengurusan INSPIM merakamkan setinggi penghargaan di atas sokongan dan
kerjasama yang diberikan dalam menyertai program / seminar / kursus
anjuran INSPIM.  YBhg. Dr./Tuan/Puan juga boleh melayari facebook rasmi
Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka untuk melihat gambar – gambar
yang diambil sepanjang Seminar berlangsung.

Sekian, terima kasih.



Saya yang menurut perintah,


Junaidah Bte Mohammed Ali
INSPIM
No. Tel. : 06 3350334 / 3350939



  SESI 3 - Tanggungjawab Jaudit Berkaitan Fraud D... [1]
  SESI FORUM EN. Y- Pengauditan ICT.ppt [2]
  SESI FORUM EN. HAZIMI - 2018 Malacca Public Sec... [3]
  SESI 2 - Pengenalan Pengurusan Kontrak kerja- 1... [4]
  SESI FORUM EN. REDZUAN- InspimCAAT.ppt [5]
  SESI 1 - PENGENALAN KEPADA PENGAUDITAN PRESTASI... [6]


Links:
------
[1]
https://drive.google.com/file/d/1Zb6EGN8Yu0eNEEb3ccmfiHdTw4p3OFqi/view?usp=drive_web
[2]
https://drive.google.com/file/d/1cejJxbSCkC79J5-w_kWeKjgSZQR_mzP5/view?usp=drive_web
[3]
https://drive.google.com/file/d/1oIcq7n1uo0cFs_Odby-76zFPGDxzL8Yr/view?usp=drive_web
[4]
https://drive.google.com/file/d/1Y8-WVxQciukd6vowAiw-5pDq514HkeNj/view?usp=drive_web
[5]
https://drive.google.com/file/d/1OoYxzlhU73bx3Wi2GDKxGU6IVc6snqK3/view?usp=drive_web
[6]
https://drive.google.com/file/d/1Jo855YPnOx3DIV22OFPqphijpBkHLudT/view?usp=drive_web

0 comments:

HIMPUNAN SUARA UMMAH 18.8.18

0











ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

MELIHAT DARI KEADAAN SEKARANG YANG TIDAK MENENTU..HASIL DARIPADA PERTUKARAN KERAJAAN DARIPADA BARISAN NASIONAL KEPADA PAKATAN HARAPAN. BERLAKU SATU PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN DAN CARA PENTADBIRAN YANG BERUBAH..
MASING MASING MENDAKWA MEMBELA DAN MEMARTABATKAN BANGSA DENGAN CARA SENDIRI DAN YANG MEREKA FIKIR BAIK.
DI ATAS KEMENANGAN YANG BESAR DENGAN MANIFESTO 100 HARI JANJI PAKATAN HARAPAN TELAH BERJAYA MEMENANGI PRU TERSEBUT DITAMBAH LAGI DENGAN DAKWAAN DAN PELBAGAI DAKWAAN SALAH LAKU BERKAITAN DS NAJIB DAN 1MDB. WALAUPUN SEHINGGA KINI BELUM DIDAPATI BERSALAH NAMUN PH BERJAYA MEMENANGI PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP BN DAN NAJIB SEHINGGA BN TERSUNGKUR DI PRU INI.

NAMUN ITU ADALAH PROPAGANDA POLITIK YANG MEMPUNYAI SENI PENGARUH YANG HEBAT..TETAPI KINI KITA MEMBICARAKAN HALATUJU ISLAM DAN MELAYU DIBAWAH ERA PH...
ADAKAH DENGAN KEMENANGAN BESAR ITU PH BOLEH MELAKUKAN APA SAJA DI NEGARA KITA BERDASARKAN UNDI RAKYAT..DAN ADAKAHY BENAR MEREKA MENANG BESAR KERANA KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA MEREKA ATAU SEKADAR NAK BN JATUH SAHAJA ATAU TERMAKAN JANJI DAN MANIFESTO MEREKA..

HARI DEMI HARI RAKYAT MENANTI PEMBAHARUAN DAN JALAN TERUS KEHADAPAN YANG PH AKAN BAWA...NAMUN KEADAAN TIDAK SEPERTI YANG DIJANGKAKAN..MANIFESTO TIDAK BERJAYA DILAKSANAKAN WALAUPUN 40%..DS NAJIB MASIH LAGI BELUM TERBUKTI BERSALAH DAN TUDUHAN KEPADA BELIAU TIDAK MELIBATKAN 1MDB..DAN BARU BARU INI LGBT PULA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DAN SEOLAH SEOLAH KERAJAAN SEDIA ADA SEDIA MENGUNDANG BALA ATAS PEMIKIRAN LIBERAL DAN TIDAK BERPAKSIKAN AJARAN ISLAM YANG MENJADI AGAMA RASMI NEGARA KITA..

PERLEMBAGAAN DAN RUKUNEGARA DI PANDANG SEPI DAN MEREKA HANYA MEMIKIRKAN KUASA...SASARAN PEMBELAAN RAKYAT TERPESONG DARI MATLAMAT SEBENARNYA..

MEREKA HANYA BERCERITA KEBURUKAN KERAJAAN LAMA SEDANGKAN MEREKA TERLUPA MEREKA ADALAH KERAJAAN SEDIA ADA DAN SATU TINDAKAN DRASTIK PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYELAMATKAN KEMELUT EKONOMI DAN SOSIAL SEMENJAK MEREKA MENTADBIR NEGARA..

MALAH KINI MEREKA LEBIH SIBUK UNTUK PEMILIHAN PARTI SENDIRI SAMADA PKR DAN PBBM DARIPADA MEMIKIRKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT YANG LAGI TERHIMPIT KESAN KENAIKAN HARGA BARANG KERANA PENGUTKUASAAN SST BERMULA BULAN SEMBILAN INI.

RAKYAT PERLU BERSUARA DAN PERLU MENUNJUKKAN KETIDAK SELESAAN DENGAN KEADAAN SEKARANG..
KITA BUKAN MENYOKONG KEGANASAN TETAPI INILAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MEMBERIKAN SATU ISYARAT YANG KERAS BERKAITAN KEGAGALAN MEREKA MENTADBIR DALAM 100 HARI INI...

BOLEH KLIK UNTUK TAMBAHAN MAKLUMAT : -

(1) ISU LGBT



(2) ISU RAJA / SULTAN

(3) ISU MANIFESTO



(4) PEMIMPIN BELIA DITUDUH MACAI POLITIK

(5) MENTERI KEWANGAN SALAH LAPOR - TIDAK CEKAP

(6) MENTERI DAP DAKWA MELAYU PENDATANG


(7) BANTUAN KEBAJIKAN TERTENTU DIHENTIKAN

"PERTAHANKAN RUKUNEGARA"
"PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA"

KAMI RAKYAT MALAYSIA


0 comments:

TIK TOK ... APLIKASI TELEFON ... YANG PENTING CARA MENGGUNAKANNYA

0





OK JUGAK LAYAN TIK TOK NI..BANYAK VIDEO PENDEK YANG KREATIF DARI BUDAK BUDAK MUDA KITA...WALAUPUN PELBAGAI CERITA DAN PIC YANG SEDIKIT MENJOLOK MATA TAPI APAPUN BERGANTUNG PADA NIAT KITA MENGGUNAKAN TIKTOK TERSEBUT..

UNTUK MNEGUJI KREATIVITI OK DAN STYLE GEN-Y

SELAMAT BERTIK TOK YER...

0 comments:

ALHAMDULILLAH - NEXT STEP

0

MAKAN TETAP PARAZZZZ


STUDY BRO


BUAT NOTA LAST LAST TAK FAHAM...HAHAHA


ADESS DEMAM PULAK TENGAH TENGAH EXAM



ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH SELESAI SEMS KE-2 INI YANG BANYAK DUGAAN DAN CABARAN..DAN TERIMAKASIH KEPADA RAKAN RAKAN YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DAN KATA KATA NASIHAT UNTUK MENERUSKAN PJJ INI.

TAHUN LEPAS ABAH MENINGGALKAN KAMI DAN SELEPAS TU DAPAT TAWARAN BELAJAR DAN TERIMA SEBAB SEMANGAT ABAH YANG MASIH KUAT MENYOKONG SAYA UNTUK SAMBUNG BELAJAR..

EMAK PUN MASIH ADA DAN PELUANG INI DIAMBIL SUPAYA MAK TAHU KOMITMEN UNTUK MEMBANGUNKAN KELUARGA ADALAH TINGGI..

PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH MAHA BESAR..EMAK PULA MENINGGALKAN KAMI PADA BULAN APRIL YANG LEPAS..HILANG SUNGGUH SEMANGAT NAK TERUSKAN..DITAMBAH PULA KEKALAHAN BN PADA PRU YANG LEPAS DAN AMAT SEDIH MELIHAT KAWAN KAWAN HILANG KERJA DAN YB YANG TIADA KUASA LAGI..

DISAMBUNG PULA BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DAN SELEPAS ITU MENYAMBUT RAYA..LAST LAST DAH FINAL EXAM..

TERUS KUATKAN SEMANGAT DAN LALUI DENGAN SABAR DAN REDHA..

INSYA ALLAH NEXT STEP...ADE LAGIIIII...

0 comments:

CHIN PENG DAN PKM

0



Satu lagi faktor yang menggerakkan tindakan revolusi ialah pertukaran pucuk pimpinan PKM dari Loi Teck kepada Chin Peng pada bulan March 1947. Pada masa itu beliau ialah Pengerusi PKM negeri Perak yang bersikap militan kerana peranannya dalam perang gerila semasa Jepun dan bersama Force 136. Satu lagi faktor ialah pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang merupakan satu tamparan hebat dan kekalahan kepada perjuangan golongan kiri yang menjadi dokongan PKM. 

Sebagai memenuhi arahan yang ditetapkan di Culcutta, Chin Peng telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Singapura pada 21 March 1948. Keputusannya difahamkan ialah menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu secara keganasan dan bersenjata

Tarikh pelancaran pemberontakan akan ditentukan berdasarkan perkembangan dan peristiwa semasa. 

Namun usaha-usaha awal telah dijalankan sebagaimana yang dinyatakan dalam perbincangan di atas. Menjelang bulan Jun 1948, keadaan menjadi semakin tegang. Tindakan mogok dan ancaman keselamatan semakin serius. Dilaporkan dalam satu sidang akhbar Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 13 Jun menyatakan telah berlaku sepuluh kejadian pembunuhan dan tiga kes serangan ke atas pengurus ladang getah di seluruh negara dalam beberapa hari ini. 

Dianggarkan dari bulan Oktober 1945 hingga Disember 1947, sebanyak 191 kejadian pembunuhan berlaku dan dalam masa enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 kejadian lagi. 

Kejadian begini berterusan. Pada 16 Jun, tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh di Sungai Siput, Perak. Atas desakan tuan punya ladang dan juga lombong-lombong yang menjadi tumpuan utama gerakan komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi mengisytiharkan darurat ke seluruh negara pada hari yang sama berpandukan undang-undang BMA (Essential Regulation Proclamation). 

Apabila Rang Undang-undang Peraturan Darurat (Emergency Regulation Bill) diluluskan oleh Sidang Majlis Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948, undang-undang BMA di atas telah dibatalkan

0 comments:

Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan

0




Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang lain terdiri daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Dalam persidangan pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan:

(i) Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen; 

(ii) Menjamin kedudukan Raja-raja; 
(iii) Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja Melayu,  
(iv) Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa banyak menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; dan 
(v) Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama. 

Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua daripadanya dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan bahawa memo tersebut sebagai satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.    

Terdapat lima perkara utama di dalam ‘pakatan murni’ iaitu unsur tolak ansur UMNO dari segi kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu. Berikut adalah antara kandungannya: 
 

(i) Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme)
(ii) Nama negara: UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya)
(iii) Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi. 
(iv) Penerusan Majlis Raja-raja. 
(v) Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
(vi) Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. 
(vii) Kedudukan Islam sebagai agama negara. 
(viii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 
(ix) Takrif Melayu.

Dua perkara penting dalam ‘pakatan murni’, iaitu pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa, Agama, kedudukan Rajaraja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu
Manakala bagi orang bukan Melayu pula, mereka mendapat keistimewaan  apabila pemimpin UMNO bersetuju memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir.

Sungguhpun memorandum ini digubal bersama oleh UMNO, MCA, dan MIC, tetapi tidak bermakna ketiga-tiga pihak ini bersetuju dengan semua perkara yang dikemukakan. Misalnya, persetujuan tidak dicapai mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada individu yang lahir pada atau selepas hari merdeka, yang ibu bapanya adalah warganegara asing dan soal penggunaan bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.16 Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu misalnya, tidak bersetuju dengan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan kegagalan menjadikan bahasa Kuo Yu sebagai salah satu bahasa rasmi di negara ini.17 Bagi Persatuan Dewan Perniagaan Cina SeMalaya pula, mendakwa prinsip jus soli tidak berfaedah kepada mereka. Malah mereka merayu supaya dikurangkan tempoh kelayakan bermastautin dari sepuluh tahun kepada lima tahun. Bagi yang melalui proses permohonan, dicadangkan pemansuhan ujian bahasa. Selain itu, mereka juga menuntut kesamarataan antara bahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

Sementara Dewan Perniagaan Melayu menyarankan supaya undang-undang kewarganegaraan Persekutuan tidak harus dilonggarkan sehinggalah golongan bukan Melayu dapat membuktikan ketaatsetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Persatuan Tamil Seluruh Malaya mendesak supaya seluruh keturunan Tamil yang dilahirkan di Tanah Melayu wajar diberikan kewarganegaraan secara automatik. Manakala bagi pejuang-pejuang UMNO yang menentang pula berpendapat UMNO terlalu banyak mengalah terutama dalam hal-hal kerakyatan. Ini kerana orang yang berkelayakan boleh menjadi rakyat dan menikmati hak-hak sebagai rakyat Tanah Melayu dengan begitu mudah dan seterusnya boleh menghasilkan kesan serta merta kepada bangsa Melayu. Sementara undang-undang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam pekerjaan, pelajaran, dan peluang peniagaan tidak memberi hasil yang serta merta seperti hak kerakyatan, jika dibandingkan dengan apa yang didapati oleh orang Cina dan India dasar melalui jus soli. Ini kerana orang Melayu bimbang dengan dasar jus soli kerana akan mengurangkan kuasa politik secara beransur-ansur dan cengkaman politik bangsa Melayu dicabar oleh bangsa asing.

Pada keseluruhannya, Suruhanjaya Reid telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dari bulan Jun sehingga bulan Oktober 1956. Setelah diumumkan, Parti Perikatan dan beberapa pihak lain telah menyatakan tentangan mereka berkenaan dengan pemberian dua kerakyatan kepada rakyat Komanwel. Misalnya seseorang itu pada masa yang sama boleh menjadi rakyat India dan juga rakyat Britain serta tanah jajahan yang lain, sungguhpun mereka menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negeri yang ia tinggal. Perikatan menuntut kerakyatan yang tunggal. Terdapat suara-suara yang mahukan supaya Melaka dan Pulau Pinang dikekalkan di bawah jajahan British, iaitu terasing dari Tanah Melayu yang merdeka. Ia datang daripada Persatuan British Cina NegeriNegeri Selat. 
Isu lain yang ditentang ialah berkenaan dengan kedudukan istimewa orang Melayu juga tidak sepenuhnya kerana Suruhanjaya ini mencadangkan ia dikaji semula selepas 15 tahun dengan tujuan ia ditarik balik secara beransur-ansur. Cadangan ini ditentang hebat oleh UMNO.

Akhirnya rangka perlembagaan dikaji semula dan perlembagaan merdeka yang baru dibentuk hasil daripada rumusan dan pandangan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada 1 Mei 1957, jawatankuasa tersebut siap menyemak Laporan Reid serta membuat beberapa pindaan. Rundingan terakhir jawatankuasa kerja diadakan di London dan bersetuju dengan Rang Perlembagaan yang dibentuk sebagai Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.  

Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Dalam tahun itu juga Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

 

0 comments:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 45 GB4B MELAKA

0
Bersama sahabat yang bakal Mantan


Dulu saya ahli belia biasa.
jadi ketua belia cawangan..
naib pengerusi kaw..pengerusi kaw..
ajk 4B negeri..ketua penerangan 4B negeri..
timb pengerusi 4B negeri..
setiausaha kehormat 4B negeri..
dan 
hari ini saya mantan ahli belia 4B atas faktor umur..
apa yang penting adlh perjuangan dan persahabtan dan bukannya jawatan jadi ukuran..
Kita belia 4B adlh pendukung kerajaan..
kita belia 4B adlh pendukung Rukunegara dan perlembagaan negara..
selagi kerajaan mengikut keduanya itu selama itu kita akan bersama dan bekerjasama..
Pertahankan Per 3(1),Per 152 ,Per 153 
kerna kita adakah persatuan belia melayu islam terbesar dan itu matlamat kita....BERGERAK!!!!

SUHAIZAN HAJI NOH
Alumni 4B Melaka
31.7.2018

Bersama presiden GB4B Malaysia...

terimakasih GB4B Melaka

0 comments:

KONSEP ASAS PERSEMBAHAN

0


 KONSEP ASAS PERSEMBAHAN

Setiap persembahan yang dihasilkan perlu didahului dengan perancangan yang baik untuk mendapat hasil yang maksima dari segi kesannya kepada pendengar.  Mari kita lihat beberapa tips dan panduan asas dalam penghasilan satu persembahan yang baik dan berkesan sebelum kita melihat peralatan untuk menghasilkan persembahan.  Pusat latihan Dale Carnagie di Amerika telah menggariskan beberapa panduan dalam menghasilkan persembahan yang baik. Keempat-empat panduan ini yang dinamakan sebagai 4’P ialah

(i) Plan (Rancang)  

(ii) Prepare (Bersedia)  
(iii) Practice (Latih) 
(iv) Present (Persembahan)

Mari kita lihat setiap satu item ini secara lebih dekat.
 
Plan (Rancang)

Merancang persembahan meliputi dua aspek penting iaitu menentukan matlamat persembahan anda dan menentukan siapakah pendengar anda. 

(a)   Tujuan persembahan

Tujuan persembahan yang berbeza akan menentukan hasil persembahan yang berbeza.  Beberapa tujuan persembahan termasuklah:    

(i) Menjual idea atau produk (untuk mempengaruhi pendengar supaya membeli atau menerima idea atau produk tertentu).  Untuk tujuan ini anda perlu memfokus kepada kebaikan produk atau idea yang ingin diketengahkan. Senaraikan kebaikan jika ia diterima dan keburukan jika ia ditolak.  (ii) Laporan keputusan kajian atau projek di hujung kajian atau projek tersebut. Untuk tujuan ini anda perlu merekabentuk penyampaian anda supaya menjadi sepadat dan seringkas mungkin dengan memfokuskan kepada hasil yang anda dapati. Lapuran yang terlalu panjang atau teknikal (kepada pendengar biasa) akan menyebabkan fokus pendengar hilang. (iii) Bertujuan untuk menerangkan satu-satu konsep kepada pendengar. Penerangan yang begini memerlukan anda memasukkan fakta dalam berbagai bentuk – bunyi, imej, rajah atau mungkin video untuk membantu pendengar lebih faham. Kajian menunjukkan pendengar akan lebih mudah mengingati bahan yang diterima melalui lebih banyak pancainderanya (contoh: mata, telinga, bau dan lain-lain) berbanding  bahan yang diterima melalui satu pancaindera sahaja .

(b)   Siapakah Penonton Persembahan?

Anda perlu menentukan profil penonton yang akan mengikuti persembahan anda.  Persoalan-persoalan berikut adalah antara isu penting untuk diteliti dan dijawab sebagai panduan untuk menentukan isi persembahan anda:

(i) Adakah mereka teman sekerja anda?(ii) Adakah mereka bos anda?

(iii) Adakah mereka pelanggan anda?
(iv) Adakah mereka penonton yang pakar dalam bidang teknikal yang ingin anda persembahkan atau pendengar umum yang cuba memahami idea kasar sahaja? 

(v) Apakah harapan, matlamat dan keperluan mereka terhadap persembahan anda? 
(vi) Apakah tahap pengetahuan dan kebiasaan mereka dengan topik yang anda perkatakan? 
 Persembahan untuk golongan berbeza akan mempengaruhi pilihan bahasa yang akan anda gunakan, kedalaman isi penyampaian dan juga latar belakang persembahan anda. Memahami hasrat dan matlamat pendengar apabila menghadiri persembahan anda juga akan membantu anda memberi fokus kepada topik yang berkaitan.
 Bilangan penonton yang akan mengikuti persembahan juga penting diketahui. Setengah alat bantuan persembahan seperti overhead projector lebih sesuai digunakan untuk bilangan pendengar yang kecil berbanding bilangan yang besar.
 Dua faktor di atas akan memberi kesan terhadap pilihan reka bentuk terperinci persembahan anda.  Antara aspek reka bentuk terperinci yang penting untuk persembahan anda termasuklah

(i) Kombinasi warna. 

(ii) Jenis tulisan. 
(iii) Imej/ikon Interaktif.
(iv) Penggunaan animasi yang sesuai. 
(v) Latar belakang Slide/Theme. 
(vi) Kesesuaian persekitaran – korporat, biasa dan sebagainya.

Panduan umum yang elok diikuti ialah jadikan persembahan anda mudah difahami, menarik diikuti dan bebas dari keserabutan.  
 

Prepare (Bersedia)
 Keperluan kepada persediaan meliputi persediaan diri anda dan persediaan barang-barang keperluan dan sokongan logistik untuk persekitaran persembahan. Penyampai perlu menyediakan diri dengan persediaan minda yang positif sebelum persembahan bermula. Selain dari itu, persediaan tentang jangka waktu persembahan juga perlu dirancang dengan baik. Peralatan-peralatan berkaitan yang diperlukan untuk persembahan perlu dipastikan wujud dan berfungsi dengan baik supaya tidak timbul keadaan kelam kabut ketika persembahan.  Selain dari itu, isi persembahan juga mesti distrukturkan dengan baik untuk memudahkan penonton mengikuti penyampaian anda. Pusat latihan Dale Carnagie menggariskan beberapa tips yang penting untuk ini:
 

(i) Persediaan minda yang positif boleh dihasilkan dengan bertanya pada diri anda, “mengapakah mesej ini amat penting untuk saya”?  

(ii) Susunkan persembahan anda dengan memusatkan kandungannya di sekitar beberapa noktah penting yang anda perlu sokong dengan bukti-bukti dan hujah yang berkesan. 
(iii) Gunakan muqaddimah yang boleh menarik perhatian penonton seperti menggunakan soalan-soalan yang mengejutkan pendengar atau kenyataan-kenyataan yang meninggalkan kesan untuk penonton berfikir atau menyentuh perasaan mereka.  Kebiasaannya bahagian ini mengambil lima hingga sepuluh peratus dari persembahan anda.  
(iv) Penonton biasanya hanya boleh mengingat empat hingga enam noktah berbeza.  Anda perlu menentukan isi-isi penting yang penonton akan ingat dan bawa pulang. Isi-isi penting ini perlu disokong dengan statistik, persaksian dan analogi yang bersesuaian.  Pastikan setiap isi penting ini terjalin dalam jalinan yang licin dan bersambung.  Bahagian isi inilah yang akan membentuk 80 ke 85 kandungan persembahan anda.  (v) Sediakan penutup yang akan menarik perhatian penonton dan akan mereka ingati dan meninggalkan kesan yang berpanjangan.  Penutup seharusnya menyokong objektif awal anda.  Bawa penonton kembali kepada objektif anda atau lemparkan cabaran-cabaran yang bersesuaian kepada mereka untuk meninggalkan bahan pemikiran yang berkekalan kepada mereka selepas kembali. Jelaskan kepada penonton pengharapan anda dan apa tindakan yang anda harapkan tercetus dari persembahan anda ini terhadap mereka.  Penutup seharusnya mengambil lima ke sepuluh peratus dari persembahan anda. 

Practice (Latih)
 Mencuba persembahan anda sebelum mempersembahkannya adalah amalan yang penting untuk dilakukan. Latih dengan membuat persembahan di hadapan  kumpulan kecil yang anda tentukan.  Dapatkan maklum balas dari mereka tentang persembahan anda.  Antara perkara yang boleh diberi perhatian ialah
 (i) Adakah mesej anda jelas? 

(ii) Adakah bukti-bukti anda menyokong noktah penting anda? 
(iii) Adakah bahan-bahan sokongan anda – statistik, grafik dan animasi anda menyokong persembahan dan meninggalkan kesan yang anda harapkan kepada pendengar? 
(iv) Adakah anda memenuhi hasrat dan keperluan pendengar anda?
(v) Adakah anda mencapai matlamat yang anda harapkan? 

(vi) Latihan anda juga perlu mengambil kira jangka masa yang diperlukan untuk persembahan.  
(vii) Lakukan latihan sebegini beberapa kali dengan mencuba teknik dan susunan yang berlainan bagi setiap kali persembahan. Di hujung latihan-latihan ini anda boleh memilih teknik atau susunan yang anda rasa paling berkesan.  

Present (Persembahan)

Selepas segala persiapan dan latihan yang anda lakukan, adalah mengecewakan jika persembahan yang disampaikan tidak menepati sasaran.  Terdapat beberapa tips dan teknik yang penting diberi perhatian ketika hari persembahan anda. Mari kita teliti beberapa panduan dari Pusat Latihan Dale Carnagie:

(i) Letakkan diri anda dalam mod sebagai seorang profesional dalam menyampaikan persembahan anda.  Anda perlu merasakan sebagai diberi keistimewaan untuk menyampaikan persembahan anda.  Di samping itu juga, perasaan ini mesti diiringi dengan perasaan bertanggungjawab dan kesedaran bahawa ini adalah peluang untuk menyampaikan pendapat atau tujuan anda. 

(ii) Hadirkan imej yang positif dan tenang. Sebanyak yang boleh, wujudkan hubungan pandangan mata yang meyakinkan penonton.  Jadilah diri anda dan bercakap dengan selesa.   
(iii) Bercakap dengan kekuatan suara supaya didengari. Perlahankan kelajuan percakapan anda untuk memberi penekanan kepada isi-isi penting. Berhenti sebentar sebelum dan selepas memperkatakan isi penting untuk memisahkannya dari isi lain.  
(iv) Ikhlaskan diri dan bina hubungan yang baik dengan penonton. Libatkan mereka dalam perbincangan. Lontarkan pertanyaan-pertanyaan sepanjang persembahan anda untuk memastikan mereka bersama anda. Jika sesuai dapatkan maklum balas dari mereka selepas persembahan untuk menjadi panduan bagi anda memperbaiki persembahan anda di masa depan.

Selain itu, sediakan masa untuk sesi soal jawab yang agak selesa dengan penonton. Anda juga boleh menyediakan beberapa persoalan untuk dibincangkan dengan penonton supaya penonton dapat memulakan pertanyaan.

Setelah melihat sedikit sebanyak mengenai konsep asas dalam persembahan, mari pula kita mulakan untuk membuat persembahan dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point.

0 comments: