HIMPUNAN SUARA UMMAH 18.8.18
0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
MELIHAT DARI KEADAAN SEKARANG YANG TIDAK MENENTU..HASIL DARIPADA PERTUKARAN KERAJAAN DARIPADA BARISAN NASIONAL KEPADA PAKATAN HARAPAN. BERLAKU SATU PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN DAN CARA PENTADBIRAN YANG BERUBAH..
MASING MASING MENDAKWA MEMBELA DAN MEMARTABATKAN BANGSA DENGAN CARA SENDIRI DAN YANG MEREKA FIKIR BAIK.
DI ATAS KEMENANGAN YANG BESAR DENGAN MANIFESTO 100 HARI JANJI PAKATAN HARAPAN TELAH BERJAYA MEMENANGI PRU TERSEBUT DITAMBAH LAGI DENGAN DAKWAAN DAN PELBAGAI DAKWAAN SALAH LAKU BERKAITAN DS NAJIB DAN 1MDB. WALAUPUN SEHINGGA KINI BELUM DIDAPATI BERSALAH NAMUN PH BERJAYA MEMENANGI PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP BN DAN NAJIB SEHINGGA BN TERSUNGKUR DI PRU INI.
NAMUN ITU ADALAH PROPAGANDA POLITIK YANG MEMPUNYAI SENI PENGARUH YANG HEBAT..TETAPI KINI KITA MEMBICARAKAN HALATUJU ISLAM DAN MELAYU DIBAWAH ERA PH...
ADAKAH DENGAN KEMENANGAN BESAR ITU PH BOLEH MELAKUKAN APA SAJA DI NEGARA KITA BERDASARKAN UNDI RAKYAT..DAN ADAKAHY BENAR MEREKA MENANG BESAR KERANA KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA MEREKA ATAU SEKADAR NAK BN JATUH SAHAJA ATAU TERMAKAN JANJI DAN MANIFESTO MEREKA..
HARI DEMI HARI RAKYAT MENANTI PEMBAHARUAN DAN JALAN TERUS KEHADAPAN YANG PH AKAN BAWA...NAMUN KEADAAN TIDAK SEPERTI YANG DIJANGKAKAN..MANIFESTO TIDAK BERJAYA DILAKSANAKAN WALAUPUN 40%..DS NAJIB MASIH LAGI BELUM TERBUKTI BERSALAH DAN TUDUHAN KEPADA BELIAU TIDAK MELIBATKAN 1MDB..DAN BARU BARU INI LGBT PULA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DAN SEOLAH SEOLAH KERAJAAN SEDIA ADA SEDIA MENGUNDANG BALA ATAS PEMIKIRAN LIBERAL DAN TIDAK BERPAKSIKAN AJARAN ISLAM YANG MENJADI AGAMA RASMI NEGARA KITA..
PERLEMBAGAAN DAN RUKUNEGARA DI PANDANG SEPI DAN MEREKA HANYA MEMIKIRKAN KUASA...SASARAN PEMBELAAN RAKYAT TERPESONG DARI MATLAMAT SEBENARNYA..
MEREKA HANYA BERCERITA KEBURUKAN KERAJAAN LAMA SEDANGKAN MEREKA TERLUPA MEREKA ADALAH KERAJAAN SEDIA ADA DAN SATU TINDAKAN DRASTIK PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYELAMATKAN KEMELUT EKONOMI DAN SOSIAL SEMENJAK MEREKA MENTADBIR NEGARA..
MALAH KINI MEREKA LEBIH SIBUK UNTUK PEMILIHAN PARTI SENDIRI SAMADA PKR DAN PBBM DARIPADA MEMIKIRKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT YANG LAGI TERHIMPIT KESAN KENAIKAN HARGA BARANG KERANA PENGUTKUASAAN SST BERMULA BULAN SEMBILAN INI.
RAKYAT PERLU BERSUARA DAN PERLU MENUNJUKKAN KETIDAK SELESAAN DENGAN KEADAAN SEKARANG..
KITA BUKAN MENYOKONG KEGANASAN TETAPI INILAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MEMBERIKAN SATU ISYARAT YANG KERAS BERKAITAN KEGAGALAN MEREKA MENTADBIR DALAM 100 HARI INI...
BOLEH KLIK UNTUK TAMBAHAN MAKLUMAT : -
(1) ISU LGBT
(2) ISU RAJA / SULTAN
(3) ISU MANIFESTO
(4) PEMIMPIN BELIA DITUDUH MACAI POLITIK
(5) MENTERI KEWANGAN SALAH LAPOR - TIDAK CEKAP
(6) MENTERI DAP DAKWA MELAYU PENDATANG
(7) BANTUAN KEBAJIKAN TERTENTU DIHENTIKAN
"PERTAHANKAN RUKUNEGARA"
"PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA"
KAMI RAKYAT MALAYSIA