MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

CHIN PENG DAN PKM

0



Satu lagi faktor yang menggerakkan tindakan revolusi ialah pertukaran pucuk pimpinan PKM dari Loi Teck kepada Chin Peng pada bulan March 1947. Pada masa itu beliau ialah Pengerusi PKM negeri Perak yang bersikap militan kerana peranannya dalam perang gerila semasa Jepun dan bersama Force 136. Satu lagi faktor ialah pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang merupakan satu tamparan hebat dan kekalahan kepada perjuangan golongan kiri yang menjadi dokongan PKM. 

Sebagai memenuhi arahan yang ditetapkan di Culcutta, Chin Peng telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Singapura pada 21 March 1948. Keputusannya difahamkan ialah menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu secara keganasan dan bersenjata

Tarikh pelancaran pemberontakan akan ditentukan berdasarkan perkembangan dan peristiwa semasa. 

Namun usaha-usaha awal telah dijalankan sebagaimana yang dinyatakan dalam perbincangan di atas. Menjelang bulan Jun 1948, keadaan menjadi semakin tegang. Tindakan mogok dan ancaman keselamatan semakin serius. Dilaporkan dalam satu sidang akhbar Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 13 Jun menyatakan telah berlaku sepuluh kejadian pembunuhan dan tiga kes serangan ke atas pengurus ladang getah di seluruh negara dalam beberapa hari ini. 

Dianggarkan dari bulan Oktober 1945 hingga Disember 1947, sebanyak 191 kejadian pembunuhan berlaku dan dalam masa enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 kejadian lagi. 

Kejadian begini berterusan. Pada 16 Jun, tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh di Sungai Siput, Perak. Atas desakan tuan punya ladang dan juga lombong-lombong yang menjadi tumpuan utama gerakan komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi mengisytiharkan darurat ke seluruh negara pada hari yang sama berpandukan undang-undang BMA (Essential Regulation Proclamation). 

Apabila Rang Undang-undang Peraturan Darurat (Emergency Regulation Bill) diluluskan oleh Sidang Majlis Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948, undang-undang BMA di atas telah dibatalkan

0 comments: