Kebakaran Tiga Buah Rumah Teres
0
Ibu Tunggal & Cucu Antara Yang Terselamat
GADEK, 24 Jan - Seorang ibu tunggal bersama cucunya terselamat apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kebakaran tiga rumah teres kos rendah sederet di Taman Perumahan Kos Rendah Bukit Nangka di sini, lewat malam tadi.
Api yang marak begitu cepat dalam kejadian kira-kira jam 11.00 malam itu turut merosakkan dua buah rumah bersebelahan yang didiami, Samsiah Salim bersama dua anaknya dan Azilina Lajis, 37 juga bersama dua anaknya.
Ibu tunggal terbabit, Esah Dollah, 67 bersama cucunya, Ansyirah Samsudin, 5 serta mangsa-mangsa lain berjaya diselamatkan oleh jiran-jiran.
Rumah yang didiami Esah hangus dalam kejadian itu yang turut memusnahkan barangan elektrik, perabut, kain baju dan sebagainya manakala rumah Samsiah dan Azilina hanya mengalami kerosakan selepas disambar api.
Tiada kemalangan jiwa dilapurkan dalam kejadian itu.
Dua buah jentera bomba berserta 10 orang anggota diketuai Pegawai Operasi K. Karuppanan yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 11.08 malam berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.Karuppanan ketika dihubungi berkata, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan, termasuk kerugian harta benda mangsa kebakaran.Sementara itu ketika ditemui, Esah bersyukur kerana cucunya dapat diselamatkan oleh jiran ketika api sedang marak.“Ketika kejadian, kami berdua sedang nyenyak tidur, sebaik tersedar kami melihat api sedang marak bermula di bahagian dapur rumah,” katanya.Menurutnya, dalam sekelip mata kesemua harta benda dalam rumahnya musnah dijilat api, hanya dokumen penting antaranya My Kad dapat di selamatkan.Beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Alor Gajah menyewa rumah berkenaan bersama cucunya lebih lima tahun lalu, reda terhadap kejadian itu.Sementara itu, seorang lagi mangsa, Samsiah Salim menyifatkan kebakaran itu adalah ketentuan Allah S.W.T. dan mereka bersyukur kerana nyawa mereka terselamat dalam kejadian itu Samsiah berkata, kerugian ditaksir kira-kira RM25,000 kerana sebahagian rumahnya itu termasuk harta benda musnah dijilat.
Azilina pula berkata, dia bernasib baik rumah yang disewanya itu hanya mengalami kerosakan pada bahagian bilik tidur sahaja selepas pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Gadek, Datuk Abd Ghafaar Atan ketika melakukan lawatan mengejut malam tadi bersimpati nasib mangsa ditimpa bencana itu.Beliau turut menyampaikan bantuan RM500 kepada keluarga terbabit