MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SILAT DAN MELAYU

0
Seni Silat dan Melayu sudah sinonim dan tidak boleh dipisahkan.Apabila disebut silat maka pengamalnya adalah melayu yang beragama Islam.Apabila ada bangsa lain yang mengamalkan silat maka boleh dipertikaikan kesenian , keaslian dan pakaian luarnya.Kerana silat mempunyai pakaian luar dan dalam. Pakaian luar menjurus kepada persiapan fizikal untuk bersilat sebaliknya pakaian dalam menjurus kepada ilmu kebatinan dan kerohanian.Walau pelbagai pihak mengkaji asal usul silat sehinggakan ada yang mengatakan silat berasal dari india mahupun dari china maka hari ini rata-rata guru silat berpegang bahawa Silat adalah anugerah Allah kepada Melayu untuk dikembangkan dan dijaga kesuciannya kerana silat mempunyai nilai-nilai yang tersendiri.Tidak boleh disamakan dengan taekwondo , karate , kung fu , silambam dsb tetapi ia adalah pakaian para pendekar (pandai akal ) dan pahlawan (pahalawan-orang yang banyak beribadah) yang dimiliki Melayu dalam Nusantara.Terlalu besar jasa Silat untuk Melayu dari sebuah Negara empayar sehingga dijajah dan kini telah merdeka silat tetap berbakti kepada Melayu dan terus kekal sebagai warisan bangsa yang berharga dan terpelihara. BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA.


Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Melaka
Guru Utama : YDP Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid
Penasihat : Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Rasip Al Qadiri

0 comments: