MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PUNCA MASALAH PENGGUNAAN ALLAH - SINAR HARIAN 22/01/2010

0


KUALA LUMPUR – Punca masalah penggunaan perkataan Allah dalam kalangan Islam dan Kristian wujud kerana konsep terjemahan Allah yang berlainan antara penganut kedua agama itu, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), kata Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menurut bekas Perdana Menteri itu, penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly tidak menepati konsep tuhan yang satu, seperti yang diajar dalam agama Islam, dan ia boleh menimbulkan kemarahan dan kekeliruan umat Islam. “Krisis ini berpunca daripada terjemahan yang salah oleh Kristian berhubung penggunaan nama Allah. Kita menggunakan Allah merujuk kepada Tuhan yang satu, tetapi Kristian ada konsep tiga tuhan.
“Justeru, Ikim menegaskan sekali lagi pendiriannya bahawa kemelut ini telah menimbulkan kekeliruan, kecelaruan dan kesan yang negatif, bukan sahaja kepada orang Islam, bahkan kepada penganut agama Kristian serta tidak membawa kebaikan kepada hubungan agama terbabit,” katanya pada sidang media selepas Muzakarah Pakar ‘Terjemahan God sebagai Allah: Mengenal pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya’ di Ikim semalam. Ditanya sama ada krisis ini perlu diselesaikan di mahkamah ataupun melalui perbincangan antara penganut agama, Abdullah berkata krisis ini memerlukan dialog dan perbincangan serta mengambil kira pandangan pakar-pakar sebelum menyelesaikannya di mahkamah.
“Kita kena mula dengan dialog dan perbincangan. Itu yang paling penting. Setelah faham keadaan sebenar dan bawa ke mahkamah, jadi tidak mengapalah,” katanya.
Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata masalah berkaitan perkara itu perlu diselesaikan segera sebelum ia merebak menjadi krisis yang lebih besar.
“Masalah ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana isu agama amat sensitif dan ia perlu diselesaikan dengan cara berdialog dan semangat musyawarah,” katanya.
Abdullah berkata, apa pun perbincangan yang diadakan, ia harus mempersetujui bahawa kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama supaya dapat diteruskan dalam suasana aman dan harmoni.
“Muzakarah pakar ini akan disusuli dengan perbincangan bertajuk ‘Mengurus Krisis Antara Agama’ Isnin ini dengan semua pemimpin Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao,” katanya.
Persidangan semalam dihadiri 70 peserta daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri, ahli-ahli akademik dari institusi pengajian tinggi, badan-badan dakwah dan badan-badan bukan kerajaan Islam.
Antara pemimpin parti yang hadir adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nor Manuty dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

0 comments: