MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERTUBUHAN SENI SILAT ABJAD (ASLI) MALAYSIA GELANGGANG TAMAN SERI KEMUNING

0

Sebuah lagi gelanggang silat diwujudkan demi memastikan seni silat melayu terus berkembang dan terpelihara di bumi Hang Tuah ini. Seni Silat Abjad telah memperluaskan gerak silatnya di negeri Melaka dengan membuka gelanggang di Taman Seri Kemuning di bawah anjuran JKKK , Jawatankuasa Taman , Pemuda UMNO Cawangan dan Gerakan Belia 4B Cawangan Kemuning. 

Usaha ini perlu disokong dan dibantu bagi memastikan kewujudan lebih banyak gelanggang silat pelbagai aliran dinegeri Melaka.Jurulatih gelanggang tersebut Ridzuan bin Mohd Saddan yang telah ditauliahkan untuk mengajar gerak silat ini dinegeri Melaka.Ketua gelanggang yang merupakan penduduk taman Mohd Khan bin Abd Rahman dan dibantu oleh Tuan Sidang Md Ali bin Jani dan rakan seperguruan Encik Sadi bin Mohamad. 

Gelanggang dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada sebelah malam selepas Isyak sehingaa jam 11.00 malam. Gelanggang cawangan ini telah dibuka pada bulan November yang lepas. Setakat kini seramai 30 orang belia dan pemuda Kemuning telah mengikuti latihan tersebut.Kami telah mengambil inisiatif untuk memastikan warisan melayu terus berkembang di dada setiap anak muda melayu di mana mereka adalah pewaris perjuangan bangsa perlu tahu gerak asas silat dan menggembangkannya. 

Dan kami mohon setiap agensi kerajaan dan swasta berganding bahu bagi memastikan silat terus dibantu untuk memastikan keasliannya dan dikembangkan , kata Mohd Zain bin Jani Ketua Gerakan Belia 4B Cawangan Kemuning ketika lawatan turun padang Pengerusi Belia 4B Kawasan Alor Gajah Encik Suhaizan bin Haji Noh , Faizal Mohd Yusof Jawatankuasa GB4B , Shahril Rohaizat Natershah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kemuning , Nor Azlan bin Haji Kudin Pemuda UMNO Alor Gajah -GB4BAG

0 comments: