MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PENUBUHAN PAPIM MALAYSIA

0

PAPIM telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2006 dengan nombor pendaftaran 0484-06-SEL dan beralamat No. 1, Jalan Meranti 8A/7, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang kali Selangor. Badan ini dikenali sebagai BADAN KELUARGA atau lebih mesra dipanggil BADAN ADIK BERADIK. Ianya seolah-olah dilahirkan dari SEPERUT-SEIBU yang mana sama-sama merasai dan bertanggungjawab dalam mengukukuhkan lagi ikatan kekeluargaan atau SEBAGAI SATU BAPA (Ayahanda) yang bertanggungjawab luas di semua bidang perjuangan yang amanahkan sebagai perjanjian awal yang sama-sama diterima dengan kerelaan hati lebih-lebih lagi perjanjian kita dengan ALLAH semasa di Alam Roh dulu, termasuk Roh orang Islam dan Roh Kafir. Semuanya menjawab serentak YA! kamulah Tuhan kami sebenarnya . Menurut segala perintahMU dan Meninggalkan yang dilarang. Sebenarnya BADAN AYAHANDA ini sudah lama diujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.Maksudnya jawatankuasa BADAN AYAHANDA ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Perdana Menteri (Pak Lah) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak. Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU ) mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

0 comments: