MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN BILIK GERAKAN JPAM DI SELANDAR

0

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN BILIK GERAKAN
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)
DI PEKAN SELANDAR
UNTUK KEGUNAAN SELURUH DUN ASAHAN


OLEH
PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN


PENDAHULUAN
Pekan Selandar adalah merupakan sebuah pekan dipinggir bandar  yang sedang membangun kerana mendapat percikan pembangunan dari Bandar Jasin dan Bandar Alor Gajah. Walaupun pekan Selandar termasuk dalam gazet kawasan tadahan hujan tetapi Selandar telah menjadi tempat pilihan untuk penginapan dan industri pemakanan dan aktiviti aktiviti pembangunan yang tidak melibatkan pencemaran alam dan ekosistem atau ekologi kehidupan. Dan Pekan Selandar telah berupaya menjadi sebuah pekan yang membangun berasakan teknologi hijau yang menjadi tema Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau.

LATARBELAKANG
Bantuan kecemasan awal adalah perlu di kawasan selandar ini kerana kedudukan pekan selandar sejauh 20 km dari pekan jasin dan 40 km dari pekan Alor Gajah. Memandangkan penempatan sekeliling pekan selandar yang kian mengembang hasil peningkatan aktiviti ekonomi telah mendorong pekan selandar kian pesat dengan aktivti seharian. Selandar juga menjadi laluan utama dari pekan Gemencheh dan Air Kuning ke Negeri Melaka dan juga menjadi laluan kepada lori-lori membawa hasil pasir dan hutan ke kilang kilang yang terletak di Melaka. Ini menjadikan laluan di pekan selandar amat sibuk dan ini telah meningkatkan risiko kemalangan jalanraya. Ditambahlagi dengan permukaan dan keadaan jalanraya yang uzur yang menyumbangkan risiko kemalangan yang besar. Pembinaan rumah-rumah dan penempatan rakyat dimana kos rumah sederhana beranggaran RM 80,000.00 ke 250,000.00 telah banyak dibina samada taman perumahan atau individu telah meningkatkan kebarangkalian untuk kebakaran dan litar pintas elektrik . Kadangkala bencana alam juga sering berlaku kerana kawasan selandar pernah dilanda banjir besar dan rebut sejak 10 tahun yang lepas. Dan ini telah mendorong kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan satu agensi kerajaan yang berupaya memberi bantuan awal untuk menangani kes kes kecemasan. Ini juga ditambahlagi dengan pembinaan stesyen keretapi tercanggih di negeri Melaka iaitu di batang Melaka dengan menyediakan perkhidmatan landasan berkembar perjalanan Utara dan Selatan.

LOKASI
1.       Berada didalam kawasan pentadbiran daerah Jasin iaitu Pejabat Daerah Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin , Melaka
2.       Berada didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan
3.       Berada didalam Parlimen Alor Gajah
4.       Berada didalam kawasan politik Bahagian Alor Gajah

KEJADIAN / FAKTA
1.       Pada bulan April tahun 2010 telah berlaku kemalangan di persimpangan medan selera selandar melibatkan motorsikal dengan lori pasir yang mengakibatkan kecederaan parah dikepala. Bantuan segera tidak dapat berikan oleh pihak klinik Selandar kerana tiada kemudahan ambulance dan kurang kakitangan. Setelah beberapa lama menunggu bantuan tiba menyebabkan mangsa kemalangan yang parah itu meninggal dunia kerana tiada bantuan kecemasan awalan diberikan.
2.       Pada bulan September tahun 2011 telah berlaku kemalangan dihadapan pejabat UMNO Alor Gajah diantara motorsikal dan kereta yang menyebabkan pemandu motorsikal tersebut patah kaki. Bantuan kecemasan awalan tidak dapat diberikan dan tiada perkhidmatan ambulance segera dapat diberikan untuk ke hospital Jasin sejauh 20km. Ini memaksa orang ramai menggunakan kenderaan Toyota Hi-Lux untuk menghantar mangsa ke hospital.
3.       Pada awal tahun 2010 juga telah berlaku bencana alam seperti banjir di awal pagi menyebabkan bantuan lewat diterima dan meningkatkan kerugian diakalangan mangsa banjir. 

PENDUDUK DAN PENEMPATAN
1.       Jumlah penduduk sekitar seramai 20,000 orang
2.       Terdapat 6 buah taman berdekatan
3.       Pola penempatan berpusat di pekan Selandar , Pekan Batang Melaka dan Pekan Nyalas
4.       Pola penempatan berjajar meliputi kampong Selandar , kampong Bukit Senggeh , Kampung Jus , Kampung Mantai , kampong kesang pajak dan Kampung Gapis.
5.       Faktor berpusat adalah kerana pekan , pusat ekonomi seperti IKS dan Felda dan pusat pendidikan seperti Sekolah Integrasi , Institut Latihan Perindustrian , Kolej Komuniti dan kolej Pekida Malaysia.

FAKTOR PENDESAK KEPERLUAN BILIK GERAKAN JPAM
1.       Jumlah penduduk yang kian bertambah dari masa kesemasa
2.       Peningkatan aktiviti ekonomi dan pembangunan  pertanian dan perindusrian green-tech.
3.       Pewujudan institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti , Institut Latihan Perindustrian , Sekolah Integrasi , Sekolah Agama Berasrama Penuh , Kolej Pekida Malaysia dan sekolah berhampiran.
4.       Laluan atau jalan utama daripada pekan Gemencheh , Air Kuning , Felda felda gugusan Keratong , Jelai , Kepis , Palong dan sebagainya dari Negeri Sembilan untuk kenegeri Melaka.
5.       Persediaan berlaku bencana alam seperti banjir dan ribut kerana bencana ini pernah berlaku 10 tahun sejak kebelakangan ini.

PENUTUP DAN HARAPAN
1.       Besar harapan kami agar Kerajaan dibawah Barisan Nasional memandang serius keperluan bilik gerakan JPAM ini dikawasan selandar.
2.       Pewujudan bilik gerakan ini sebagai satu bukti jelas dan nyata kerajaan mementingkan kebajikan dan keselamatan rakyat kerana kedudukan kawasan Selandar dan Dun Asahan ini dipinggir pinggir Bandar dan juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan symbol 1 Malaysia.
3.       Kami bersetuju dan menyokong apa saja keputusan untuk meletakkan bilik gerakan JPAM di dalam kawasan pekan selandar ini asalkan ianya memberi menafaat kepada penduduk Selandar dan Dun Asahan sekitarnya.
4.       Rakyat akan berterimakasih dan sentiasa bersama Kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan BN adalah kemenangan mutlak di Dun Asahan dan Parlimen Alor Gajah.
 
1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
UMNO JUARA RAKYAT
 
Yang Menjalankan Tugas,
 
(SUHAIZAN BIN HAJI NOH PJK,PBB)
Pengerusi Penyelaras
Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan
follow on twitter SUHAIZANNOH
Tel : 012-3311452
Email : suhaizan78@gmail.com

0 comments:

persiapan terakhir majlis perasmian bangunan UMNO Alor Gajah di Selandar

0
pergerakan pemuda UMNO AG bersama YB Senator Baharudin membantu urusetia pada malam ini untuk persiapan terakhir di pejabat UMNO Bah Alor Gajah..menyusun kerusi,memantau bendera dan memasang backdrop dsb yang berkaitan..
Pada malam ini juga ada pemuda yg mengawal keselamatan barang barang dikawasan berkaitan..
Yb Datuk Wahab juga memantau kerja kerja akhir untuk memastikan prog perasmian esok berjalan lancar dan mengikut perancangan..

0 comments:

MESYUARAT JK SUKANEKA JKKK KG ABBEY/PONDOK BATANG

0
26hb cuti depavalii yang penuh program....selepas dari memasang bandera umno dan bn di selandar saya telah bergegas pulang ke kampung untuk menghadiri mesyuarat jk sukaneka kg yang dipengerusi oleh En Usly bin Abu pengerusi JKKK kampung abbey pondok batang
banyak program telah dirangka untuk memeriahkan lagi sukaneka yang akan diadakan pada 26 hb november 2011 di pandang rekereasi kg abbey.
saya amat berterimakasih kepada jkkk kampung dan rakan rakan pemuda belia dan puteri kerana telah bersama sama dalam menjayakan mesyuarat tersebut dan akan bersama-sama nanti menjayakan program sukaneka tersebut.
tahniah dan syabas..

0 comments:

TERJAH ZIARAH DI NYALAS

0
shahril bersama mangsa kemalangan 
ketika berehat bersama keluarga dirumah semasa cuti depavali semalam saya telah dihubungi shahril nyalas utk bersama dengan pemuda dan belia nyalas terjah ziarah dirumah ahli belia mereka yang baru sahaja kemalangan jalanraya minggu lepas... berlanggar dengan kucing yang melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan.
beliau yang ingin membeli burger terpaksa membatalkan hajatnya apabila terbabit dalam kemalangan tersebut..sehingga menyebabkan kucing tersebut mati ditempat kemalangan.
kita sama sama berdoa agar belia ini cepat sihat dan beransur pulih.
selepas itu kami ke taman nyalas permai menziarahi pemuda yang baru seminggu keluar dari hospital kerana jangkitan kuman di paru paru.
walaupun lawatan ini serba ringkas ini telah berjaya menjadikan pemuda dan belia lebih dekat dengan masyarakat setempat.
tahniah dan syabas

0 comments:

GOTONG ROYONG PEMUDA UMNO BAHAGIAN AG MEMASANG BENDERA

0

gotong royong ini bermula dari jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam pada 26 Oktober semalam.ini adalah sebagai persiapan untuk program @ majlis perasmian bangunan UMNO bahagaian Alor gajah di pekan selandar. jentera pemuda yang diketuai oleh man toron telah diamanahkan untuk memasang bendera dari sempang machap air pasir sehingga bulatan di pekan selandar di kiri dan kanan jalan. bermula dekorasi bendera di pejabat UMNO bahagian AG sehingga dikiri dan kanan jalan.
walaupun dipertengahan program pasukan kami terpaksa menghentikan kerja kerja pemasangan bandera kerana hujan lebat dan masalah kayu yang kurang..tetapi setelah hujan program dijalankan sehingga malam..
terimakasih kepada rakan rakan pemuda yang hadir dan telah bersama sama menunjukan komitmen untuk membantu melancarkan program pada hari tersebut.
tahniah kengkawan semua....HEBAT PEMUDA UMNO AG

0 comments:

GOTONG ROYONG PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH MEMASANG BENDERA

0
terimakasih kepada rakan rakan pemuda UMNO bahagian Alor Gajah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja yang telah diamanahkan untuk memasang bendera UMNO dan BN sempena majlis perasmian bangunan UMNO oleh YB Datuk Seri Hishamudin pada 28 Oktober ini jam 3.00 petang.
komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemuda UMNO bahagian Alor Gajah yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bah AG iaitu Sdr Azman Che Mat.
Memasang bendera sepanjang 2km dari simpang machap air pasir sehingga pejabat UMNO Bahagian Alor Gajah dan disekitar pejabat UMNO bahagian AG di pekan Selandar.
Ukhuwah yang terjalin dan walaupun telah teruji terus memantapkan semangat setiakawan diakalangan kami.
Pic akan diupload secepat mungkin untuk sama sama kita berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang memasang bendera ini..walaupun hujan pemuda AG terus bersemangat memasang bendera sehingga malam.
Tahniah Pemuda AG....

0 comments:

HIMPUN SEJUTA UMAT MENOLAK GEJALA MURTAD BERLELUASA

0
PADA HARI INI TERCIPTA SEJARAH SATU PERHIMPUNAN YANG MENOLAK GEJALA MURTAD DI NEGARA KITA YANG DIADAKAN DI STADIUM SHAH ALAM SELANGOR..BERMULA DENGAN SEJARAH NATRAH NEGARA KITA TIDAK SUNYI DARI MASALAH MURTAD YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.GEJALA INI BUKAN HANYA DIBEBANKAN ATAU DITANGGUNG OLEH SATU PIHAK SAHAJA TETAPI IA MEMERLUKAN KERJASAMA DARI SEMUA PIHAK YANG SAYANG ISLAM DI NEGARA KITA.OLEH KERNA ITU PERHIMPUNAN INI DIADAKAN TIDAK BERLANDASKAN POLITIK ATAU FAHAMAN SEMPIT SEBALIKNYA BERASASKAN SAYANG PADA KESUCIAN ISLAM.WALAUPUN PAS PARTI YANG MENDAKWA MEMPERJUANGKAN ISLAM TELAH MENARIK DIRI DARI MENYERTAI PERHIMPUNAN INI.MEREKA SANGGUP BERSETONGKOL DENGAN AMBIGA YANG MENYOKONG MURTAD UTK PERHIMPUNAN BERSIH YANG LEPAS TETAPI TIDAK MEMBERI KERJASAMA UTK PERHIMPUNAN MULIA INI.

0 comments:

SEMANGAT 1 MALAYSIA LAMA BERSEMI DI DUN ASAHAN

0

PEMUDA UMNO DUN ASAHAN KOMITED PADA PERJUANGAN PARTI DAN KERANA SEMANGAT UKHUWAH BN DAN 1 MALAYSIA TELAH LAMA BERSEMI DISINI DENGAN SUBUR.DAN PASTINYA KAMI MENUNTUT PERUBAHAN DRASTIK KALI INI DENGAN BERASASKN SEMANGAT 1MALAYSIA....BERILAH KAMI CAHAYA DAN SINAR BARU DI DUN ASAHAN DENGAN PANJI PARTI KERAMAT UMNO TERUS BERKIBAR MEGAH DI BUMI BERTUAH DUN ASAHAN.TIDAK SALAH JIKA PENGORBANAN KAMI DISINI SELAMA INI DIBALAS DENGAN MERAH PUTIH BERSISIP KERIS HIJAU DITENGAH BERKIBAR MEGAH KALI INI DI DUN ASAHAN....

0 comments:

CADANGAN BILIK GERAKAN JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPA)

0

PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN menyokong penuh cadangan daripada sdr Rani setiausaha kerja UMNO Bahagian Alor Gajah apabila mencadangkan rumah lama berek polis di pekan selandar untuk dijadikan bilik gerakan atau cawangan Jabatan Pertahanan Awam di selandar. Ini adalah keperluan yang mendesak supaya diadakan satu agensi keselamatan dari segi pertolongan cemas untuk mengawal dikawasan selandar yang melibatkan beribu ribu penduduk dikawasan sekeliling.
pernah berlaku di pekan selandar mangsa kemalangan terpaksa menumpang kenderaan persendirian kerana ambulance tiada semasa kemalangan..ini adalah kerana dikawasan tersebut tidak disediakan kemudahan ambulan secara tetap.
dengan adanya JPA nanti sedikit sebanyak dapat membantu rawatan awal kepada mangsa kemalangan samada jalanraya atau kecelakaaan lain.
Selandar merupakan kawasan penempatan yang pesat membangun dengan lebih daripada 5 rumah awam telah ada..meliputi banyak pusat pengajian seperti ILP,Kolej Komuniti dan sekolah berasrama penuh. Kawasan jagaan tersebut sehingga bukit sedanan , machap air pasir , batang melaka , kesang pajak , bkt senggeh dan kampung jus.
Satu kertas kerja juga sedang dirangka oleh pihak pemuda bagi memastikan kemudahan JPA dapat direalisasikan oleh kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan dan keselesaan rakyat..

DUN ASAHAN MEMPUNYAI 19 CAWANGAN NAMUN AMAT MENGECEWAKAN TIADA AGENSI BANTUAN KECEMASAN AWAL DITEMPATKAN.
BALAI BOMBA,AMBULANS 20 MINIT PERJALANAN DARI BANDAR JASIN

KAMI MENCADANGKAN BILIK GERAKAN JPA ITU DILETAKKAN DIDALAM PEKAN SELANDAR KERANA KEDUDUKAN YANG SESUAI DAN TERDAPAT BANGUNAN KERAJAAN DISITU

KERTAS KERJA YANG COMPLETE AKAN DISERAHKAN TAK LAMA LAGI UNTUK KEBAJIKAN PENDUDUK DUN ASAHAN..

0 comments:

MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA

0
TARIKH : 19 OKTOBER 2011 ,
JAM        : 9.00 MALAM
LOKAI   : PEJABAT GERAKAN BELIA 4B MELAKA

EN RAMLI SU ALUMNI 4B MELAKA JUGA TURUT HADIR

NIZAM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT

mesyuarat pada malam ini hanya berkisar kepada pentadbiran dan aktiviti yang akan diadakan sehingga hujung tahun ini.banyak lagi cawangan cawangan yang belum menghantar borang 9 dan ini menjadikan kelemahan paling nyata dalam pentadbiran belia kita. pengerusi menegaskan mana mana cawangan yg belom menghantar borang 9 boleh berhadapan dengan masalh pembatalan ROY dan ini juga telah ditegaskan oleh ROY. besar harapn pengrusi negeri supaya setiap kawasan dapat menyelesikan seberapa segera borang 9
satu program hari keluarga akan diadakan bersama alumni 4B di wonderlad melaka pada bulan november ini dan pelbgai aktivti dirangka.
mesyuarat negeri akan diadakan pada 26 disember 2011 di seri negeri melaka


0 comments:

TAHNIAH YB DATUK WIRA IDRIS HARON

0

TANIAH YB DATUK WIRA HAJI IR IDRIS HARON MP TANGGA BATU YANG JUGA MERUPAKAN SEORANG PEMIMPIN YANG LAHIR DARI KEM GERAKAN BELIA 4B DAN JUGA PEMUDA UMNO. BELIAU SEORANG PEMIMPIN MUDA YANG BERKERISMA DAN DEDIKASI MENJADI IDOLA DAN IKUTAN PEMIMPIN MUDA KETIKA INI..SAYA SECARA PERIBADI AMAT MENGHORMATI BELIAU SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN MUDA YANG BERKEBOLEHAN DAN MEMPUNYAI BAKAT KEPIMPINAN YANG TERBUKTI.
BARU BARU INI YB DATUK WIRA TELAH MEWAKILI MALAYSIA DALAM PERHIMPUNAN BANGSA BANGSA BERSATU DALAM SLOT MESYUARAT SUKAN UNTUK KEAMANAN DAN PEMBANGUNAN.
KERAJAAN MALAYSIA MEMILIH BELIAU ADALAH SATU PILIHAN YANG TEPAT DAN KAMI PERCAYA KEWIBAWAAN YANG ADA PADA BELIAU MAMPU MEMACU USAHA YANG BERTERUSAN MEMARTABATKAN MALAYSIA DI NEGARA LUAR.
TERUSKAN KEHEBATAN SEBAGAI ANAK MELAKA YANG BERTUAH..
TAHNIAH YB DATUK WIRA.......
YB DATUK WIRA IR HJ IDRIS HARON SEMASA DI PROGRAM
PEMUDA UMNO DUN ASAHAN

0 comments:

SASARAN KERJA TAHUNAN MPJ 2012

0
MINGGU lepas saya dan rakan rakan ketua jabatan di mpj bersama YDP Haji Murad telah mengikuti kursus sasaran kerja tahunan.
sasaran kali ini lebih kepada pembangunan inovasi dan idea kreatif untuk menjadikan mpj setanding dan lebih baik dengan pbt pbt lain.
pelbagai aktiviti juga diadakan dengan ceramah motivasi , gerak kerja berpasukan dan sebagainya.
hasilnya kami telah menyulam formula skt pada tahun ini dengan baik merangkumi kemajuan,kebajikan dan keselesaan penduduk jasin kesuluruhannya..
tahniah dan syabas MPJ

0 comments:

KOBERA DUN ASAHAN - TAHNIAH

0

KOBERA @ Koperasi Bela Rakyat adalah salah satu cara untuk kerajaan membantu rakyat miskin dalam sesebuah dun dengan pegangan saham yang dimiliki oleh mereka..kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM 30k untuk menggerakkan koperasi ini. Tahniah diucapkan kepada barisan JK penaja koperasi kobera peringkat dun Asahan kerana berjaya menubuhkan koperasi ini dan dimaklumkan dimelaka hanya dun Asahan dan dun Sg Rambai sahaja yang berjaya menubuhkan koperasi sebegini.
Geran RM 30k ini perlu digunakan sebaik mungkin supaya objektif penubuhan kobera ini dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik. Koperasi perlu mempunyai kemahiran atau kepakaran tersendiri dalam menjalankan sesebuah perniagaan dan jabatan atau agensi kerajaan perlu membantu menjayakan koperasi ini. Kami barisan pemuda amat berharap agar kobera ini menepati objektif dan telus dalam membantu rakyat dun Asahan.
terimakasih kepada YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Atan dan YB Datuk R Perumal di atas pelancaran kobera ini diperingkat dun Asahan....TAHNIAH.

0 comments:

PENGANUGERAHAN BINTANG DARI SBY PRESIDEN INDONESIA KEPADA YDP AGUNG DIKRITIK

0
Isu ganyang malaysia sudah lama dimainkan oleh rakyat indonesia yang tidak berpuas hati yang sebanarnya tidak mempunyai pengetahuan atau pendedahan yang khusus tentang hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia..mereka yang dinamakan Bendera saban hari mengadakan demontrasi mengencam kerajaan Malaysia yang dikatakan cuba mencabul kedaulatan sempadan negara dan dikatakan mencuri warisan indonesia..
kenapa perkara ini masih berlaku walaupun keadaan zaman yang kian maju mereka masih lagi jumud dan kaku untuk menerima sebarang perubahan dan menerima bulat bulat fitnah yang dibawa oleh pemfitnah zamansiber..mereka seolah solah langsung tidak mengakui bahawa ramai warga Indonesia yang telah berjaya dari segi ekonomi dan kehidupan kerana bekerja dan menumpang rahmat rezeki di negara Malaysia yang aman damai.
Sudah pasti perkara ini amat menghairankan ketika kerajaan Malaysia sedaya upaya memberikan bakti yang ikhlas untuk membantu mangsa Tsunami, tanah runtuh banjir dsb di Indonesia. Bagaimana kerajaan Melaka dengan inisiatif DMDI telah mengadakan pembedahan percuma bibir sumbing di sana..Banyak lagi sebenarnya bakti Malaysia kepada Indonesia sedangkan kita belum lihat apakah bakti atau sumbangan paling nyata Indonesia kepada Malaysia..
Siapakah mereka sebenarnya?? sehinggakan tv3 berjaya mendedahkan bahawa mereka sebenarnya diupah dan menjadikan berdemontrasi sebagai kerjaya bagi sesetangah penduduk Indonesia..Itulah sebenarnya berlaku kehidupan disana sehinggakan kita sukar untuk mendapatkan keihkhlasan persahabatan di Indonesia..Namun yang nyata diatas semangat seagama dan serumpun dan walaupun bahasa pertuturan mereka menggunakan bahasa Indonesia namun pabila mereka menyanyi lagu seperti kumpulan Radja , Wali Band , Rossa mereka mudah dan enak menyampaikan lagu yang berbahasa Melayu..cuba rakan rakan amati cerita sinetron sehinggakan kita sukar untuk memahaminya berbanding kita mendengar lagu kumpulan Didali dengan bait bait lirik..aku ingin kan dirimu..datang dan temui aku..kan ku katakan padamu...kenapa lagu ini tidak didendangkan dengan loghat percakapan Indonesia.???
KIta Malaysia mampu berdiri teguh kerana keyakinan dan semangat kita untuk menjadi bangsa yang bertamadun dan berdaulat..hidup saling menyayangi dan menolak segala fitnah yang merosakkan kehidupan..Segalanya boleh diselesaikan dengan keikhlasan dan ukhuwah perbincangan..bukannya dengan wang ringgit atau pampasan gantirugi yang pasti ada pihak yang tidak mempersetujuinya..certita selanjutnya klik disini....KLIK DISINI

0 comments:

PERSAHABATAN DAN POLITIK

0
RAKAN-RAKAN PEMUDA TETAP DIHATI

SALAM kemaafan dan salam perjuangan

apabila kita menceburi dunia politik semua kehidupan akan berubah kerana pemikiran kita akan berubah atau pun di ubah..politik adalah teknik atau cara untuk kita memastikan agenda kita akan terlaksana dan pastinya politik memerlukan sokongan majoriti supaya segala tindakan kita akan mendapat sokongan dan seterusnya mendapat mandat dari penyokong yang ramai..natijahnya kita akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan diri kita kehdapan ataupun dapat menandingi dan menyaingi pencabar kita..
namun adakah itu sebenarnya berlaku..bagi mereka yang meletakkan politik dihadapan itu pasti kerana 100% siang dan malam menjadikan hidup mereka dikuasai pemikiran politik..dan menjadikan mereka selalu berpolimik sendirian dan sehinggakan sukar untuk mempercayai rakan rakan sekeliling..sehinggakan mereka tidak kenal kawan atau lawan...
namun saya berpendirian sahabat itu dihadapan politik....kerana sahabat adalah merupakan amanah dan rakan seperjuangan kita dalam semua lapangan sedangan politik adalah alat atau cara untuk kita bersama kawan@rakan..kenapa kita harus lemas atau sehinggakan mencapai titik infitini dalam diri kita kerana tidak dpt menjumpai jalan penyelesaiannya..
lawatan saya dan rakan rakan pemuda ke cawangan budi malam tadi adalah merupakan ziarah atas nama rakan-rakan..kerana kita dengan budi adalah sahabat dan rakan sehingga kita melupai ikatan politik disesebuah tempat tersebut..apabila rakan kita dalam kesusahan salahkah kita bersamanya..kerana kita tahu kita bukannya org yang mampu mengeluarkan kewangan atau bantuan yang banyak tetapi kita hanya mampu menziarahinya dan meminta beliau agar bersabar dan tenang menghadapi dugaan.
apabila kita berada dalam sesuatu keadaan yang jumud dan terikat inilah yang menyebabkan kita sukar untuk membezakan antara sahabat dan politik..namun saya yakin dan percaya bahawa perjuangan memantapkan ukhuwah melayu dan meninggikan Islam menjulang tiada sempadannya...segala nasihat akan kita genggam menjadi azimat yang berguna dan segala kekecewaan dengan sahabat kita sendiri akan kita jadikan sebagai sempadan...ini adalah permulaan untuk kita mengenal sahabat dan perjalanan kita masih lagi jauh disana..
usah gentar ... usah melatah ... teruskan matlamat kita ... kerna kita yakin dan percaya Allah bersama orang - orang yang benar..
Nasru Minallah.....rapatkan saff ... kita bersatu dibawah panji kebenaran..
salam kemaafan dan salam perjuangan..

SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments:

BENCANA RIBUT DI DUN RUMBIA DAN DUN DURIAN TUNGGAL

0
MANGSA RIBUT DI DUN RUMBIA YANG TINGGAL DI BALAIRAYA KG BARU

BERSAMA BUDI PENGERUSI JKKK MELAWAT RUMAH MANGSA

Sabar dan banyak berdoa itulah kata kata nasihat dan semangat yang mampu diberikan oleh kami kektika melawat mangsa ribut di Dun Rumbia dan dun Durian Tunggal malam tadi..dimaklomkan sebanyak 11 buah rumah yang terlibat di dun rumbia dan 40 lebih rumah yang terlibat di dun durian tunggal.
kami juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat terutamanya jabatan kebajikan yang bertungkus lumus cuba membantu mangsa ribut tersebut. YB Adun juga tidak ketinggalan dalam misi menyelamat dan bantuan kepada mangsa ribut tersebut.

0 comments:

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW CAWANGAN BATANG MELAKA

0
SEDANG MEMBERIKAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUP



PARA PESERTA SEPAK TAKRAW BATANG MELAKA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur program ini iaitu pergerakan pemuda UMNO dan gerakan belia 4B cawangan batang melaka yang telah berjaya mengadakan program ini secara tahunan..saya diperingkat penyelaras dun amat menyokong usaha murni ini dan setiasa menggalakkan pemuda bersama belia mengadakan program diperingkat cawangan..kecil atau besar program itu bukan diukur daripada kemampuan kewangan tetapi setiap objektif program itu adalah sama iaitu untuk perpaduan dan mencungkil bakat dikalangan belia untuk kejayaan cawangan itu sendiri..
TAHNIAH...BERGERAK...HIDUP PEMUDA UMNO..

0 comments:

TAHNIAH KEPADA BAHARUDIN BIN ABU BAKAR DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI SENATOR

0


Saya sebagai seorang sahabat pemuda dan mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator Baharudin Abu Bakar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah di atas perlantikan YBSenator tersebut. Besar harapan kami supaya YBS akan terus berkhidmat memperkasakan suara golongan muda supaya segala cadangan dan pandangan kita akan diterima pakai oleh penentu dasar kerajaan kita. Tentunya isu tentang bantuan pengupayaan persatuan belia, penurunan caj internet,mengurangkan bayaran faedah PTPTN dengan bayaran balik yang lebih lebih fleksibel dan pelbagai isu berkaitan golongan muda harus ditangani bersama..Sesungguhnya saluran 3 dan 4 dalam pilihanraya kelak mampu menentukan kerajaan yang akan dibina kelak..sesungguhnya perjuangan memartabatkan agama bangsa dan negara adalah selari dengan perjuangan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO..selalu selalulah bersama pemuda dan belia dan sentiasa dekat dengan nadi rakyat kerana setiap ahli pemuda @ UMNO walaupun hanya ahli biasa mempunyai tugas dan tanggung jawab yang tinggi bagi memastikan BN dan UMNO terus memegang tampuk pentadbiran setiap negeri dan negara kita..
TAHNIAH dari kami.teruskan AMALAN dan teruskan PERJUANGAN..semuga Allah melindungi dan merahmati kita semua..Insya Allah..


0 comments:

ZIARAH AIDILFITRI DAN MARHABAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN

0


Program ziarah aidilfitri dan marhaban pemuda ini julung julung kali diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama pemuda didalam dun Asahan. didalam keberkatan bulan syawal ini kita dapat bertukar tukar masalah dan pandangan untuk kebaikan dun Asahan yang disayangi..
semuga ukhuwah yang cuba dibina ini akan mendapat keberkatan daripada Allah dengan menolak segala kepentingan diri dan individu...terimakasih kepada rakan rakan pemuda yang turut serta dan bersama dalam program ini...

0 comments:

PROGRAM GENERASI PEMUDA PRIHATIN SEMPENA RAMADHAN 2011

0
PEMUDA DUN ASAHAN SEDANG BERGOTONG ROYONG MEMBERSIH DAN MENGECAT RUMAH WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL DI CAW SELANDAR

YB DATUK ABD GHAFAAR DAN YB DATUK R PERUMAL BERSAMA PEMUDA DAN PUTERI DUN ASAHAN MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI..

PROGRAM GENERASI PEMUDA PRIHATIN RAMADAN DUN ASAHAN ADALAH SALAH SATU PROGRAM KERJASAMA PEMUDA DAN PUTERI DI DUN ASAHAN BERSAMA YB ADUN DAN KETUA UMNO BAHAGIAN UNTUK MEMASTIKAN KEBAJIKAN PENDUDUK DI DUN ASAHAN TERBELA DAN TIDAK TERABAI KEBAJIKAN MEREKA. INI ADALAH SALAH SATU KOMITMEN DAN SEMANGAT YANG TINGGI TELAH DITUJUKAN OLEH GOLONGAN MUDA DUN ASAHAN BAGI MEMASTIKAN SENTIASA BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK DUN TERCINTA.SELEPAS INI BEBERAPA PROGRAM LAGI AKAN DIADAKAN SECARA MENYELURUH UNTUK MEMASTIKAN SEMUA CAWANGAN DALAM DUN ASAHAN DAPAT DAPAT DISELAMI MASALAH MEREKA..
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI..


0 comments:

MAJLIS KHATAM ASAS SILAT DAN MAJLIS PENUTUP GELANGGANG SEMPENA RAMADHAN

0

5 ORANG PEWARIS UTAMA BUNGA PADI PSSKS DAN BADAL PERGURUAN

TUAN DO BERGAMBAR KENANGAN DENGAN YDP GURU UTAMA
DAN BADAL PERGURUAN

ALHAMDULILLAH SEGALA GALA DALAM KETENTUAN-NYA,MAHA PENCIPTA YANG MENJADIKKAN 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI DAN ADA BARANG DI ANTARA KEDUANNYA DAN DISITULAH TINGGALNYA MAKHLUK YANG BERNAMA INSAN ATAU MANUSIA YANG TELAH DITUGASKAN MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI..MAKA DENGAN RASMINYA PENUTUPAN GELANGGANG SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN 2011 DAN KHATAM ASAS PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YG BERBAHAGIA TUAN ROSLAN YUSOFF ,PEGAWAI DAERAH JASIN.
SEMUGA SEGALA YANG KITA JALANKAN DAN ANJURKAN INI MENDAPAT BERKAT DAN SYAFAAT JUA HIDAYAH DARIPADA ALLAH SWT.
TERUSKAN AMALAN , TERUSKAN PERJUANGAN
NURZULFAKAR....PERJUANGAN DARI MATA PEDANG KE MATA KERIS..

0 comments: