MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

CADANGAN BILIK GERAKAN JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPA)

0

PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN menyokong penuh cadangan daripada sdr Rani setiausaha kerja UMNO Bahagian Alor Gajah apabila mencadangkan rumah lama berek polis di pekan selandar untuk dijadikan bilik gerakan atau cawangan Jabatan Pertahanan Awam di selandar. Ini adalah keperluan yang mendesak supaya diadakan satu agensi keselamatan dari segi pertolongan cemas untuk mengawal dikawasan selandar yang melibatkan beribu ribu penduduk dikawasan sekeliling.
pernah berlaku di pekan selandar mangsa kemalangan terpaksa menumpang kenderaan persendirian kerana ambulance tiada semasa kemalangan..ini adalah kerana dikawasan tersebut tidak disediakan kemudahan ambulan secara tetap.
dengan adanya JPA nanti sedikit sebanyak dapat membantu rawatan awal kepada mangsa kemalangan samada jalanraya atau kecelakaaan lain.
Selandar merupakan kawasan penempatan yang pesat membangun dengan lebih daripada 5 rumah awam telah ada..meliputi banyak pusat pengajian seperti ILP,Kolej Komuniti dan sekolah berasrama penuh. Kawasan jagaan tersebut sehingga bukit sedanan , machap air pasir , batang melaka , kesang pajak , bkt senggeh dan kampung jus.
Satu kertas kerja juga sedang dirangka oleh pihak pemuda bagi memastikan kemudahan JPA dapat direalisasikan oleh kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan dan keselesaan rakyat..

DUN ASAHAN MEMPUNYAI 19 CAWANGAN NAMUN AMAT MENGECEWAKAN TIADA AGENSI BANTUAN KECEMASAN AWAL DITEMPATKAN.
BALAI BOMBA,AMBULANS 20 MINIT PERJALANAN DARI BANDAR JASIN

KAMI MENCADANGKAN BILIK GERAKAN JPA ITU DILETAKKAN DIDALAM PEKAN SELANDAR KERANA KEDUDUKAN YANG SESUAI DAN TERDAPAT BANGUNAN KERAJAAN DISITU

KERTAS KERJA YANG COMPLETE AKAN DISERAHKAN TAK LAMA LAGI UNTUK KEBAJIKAN PENDUDUK DUN ASAHAN..

0 comments: