MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TAHNIAH KEPADA BAHARUDIN BIN ABU BAKAR DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI SENATOR

0


Saya sebagai seorang sahabat pemuda dan mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator Baharudin Abu Bakar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah di atas perlantikan YBSenator tersebut. Besar harapan kami supaya YBS akan terus berkhidmat memperkasakan suara golongan muda supaya segala cadangan dan pandangan kita akan diterima pakai oleh penentu dasar kerajaan kita. Tentunya isu tentang bantuan pengupayaan persatuan belia, penurunan caj internet,mengurangkan bayaran faedah PTPTN dengan bayaran balik yang lebih lebih fleksibel dan pelbagai isu berkaitan golongan muda harus ditangani bersama..Sesungguhnya saluran 3 dan 4 dalam pilihanraya kelak mampu menentukan kerajaan yang akan dibina kelak..sesungguhnya perjuangan memartabatkan agama bangsa dan negara adalah selari dengan perjuangan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO..selalu selalulah bersama pemuda dan belia dan sentiasa dekat dengan nadi rakyat kerana setiap ahli pemuda @ UMNO walaupun hanya ahli biasa mempunyai tugas dan tanggung jawab yang tinggi bagi memastikan BN dan UMNO terus memegang tampuk pentadbiran setiap negeri dan negara kita..
TAHNIAH dari kami.teruskan AMALAN dan teruskan PERJUANGAN..semuga Allah melindungi dan merahmati kita semua..Insya Allah..


0 comments: