MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERSAHABATAN DAN POLITIK

0
RAKAN-RAKAN PEMUDA TETAP DIHATI

SALAM kemaafan dan salam perjuangan

apabila kita menceburi dunia politik semua kehidupan akan berubah kerana pemikiran kita akan berubah atau pun di ubah..politik adalah teknik atau cara untuk kita memastikan agenda kita akan terlaksana dan pastinya politik memerlukan sokongan majoriti supaya segala tindakan kita akan mendapat sokongan dan seterusnya mendapat mandat dari penyokong yang ramai..natijahnya kita akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan diri kita kehdapan ataupun dapat menandingi dan menyaingi pencabar kita..
namun adakah itu sebenarnya berlaku..bagi mereka yang meletakkan politik dihadapan itu pasti kerana 100% siang dan malam menjadikan hidup mereka dikuasai pemikiran politik..dan menjadikan mereka selalu berpolimik sendirian dan sehinggakan sukar untuk mempercayai rakan rakan sekeliling..sehinggakan mereka tidak kenal kawan atau lawan...
namun saya berpendirian sahabat itu dihadapan politik....kerana sahabat adalah merupakan amanah dan rakan seperjuangan kita dalam semua lapangan sedangan politik adalah alat atau cara untuk kita bersama kawan@rakan..kenapa kita harus lemas atau sehinggakan mencapai titik infitini dalam diri kita kerana tidak dpt menjumpai jalan penyelesaiannya..
lawatan saya dan rakan rakan pemuda ke cawangan budi malam tadi adalah merupakan ziarah atas nama rakan-rakan..kerana kita dengan budi adalah sahabat dan rakan sehingga kita melupai ikatan politik disesebuah tempat tersebut..apabila rakan kita dalam kesusahan salahkah kita bersamanya..kerana kita tahu kita bukannya org yang mampu mengeluarkan kewangan atau bantuan yang banyak tetapi kita hanya mampu menziarahinya dan meminta beliau agar bersabar dan tenang menghadapi dugaan.
apabila kita berada dalam sesuatu keadaan yang jumud dan terikat inilah yang menyebabkan kita sukar untuk membezakan antara sahabat dan politik..namun saya yakin dan percaya bahawa perjuangan memantapkan ukhuwah melayu dan meninggikan Islam menjulang tiada sempadannya...segala nasihat akan kita genggam menjadi azimat yang berguna dan segala kekecewaan dengan sahabat kita sendiri akan kita jadikan sebagai sempadan...ini adalah permulaan untuk kita mengenal sahabat dan perjalanan kita masih lagi jauh disana..
usah gentar ... usah melatah ... teruskan matlamat kita ... kerna kita yakin dan percaya Allah bersama orang - orang yang benar..
Nasru Minallah.....rapatkan saff ... kita bersatu dibawah panji kebenaran..
salam kemaafan dan salam perjuangan..

SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments: